[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Saturday, September 10, 2011

Momok Dan Komunis : Mana yang lebih lucu?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, September 10, 2011 | Category: |



Assalamualaikum W.B.T , Sahabat-sahabat U-jam yang dikasihi sekalian , 
Ada cerita momok hari ini?
Eii..ada momok! , mana? ~ kat jalan kita nak gi mengajilah! ~ Kat mana? Kat tepi pokok besar tu! Kata sorang kawan saya dengan penuh yakin! Erm….tak penah jumpa pun? Iye..badan dia besar ..mata bulat merah dia nak makan budak!~ haaa! Makan budak??? Kau penah jumpa ka? ~ Tak penah…budak2 lain cerita kat aku..

Alkisahnya..pokok besar itu menjadi tumpuan…setiap kali melalui pokok besar itu ..apa yang ada dalam kepala masing-masing ialah Momok! ~ apabila melalui kawasan pokok besar itu..hampir-hampir sampai..kami akan bersiap2 umpama pelari pecut 100 meter..apabila sampai ke pokok besar itu maka…Lariiiii..!! MOMOK!!! ~ kami berlari sekuat hati ..sampailah ke kawasan rumah masing-masing dalam keadaan tercungap-cungap!

Ibu bapa kami sudah faham benar…Ada jumpa momok? ~ itu persoalan pertama yang acapkali ditanya apabila balik mengaji..jawapannya tetap sama… Ada! Kami lari lintang –pukang..momok tu tak sempat nak kejar!

Mak hanya ketawa menyengih…Ayah pula lebih berani suruh kami sepak kepala momok tu kalau jumpa!
Dan sehingga hari ini..Pokok besar itu masih ada..dan momok yang dikatakan gagal dijumpai!
Saya hanya tersengih macam kerang..lucu dengan perangai kami yang amat takut dengan persepsi yang dicipta untuk menakutkan..dan yang paling lucu ialah bukannya persoalan tentang mengaji kami yang banyak dibincangkan apabila balik mengaji..tetapi persoalan momok yang menjadi bahan utama cerita!
Dewasa ini pelbagai kesimpulan berlegar-legar dikepala..

Kemungkinan orang dewasa menanamkan persepsi bahawa momok itu akan makan budak supaya kami pergi mengaji dan balik ke rumah dengan cepat!
Alahai Momok!

Akhirnya satu kesimpulan dapat dibuat..sebenarnya “penjajahan” persepsi itu lebih berkesan daripada penjajahan fizikal..kerana fizikal hanya menerima rasa samada sakit ataupun nyaman..manakala penjajahan “persepsi” memberikan kesan yang lebih mendalam kapada mental dan fizikal.
Perkara yang tidak wujud dapat diwujudkan dengan meangandaikan suatu objek yang sengaja diwujudkan..dan akhirnya ianya menjadi seakan-akan nyata dan meninggalkan bekas pemikiran yang mendalam.

Baru-baru ini kita diejutkan dari lena yang panjang dengan satu kenyataan yang agak sensitive oleh Abang Mat Sabu berkenaan peristiwa serangan bukit kepong yang telah difilemkan oleh  ~ melalui ceramah Abang Mad Sabu ~ Filem bukit kepong adalah persepsi yang mengubah cerita sebenar peristiwa itu sehingga 360 darjah.~ mengikut Fakta ucapan beliau

1)      Balai Polis Bukit Kepong ialah Rumah Pasong yang menempatkan tahanan yang menentang British
2)      Ketua yang melancarkan Serangan itu ialah Mat Indera

3)      Mat Indera adalah Pejuang sebenar kerana menyerang british yang menjajah Tanag Melayu
Saya bukanlah pengkaji sejarah..jauh sekali mengetahui apa sebenarnya cerita bukit kepong..
Selepas Video ucapan tersebut dimuat naik ke lama you tube..maka gegak gempitalah seluruh tanahair Malaysia..berita-berita media perdana melalui televisyen dan Akbar dengan yakin menggambarkan bahawa mat sabu adalah pendokong komunis..penyokong komunis..simpati kepada komunis..malah ada yang lebih berani mengatakan bahawa mat sabu nak bawa Negara ini menuju Negara komunis!
Dan selepas itu pelbagai-bagai Forum sejarah diadakan oleh para pengkaji sejarah , professor Akademik , Anak-anak muda Universiti pada dasarnya membincangkan persoalan Komunis!
Hasilnya pelbagai kenyataan yang keluar pro dan kontra.

Masalahnya disini..apa kena mengena dengan komunis? ~ Mat Sabu tidak memberikan ucapan yang mengatakan beliau menyokong komunis..tidak ada patah ayat yang mengatakan bahawa dia akan membawa Negara Malaysia kepada Negara Komunis..

Siapa yang “memomokkan “ cerita ini? Dan siapa yang menanamkan persepsi kepada rakyat yang mengatakan mat sabu pro-komunis?

3 Fakta yang diberikan diatas ialah untuk dihabaskan kebenarannya..jika benar Balai Polis itu adalah rumah Pasong , maka yang bersalah ialah Filem Bukit Kepong dan bukannya mat sabu!

Seorang yang sudah dipasakkan persepsi momok komunis dengan melulu berbalas-balas mesej dengan saya.
Isinya menuduh PAS adalah komunis , jawab saya ..kalau begitu kenapa mat sabu masih tidak ditangkap?
Jawab si penghantar mesej “Kami masih mencari bukti”

Jawab saya.. jadi yang menuduh PAS adalah komunis mana buktinya
~ Sampai sekarang si penghantar mesej sepi membisu!
Mungkin momok dikatakan wujud tapi sampai sekarang masih tidak dapat dibuktikkan momok itu wujud! (dalam konteks tuduhan diatas)
Alahai momok!


Currently have 0 comments:


Leave a Reply