[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Friday, May 13, 2011

Rahsia Surah Yassin : Kisah Perjuangan Silam Menjadi Pendorong Rasulullah S.A.W

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, May 13, 2011 | Category: |



Assalamualaikum sahabat-sahabat U-jam , Saya menghadiri kuliah maghrib Ustaz Ghazali Shaari (Yang Dipertua PAS Kawasan PJS) pada hari jumaat ini 13.05.2011 , di mana peristiwa beliau ditahan oleh sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati kerana sebagai Nazir di sebuah Masjid beliau bersetuju untuk mengadakan Solat Hajat dan Demo Bantahan sempena Konsert Battle Of the Band dan Konsert Bersama Artis di Tapak Karnival Belia



Ustaz mengajar Kitab Hikam Dan Tauhid Di Masjid dan Surau Di Kawasan Petaling Jaya Selatan , Di penghujung kuliahnya beliau menceritakan bagaimana di dalam surah Yassin ada cerita mengenai seorang dari satu bangsa yang akhirnya memeluk islam akhirnya di belasah sehingga mati oleh kaumnya sendiri , sehingga ditakdirkan orang yang mati itu masuk ke dalam syurga , namun walaupun telah masuk ke dalam syurga , beliau tetap mendoakan bangsanya yang jahil agar diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T

Begitulah Ustaz Ghazali..walaupun beliau dikepung oleh sekumpulan bangsanya sendiri sehingga ada yang memaki dan menengking dasar perjuangan beliau...beliau tidak pernah berganjak malah mendoakan agar mereka ini di permudahkan taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T

Saya amat tertarik dengan cerita ini sehingga saya bertemu dengan karya Ustaz Zawawi Haji Ahmad ( YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PADANG TERAP  ) Kitab Tafsir Surah Yassin dari Perspektif Sains & Sejarah yang banyak menyelongkar peristiwa-peristiwa surah Yassin..

Jika sahabat-sahabat bersabar membaca artikel ini hingga akhir...saya akan menghadiahkan kitab ini secara percuma..! perhatikan sehingga noktah terakhir ^_^

Terjemahan Ayat Dari Surah Yassin

“Dan bentangkanlah satu kisah yang berhubung dengan nasib penduduk di sebuah negeri yang telah Kami utuskan rasul-rasul kepada mereka, sebagai satu teladan buat mereka (13). Pada mulanya Kami hanya mengutus kepada mereka dua orang rasul sahaja. Malangnya mereka mendustakan rasul-rasul itu.
Kemudian Kami mengutuskan pula rasul yang ketiga lalu menyatakan kepada penduduk negeri itu, “Bahawa
sesungguhnya kami ini adalah rasul-rasul utusan Tuhan kepada kalian” (14). (Semua penduduk di situ telah membantah mereka berkata, “Kamu semua cuma manusia biasa, masakan Tuhan Yang Maha Pemurah itu sudi melantik kamu semua sebagai rasul.  Kamu semua pendusta” (15). Ketiga-tiga rasul
itu menjawab, “Tuhan kitalah yang lebih mengetahui akan hakikat kerasulan. Sesungguhnya Dialah yang melantik kami sebagai rasul untuk kalian disini (16). Tugas kami hanyalah untuk menyampaikan seruan agama yang benar kepada kalian,” (17). Mereka  mencabar rasul-rasul itu lalu berkata “Kami tidak mahu ditimpa bala bencana akibat daripada perbuatan kalian. Andai kata kalian meneruskan  juga seruan
ini, kami pasti akan menangkap dan menyiksa kalian dengan seksaan yang teruk” (18). Rasul-rasul ini  berkata pula kepada mereka, “Sebenarnya segala bala bencana yang akan menimpa kalian itu bukanlah  disebabkan oleh kami. Sebaliknya disebabkan oleh perbuatan kalian sendiri. Adalah mustahil dengan disebabkan kalian diberi nasihat yang baik, kalian akan ditimpa bencana kerana bencana hanya akan menimpa orangorang yang degil seperti kalian” (19). (Ketika mereka sedang berdialog) tiba-tiba muncullah seorang lelaki dari pinggir kota dengan keadaan yang tergesa-gesa lalu berkata, “Wahai kaumku! Ikutlah seruan rasul-rasul ini (20). Ikutlah seruan mereka yang jujur ini. Mereka tidak meminta apa-apa ganjaran pun daripada kalian. Mereka hanya sekadar mahu memberibimbingan yang betul kepada kalian semua (12). Bagi diriku, aku berasa tiada sebarang halangan yang boleh menghalang aku daripada menyembah Tuhan yang telah menciptakan diriku
ini. Percayalah bahawa kepada-Nyalah kalian semua akan dikembalikan (22). (Aku berfikir) adakah pantas aku mempertuhankan yang  lain selain Allah? Padahal jika Allah Yang Maha Pemurah mahu membinasakan manusia, nescaya tiada sesiapa pun  yang dapat menolong lalu mereka semua menjadi binasa (23). Aku percaya bahawa jika aku cuba mempertuhankan yang lain selain Allah, hidupku akan terus
dalam kesesatan (24). Sesungguhnya aku beriman dengan Tuhan kamu (wahai rasul-rasul). Maka persaksikanlah “ (25). 

 PENJELASAN

Menurut kebanyakan ulama mufassirien, kawasan yang disebut
Allah sebagai
al
alal
al--Qaryah
QaryahQaryah
Qaryah

dalam ayat yang ke-13 surah ini ialaH,
Anthokia, iaitu sebuah kawasan yang terletak di utara negara Syiria. Dahulunya kawasan ini terletak di negara Turki, tetapi selepas tamat Perang Dunia Pertama, perubahan dari segigeografi telah menyebabkan wujudnya beberapa kawasan di Timur Tengah dan Asia Barat. Kebanyakan kawasan di daerah
itu telah jatuh ke tangan orang Barat.

Pada zaman dahulu negeri Anthokia diperintah oleh seorang raja musyrik yang kejam. Untuk menyelamatkan
rakyatnya daripada kekejaman tersebut, Allah telah mengutuskan dua orang rasul bernama Sama’an dan Yahaya (a.s) ke sana untuk meyebarkan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Menurut ayat ini,
kehadiran mereka ke negeri itu telah disanggah oleh penduduknya dengan kasar dan biadab sekali. Mereka telah diugut dengan ancaman siksa dan bunuh. Bagi menguatkan lagi kerja-kerja dakwah mereka, Allah telah mengutuskan seorang lagi rasul. Rasul yang ketiga ini tidak diketahui namanya kerana tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab suci. Hakikatnya ketiga-tiga orang rasul ini telah didakwa kepada penduduk
negeri tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Isa a.s. Walaupun semua penduduk di negeri berkenaan terus mendustakan rasul-rasul tersebut, namun ada juga seorang hamba Allah yang datang untuk mandengar dakwah mereka. Lelaki tersebut bernama Habib al-Najjar. Beliau tinggal di pinggir kota negeri tu. Setelah mendengar semua para rasul tersebut, Habib al-Najjar pun merayu kaumnya supaya beriman. Walau bagaimanapun seruannya ditolak oleh kaumnya dan akhirnya beliau sendiri dibunuh dengan kejam. Kematian Habib al-Najjar disambut oleh para malaikat di pintu syurga dengan begitu meriah sambil mempersilakan masuk ke syurga dengan penuh sopan.

“Dia disambut dengan ucapan, “Masuklah ke syurga!”. (Dan
apabila al-Najjar melihat segala ni’mat syurga yang tidak terbayang olehnya, Dia pun berkata), “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui (26) apa yang menyebabkan tuhanku
memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orangorang

yang dimuliakan” (27). Selepas mereka membunuhnya,
Kami tidak pun menurunkan bala tentera dari langit atau
menurunkan apa-apa yang lain untuk menghancurkan mereka
(yang zalim itu) (28). Mamadai dengan hanya satu tempikan
malaikat sahaja, mereka semua hancur binasa” (29).

Ayat-ayat di atas menjelaskan tribulasi perjuangan yang
terpaksa ditempuh oleh para rasul sepanjang zaman ketika
menjalankan tugas untuk menegakkan agama suci di atas muka
bumi ini. Ayat tersebut juga menggambarkan segala episod
perjalanan menuju Islam sepanjang zaman. Dalam ayat-ayat di
atas, Allah mengabadikan kisah-kisah keberanian para rasulNya

serta ketegasan dan kecekalan semangat mereka ketika
menghadapi musuh. Walau apa pun yang terjadi, mereka tetap
tabah dan tidak menyerah kalah. Ini menunjukkan bahawa
perjalanan menuju Islam adalah satu perjalanan yang sangat
jauh dan memerlukan banyak pengorbanan. Selain memaparkan
kisah suka duka seseorang rasul melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya untuk mendaulatkan agama suci ini, Allah

juga mengumpamakan perjuangan ini sebagai suatu
penjelajahan yang sukar. Dalam satu perumpamaan, Allah
menyebut:
 
“Andai kata ia suatu usaha yang mudah mendatangkan
keuntungan atau jika ia diibaratkan sebagai suatu perjalanan
yang dekat, sudah tentu mudah sahaja mereka mengikut kamu
(memikul tanggungjawab itu). Tetapi sebenarnya ia bukanlah
suatu perjalanan yang dekat. Sebaliknya ia adalah suatu
perjalanan yang sangat jauh dan sukar ditempuhi”.




Sejak mula menerima wahyu terutamanya wahyu dalam
bentuk ayat-ayat seperti ini, Rasulullah s.a.w tidak pernah
berasa jemu untuk terus berjuang. Sikap yang ditunjukkan oleh
baginda itu menjadi ikutan para sahabat serta umatnya yang
yakin dengan perintah dan janji Allah. Mereka berasa bahawa
jika mereka tidak melibatkan diri dalam wadah perjuangan
Islam, mereka akan mendapat kerugian yang besar di akhirat
kelak.

“Alangkah ruginya para hamba Allah yang merperolok-olokkan
setiap seruan  yang disampaikan oleh rasul kepada mereka (30).
Adakah mereka tidak  melihat sudah berapa banyak umat




Download Kitab  terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah akibat kezaliman
mereka sendiri. Justeru, semua keturunan itu telah  pupus (31).
Namun semua mereka kelak  akan dihimpunkan di tempat
pengadilan Kami” (32).


                                          Petra di Jordan melambangkan
                                         kemegahan kerajaan Ashabul Hijr
                                         Piramid di Mesir sebagai simbol
                                         kemegahan raja-raja FiraunPenjelasan

Sesungguhnya kesan-kesan purba peninggalan umat manusia
zaman lampau masih banyak terdapat di merata-rata tempat di
dunia ini.  Piramid di Mesir, Petra di Jordan, rumah-rumah di
Madain Soleh, Kota Babilon di Rom, Itali dan beberapa lagi
kesan purba yang lain, kini masih terpelihara dengan baik dan
dapat dilihat dengan jelas oleh manusia. Semua itu boleh
dijadikan iktibar oleh orang yang mahu berfikir.

 Ketika ayat-ayat ini diturunkan, orang Quraisy yang
terkenal sebagai ahli perniagaan yang sering menjelajah ke
kota-kota besar disebelah utara semua Semenanjung Tanah
Arab pada musim panas dan ke kota-kota besar di sebelah
selatannya pada musim sejuk, sering melihat kesan-kesan purba
itu semasa mereka dalam perjalanan menuju ke destinasi
tersebut. Tetapi segala apa yang mereka lihat itu tidak sedikit
pun mencuit hati mereka untuk berfikir. Oleh itu Allah
mencemuh mereka melalui ayat di atas.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply