Tuesday, May 31, 2011
Analisis Muktamar PAS kali ke 57 2011
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, May 31, 2011 | Category:
|
SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji
PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz (877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato’ Haji (663)
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato’ Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato’ Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji (637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato’ Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman
ATURCARA PERASMIAN
MAJLIS PERASMIAN
MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-57
OPENING CEREMONY, 57th PAS ANNUAL MUKTAMAR
1 Rejab 1432H / 3hb Jun 2011 (Jumaat)
08.15 pagi | : Tetamu kehormat, para perwakilan dan pemerhati mengambil tempat |
08.30 pagi | : Perbarisan kehormat oleh unit amal |
08.40 pagi | : Ketibaan Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan |
: Ketibaan Mursyidul Am dan Presiden | |
: Lagu Negaraku | |
: Lagu rasmi PAS | |
: Ucapan ringkas Pengerusi Tetap | |
: Bacaan ayat suci Al-Quran | |
: Ucapan aluan Setiausaha Agung | |
: Ucapan Dasar dan Perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 | |
: oleh Presiden PAS | |
11.00 pagi | : Doa |
: Jamuan Ringan | |
: Bersurai |
ATURCARA
MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-57
1 Rejab 1432H / 3hb Jun 2011 (Jumaat)
3.00 petang | Sidang bermula |
AGENDA PERTAMA | |
: Mengesahkan Peringatan Muktamar yang lalu | |
AGENDA KEDUA | |
: Membentang dan menerima penyata dan laporan | |
• Laporan Tahunan PAS 2010-2011 | |
• Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2010 | |
AGENDA KETIGA | |
: Pemilihan jawatan dalam parti (berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat) | |
9.00 malam | : Persembahan Kebudayaan |
8.30 pagi | Sidang bermula |
AGENDA KEEMPAT | |
: Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan ucapan dasar | |
1.00 t/hari | : Rehat dan Solat Zohor berjamaah |
2.00 petang | : Perbahasan ucapan dasar di sambung semula |
4.30 petang | : Rehat dan Solat Asar berjamaah |
5.00 petang | : Perbahasan ucapan dasar di sambung semula |
6.30 petang | : Rehat dan Solat Maghrib berjamaah |
9.00 malam | : Ceramah umum |
12.00 t/malam | : Rehat |
8.30 pagi | Sidang bermula |
AGENDA KELIMA | |
: Membahas usul-usul | |
1.00 t/hari | : Rehat dan Solat Zohor berjamaah |
2.00 petang | AGENDA KEENAM |
: Penggulungan dan ucapan penangguhan | |
: Muktamar ditangguhkan | |
: Doa | |
: Bersurai |
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara.
Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan.
Suasana tersebut berlaku lantaran Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan berlangsung di kolej itu selama tiga hari, mengiringi suara para perwakilan membahaskan pelbagai perkara bagi memantapkan lagi perjuangan parti, sekali gus menyemarakkan lagi semangat para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan para petugas semakin sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna.
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu.
Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama para pelajar, manakala di tingkat bawahnya dikekalkan dewan besar untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan yang dinamakan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.
Nama dewan tersebut dipadankan dari nama Presiden PAS sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum digantikan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham yang cukup besar terhadap perjuangan PAS.
Bagi Muktamar PAS Ke-57, dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar dalam PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan.
Justeru, bagi pihak panitia muktamar dan para petugas, perlaksanaan kerja-kerja utamanya pasti turut tertumpu ke atas dewan itu untuk dihias indah, dilengkapi pelbagai keperluan termasuk pentas utama, pemasangan sistem pembesar suara, sistem hawa dingin yang sempurna.
Begitu juga dengan keperluan utama lain termasuk pemasangan lampu-lampu yang bersesuaian serta mencukupi, penyusunan kerusi yang teratur untuk diduduki para perwakilan, hiasan landskap yang indah dipersekitarannya dan sebagainya.
Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu kerana di tingkat itulah nanti yang menempatkan ruang rakan-rakan media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat.
Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir selesai, dengan anggaran melebihi 90 peratus telah terlaksana, untuk menyambut mesra dan ceria kedatangan para pemimpin utama parti dan para perwakilan yang mewakili 180 kawasan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Begitu juga dengan penyediaan tempat parking kenderaan kepimpinan utama PAS di luar bangunan Kolej dan tapak 105 buah gerai perniagaan untuk disewa para peniaga, kini telah terlaksana dengan baik yang antara lainnya dengan pemasangan khemah-khemah bersesuaian berwarna putih dan agak ceria bagi mewarnai suasana.
Pada muktamar tahun ini, pihak panitia turut terpanggil membuka kaunter derma darah yang ditempatkan di suatu penjuru, bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan darah.
Sepanjang tinjauan dilakukan, para petugas kelihatan bertungkus lumus melaksanakan kerja masing-masing, dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dan rakan-rakannya yang diamanahkan dengan kerja-kerja persiapan di dalam dewan, turut berpeluh menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki.
Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri turut berkunjung ke kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah terlaksana dan dimaklumkan cukup berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh para petugas.
Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan.
Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan serta doa.
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
KETUAUstaz Harun Taib(MTB)
TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)
AHLI JAWATANKUASA
1. Ustaz Husin Awang (193)
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato’ Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8. Ustaz Hasan Mohamad (143)
9. Ustaz Ismail Noh (138)
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11. Ustaz Mohamad Mustafa (131)
12. Ustaz Abdullah Husin (129)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Hj Ibrahim Omar (188)
Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Download ucaptama Dewan Ulama PAS Pusat disini
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAPMisbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)
KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)
NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)
AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding – 12 kerusi)
1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz
Aturcara Muktamar Tahunan
Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52
Majlis Perasmian (Rabu, 1 Jun 2011 / 29 Jamadil Akhir 1432)
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam
Masa | Aturcara |
12.00 - 06.00 ptg | : Pendaftaran dan Taklimat Program |
07.45 - 08.00 p.m | : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat |
08.00 - 08.10 p.m | : Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-negeri |
08.10 - 08.20 p.m | : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat |
08.20 - 08.40 p.m | : Ketibaan Perasmi (YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS) : Pemeriksaan perbarisan Unit Amal / dan Exco DPPP |
08.40 - 08.45 p.m | : Ucapan Aluan Pengerusi |
08.45 - 08.50 p.m | : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS |
08.50 - 09.00 p.m | : Bacaan ayat suci Al Quran |
09.00 - 09.10 p.m | : Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Ketua Pengarah Panitia Muktamar |
09.10 - 10.00 p.m | : Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat |
10.00 - 10.05 p.m. | : Persembahan Multimedia |
10.05 - 10.50 pm | : Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 52 |
10.50 - 11.10 p.m | : Penyampaian anugerah-anugerah |
11.10 - 11.30 pm | : Jamuan Ringan / Sidang Media |
Masa | Agenda |
08.15 - 08.30 a.m. | : Aluan Pengerusi Tetap |
08.30 - 08.40 a.m | : Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke 51 |
08.40 - 10.00 a.m. | : Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP & 2 Pemeriksa Kira-kira |
10.00 - 10.20 a.m | : Minum pagi |
10.20 - 10.30 a.m | : Membentang dan membahas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010 |
10.30 - 11.45 tgh | : Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010 |
11.45 - 01.30 tgh | : Membahas Ucaptama Ketua Pemuda |
01.30 - 02.30 p.m | : Makan tengahari dan solat Zuhur |
02.30 - 05.30 p.m. | : Sambungan perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda |
05.30 - 05.35 p.m. | : Menerima Ucaptama Ketua Pemuda |
05.35 - 06.00 p.m | : Rehat / Solat Asar / minum petang |
06.00 - 07.15 p.m. | : Perbahasan Usul-usul |
07.15 - 08.00 p.m. | : Solat Maghrib / Makan malam |
08.00 - 09.30 p.m. | : Sambungan perbahasan dan menerima Usul-usul |
09.30 - 09.40 p.m. | : Memilih 15 orang wakil ke Muktamar Tahunan PAS ke 57 |
09.40 - 10.00 p.m. | : Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja DPP Pusat sesi 2011-2013 |
10.00 - 10.20 p.m. | : Ucapan Penangguhan Perwakilan |
10.20 - 10.35 p.m. | : Anugerah Khas “Jasamu Dikenang” |
10.35 - 11.00 p.m. | : Ucapan Penangguhan Ketua DPP Pusat 2011-2013 |
11.00 p.m. | : Doa Penutup / Doa Wehdah dan bersurai |
Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar
Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi,
Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.
Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.
Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat,
Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.
Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Ketua
Lajnah Antarabangsa
KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP (154)Nor Hashimah Deraman
TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad
KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah
TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.
AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)
1. Wan Ubaidah Omar, YB. (196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr. (158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To’ Puan (122)
PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Basmatul ‘Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail
ATURCARA MUKTAMAR TAHUNAN
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-51
29 Jamadil Akhir 1432H bersamaan 2 Jun 2011 (Khamis)
7.30 pagi hingga 9.00 malam
Dewan Bankuet, Dewan Jubli Perak, Bukit SUK, Shah Alam, Selangor
MASA | AGENDA |
7.30 pagi | Pendaftaran Pemerhati & Media Minum Pagi |
8.00 pagi | Perwakilan, Pemerhati dan Media mengambil tempat |
8.30 pagi | Ketibaan Tetamu & Dif Jemputan |
8.45 pagi | Ketibaan Perasmi Muktamar |
9.00 pagi | Aluan Pengerusi Majlis |
9.05 pagi | Bacaan ayat suci Al-Qur’an |
9.15 pagi | Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS |
9.20 pagi | Ucapan Aluan Penyelaras Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-50 |
9.25 pagi | Ucapan Tema Muktamar Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat |
10.25 pagi | Ucapan Perasmian Muktamar |
11.25 pagi | Montaj Khas |
11.35 pagi | Pelancaran Dana PRU13 |
11.45 pagi | Penyampaian cenderahati |
11.50 pagi | Perarakan keluar Perasmi, Tetamu & Dif Jemputan |
12.00 thari | Sidang Muktamar bermula Taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Pengundian bermula |
1.00 thari | Rehat / Solat Zohor / Jamuan Tengahari |
2.00 petang | Sidang Muktamar bersambung semula |
2.15 petang | Slot Khas |
8.30 malam | Keputusan Pemilihan Jawatankuasa DMPP |
9.00 malam | Sidang Muktamar bersurai |
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat akan mengambil peluang pada muktamar mereka kali ini untuk membahaskan beberapa perkara penting menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata ucap temanya juga akan memfokuskan kepada peranan muslimat di semua peringkat untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
"Tahun ini, kita mengadakan muktamar di ambang pilihan raya umum ke-13. Ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan kita menjelang pilihan raya umum ini.
"Insya Allah kita akan bersama mempertegaskan peranan yang perlu dimainkan oleh segenap peringkat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Nuridah yang juga Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan juga berkata, tenaga muslimat amat diperlukan untuk terus konsisten dalam gerak kerja dalaman dan luaran parti bagi memastikan undi terhadap PAS meningkat.
"Dewan Muslimat juga berhasrat agar kita istiqamah bekerja kerana kita telah menerima amanah dan menjadikan diri kita pendokong yang berkualiti dan aset keapda jemaah.
"Suara muslimat amat diperlukan untuk mendekati pengundi khususnya wanita," katanya.
Selain itu, beliua turut menyeru seluruh perwakilan menggunakan peluang yang ada untuk berbahas secara rasional dan matang serta menjadikan muktamar kali ini sebagai medan untuk muhasabah segala gerak kerja yang telah dilakukan.
"Para perwakilan diharap dapat membahaskan beberapa perkara dengan matang dalam suasana harmoni dengan tujuan mengukuhkan ukhuwah dan selari dengan penegasan dan komitmen untuk bekerja engan lebih gigih dan lebih bersemangat untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang," katanya.
Menyentuh mengenai usul yang telah diterima untuk dibahaskan pula, ketua penerangan, Salbiah Wahab berkata terdapat lima usul yang akan dibahaskan iaitu persiapan menghadapi PRU 13, meolak pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Pahang, mewujudkan pusat maklumat dan penerangan PAS, isu kepenggunaan dan meletakkan ketua muslimat untuk bertanding pada pilihanraya di kawasan yang 'selamat'.
Muktamar Dewan Muslimat kali ke 51 ini akan berlangsung pada 2 Jun ini di Dewan Bankuet, bangunan SUK, Shah Alam, Selangor.
Ia akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Terdapat beberapa wakil NGO akan menghadiri muktamar ini termasuk wakil-wakil dari Gerakan mansuhkan ISA (GMI), Jaringan Rakyat Tertindas, dan beberapa NGO lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 comments: