[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Saturday, May 28, 2011

FIQH AL JIHAD : Menentang Pemerintah Yang Zalim V1.0

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, May 28, 2011 | Category: |


Hasil Artikel : Ibnu Abbas
Bahagian 1
أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Selebih-lebih jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
Jihad merupakan kewajipan yang tidak boleh diremehkan dalam Islam. Ia merupakan kemuncak amalan dalam Islam sebagaimana hadis Nabi yang menyebutkan :
رأس الأمر الاسلام و عموده الصلاة و ذروة سنامه الجهاد في سبيل الله
Yang maksudnya: “…Kepala amalan adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah Jihad di jalan Allah.”
Jihad dalam tulisan ini ingin difokuskan kepada jihad terhadap pemerintah Islam yang zalim. Jihad terhadap mereka bukan bermakna mengangkat pedang dan senjata lain untuk menggulingkan kerajaan. Bukan juga bermakna rampasan kuasa dengan kekerasan. Itu bughah namanya. Jihad yang dimaksudkan ialah menegur dan menasihati pemerintah sekiranya mereka melakukan kezaliman dan maksiat. Nabi s.a.w. pernah bersabda,
الدين النصيحة:قلنا لمن يا رسول الله؟قال: لله و لكتابه ولرسوله و لأءمة المسلمين وعامتهم
Yang maksudnya: “ Agama itu nasihat. Kami (sahabat)bertanya; untuk siapa wahai Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w; bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya, bagi pemimpin orang Islam dan rakyatnya.”
KESEPAKATAN ULAMA
Sebelum pergi lebih jauh, di sini dinyatakan perkara yang dipersetujui bersama oleh para ulama Islam:
Pertama:
Mereka sepakat tentang TIDAK HARUS bagi orang Islam bersabar duduk di bawah pemerintahan orang-orang kafir. Mereka wajib berusaha melepaskan diri dari pemerintahan itu dan berikhtiar melantik pemerintah Islam untuk mentadbir hal ehwal mereka menurut hukum-hukum Islam. Ini melibatkan juga ke atas pemerintah-pemerintah Islam yang mengabaikan salah satu dari rukun-rukun Islam.
Qadhi Iyadh(salah seorang ulama’ silam bermazhab Syafie) berkata,
“Para ulama’ telah ijma’ bahawa kuasa pemerintahan itu tidak harus ditanggungkan ke atas orang kafir dan kalau terjatuh juga ia ke tangan orang kafir, nescaya ia terbatal dan gugur serta merta(ertinya orang yang memegangnya terpecat dengan sendiri sebagaimana juga kalau dia meninggalkan sembahyang-sembahyang yang fardhu dan menyeru orang kepadanya…). Kemudian katanya lagi, “Kalau terjatuh ia pada sesuatu yang menjadikan dia kafir seperti melakukan perubahan kepada hukum syara’ dan melakukan bid’ah nescaya terlucutlah ia dari kuasa pemerintahan dan gugurlah ketaatan rakyat terhadapnya. Wajib di atas umat Islam menentangnya dan memecatnya serta melantik seorang pemerintah yang adil sebagai gantinya, kalau mereka berkuasa melakukan yang demikian. Kalau tidak terdapat yang demikian itu melainkan pada suatu puak atau kumpulan , maka wajiblah di atas mereka bangkit memecat si kafir itu.”
Ibnu Hajar pula berkata (dalam Fathul Bari:Juz kedua, halaman 99) sebagai nukilan dari Ibnu Attin yang maksudnya:
“Ulama’ telah ijma’ bahawa kalau khalifah menyeru orang kepada kekafiran atau bid’ah, hendaklah ditentang. Para ulama’ berselisih pendapat kalau sekiranya dia merampas harta orang atau menumpahkan darah atau melakukan pencabulan sama ada dia wajib ditentang atau pun tidak.”
Ibnu Hajar berkata lagi,
“Seorang pemerintah wajib dipecat dengan sebab kekafirannya. Ini menurut pendapat Ijma’. Maka wajiblah di atas setiap orang Islam melakukan pemecatan itu. Barangsiapa yang berupaya melakukannya, dia akan diberi pahala dan barangsiapa yang bermuka-muka akan mendapat dosa.bagi yang lemah hendaklah ia berhijrah dari negeri itu.”
Kedua:
Para ulama’ juga telah ijma’ pada menetapkan syarat bahawa orang jadi imam atau pemerintah itu hendaklah seorang yang menjauhi dosa-dosa besar dan janganlah melakukan dosa-dosa kecil berterang-terangan. Hendaklah ia seorang yang mempunyai kemampuan mentadbir dan ilmu diplomasi yang baik, seorang yang mempunyai kelebihan tetapi tidaklah disyaratkan kelebihannya itu yang paling unggul sehingga tiada orang lain yang mengatasinya. Kuasanya tidaklah boleh dipertikai dengan sebab ada orang lain yang lebih daripadanya.
PERBEZAAN PENDAPAT PADA CARA PELAKSANAAN AMAR MA’ARUF NAHI MUNKAR
Para ulama’ berselisih pendapat tentang cara bagaimana hendak melakukan “al amri bil ma’ruf wan Nahyu ‘anil munkar” terhadap pemerintah Islam. Sekumpulan dari ahli sunnah wal jamaah berpendapat bahawa tidak harus dihunus pedang terhadap mereka untuk melakukan yang demikian itu tetapi memadai dengan menasihati mereka atau menyangkal perbuatan mereka dengan hati tanpa menggunakan tangan. Menurut pendapat mereka, wajib menyokong pemerintah yang adil untuk melawan orang-orang yang fasiq dan ahli munkar yang bangkit menentangnya. Pendapat ini telah dinukilkan dari sahabat yang mengasingkan diri dari gelanggang fitnah yang berlaku pada zaman khalifah Saiyidina Othman Al Affan dan saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. Antara mereka ialah Sa’ad bin Abi Waqqas, Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar, Muhammad bin Muslimah ridhwanullahi alaihim. Inilah pegangan mazhab Imam Ahmad bin Hanbal rahmatullah alaihi.
Sekumpulan yang lain pula dari ahli sunnah wal jamaah juga, dan kaum muktazilah puak zahiriah, kaum khawarij, dan Syiah Zaidiah, berpendapat bahawa wajib digunakan senjata untuk menentang pemerintah-pemerintah yang zalim kiranya tidak ada jalan lain untuk mengubah keadaan mereka yang tidak diredhai Allah dan RasulNya s.a.w. Mereka berkata: Sekiranya Ahlul Haq(mereka yang berada atas jalan kebenaran) dalam suatu kumpulan yang dapat mempertahankan diri dan mempunyai harapan untuk mencapai kemenangan, maka wajiblah di atas mereka melakukan yang demikian itu (menggunakan senjata). Tetapu kaau bilangan mereka sedikit dan lemah dari mencapai kemenangan, maka mereka tidaklah dituntut menggunakan ‘tangan’ untuk melakukan perubahan.
Ibnu Hazm telah menyandarkan pendapat ini kepada sekalian sahabat yang menyertai dalam kejadian-kejadian yang berlaku di zaman Khalifah Saiyidna Othman al Affan, Khalifah Ali bin Abi Talib dan Mu’awiyah bin Abi Suffian. Begitu juga para sahabat dan tabi’in yang ‘menderhaka’ terhadap beberapa orang pemerintah Bani Umayyah dan lain-lain. Ibnu Hazm berkata;
“Dan ini adalah pendapat Ali dan para sahabat yang ada bersamanya, dan juga pendapat A’isyah, Talhah dan Zubair serta para sahabat lain yang bersama mereka; juga pendapat Mu’awiyyah, Amru al As, Nu’man bin Basyir dan lain-lain yang ada bersama mereka, dan juga pendapat Abdullah bin Zubair, Muhammad dan al Hassan bin Ali, Anas bin Malik, Abdul Rahman bin Laila, Said bin Jubair, Hasan al Basri, Malik bin Dinar, As Sa’abi, Al Mitraf bin Abdullah bin Assyakhir dan Ata’ bin As Saib.”
Selain dari mereka, beliau menyebut ramai lagi dari para sahabat dan tabi’in. Begitu juga pendapat tersebut beliau sandarkan kepada imam-imam mazhab kecuali Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau berkata;
“Inilah yang ternyata pada qaul-qaul para fuqaha’ seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Daud dan para ashab(ulama’ besar dalam mazhab masing-masing) mereka. Setiap mereka yang kita sebutkan di atas itu sama ada menyatakan pendapatnya dalam fatwanya ataupun menghunus pedangnya untuk menentang apa yang dilihatnya dari perbuatan munkar.”
Bersambung…

Currently have 0 comments:


Leave a Reply