[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, September 13, 2011

Perutusan UPSR : Lujnah Pendidikan Dewan Muslimat

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, September 13, 2011 | Category: |

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Dewan Muslimat PAS Pusat mendoakan seluruh murid tahun enam yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman berkata, kedua ibu bapa dan guru-guru mengharapkan kejayaan anak-anak dan anak didik mereka dalam peperiksaan sebelum melangkah ke sekolah menengah.

"Selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada semua murid, diharapkan mereka dapat menjawab soalan dengan penuh semangat, berkeyakinan untuk memenuhi harapan ibu bapa dan guru-guru," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Seramai 497,691 murid tahun enam menduduki UPSR bermula hari ini sehingga Khamis di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Normala yang merupakan bekas guru dan lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala juga berkata, di samping mengejar kecemerlangan akademik, pelajar-pelajar juga harus mengutamakan kecemerlangan akhirat dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

"Yang penting bukan sahaja kecemerlangan akademik tapi kecemerlangan akhirat juga harus dititik beratkan. Mudah-mudahan ilmu di sekolah dapat diaplikasi untuk menjadi insan yang berguna," katanya.

Cikgu Mala turut berpesan agar calon-calon UPSR ini memperbanyak bacaan doa dan mendirikan solat hajat sebelum masuk ke dewan peperiksaan agar dapat menjawab dengan tenang.

"Setelah berusaha sedaya upaya, jawablah dengan tenang dan disarankan agar anak-anak melakukan solat hajat pada sebelah malam agar mendapat keberkatan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Adilfitri dan hari kemerdekaan kepada seluruh pelajar dan warga pendidik.

Katanya, rakyat Malaysia harus mengelakkan pemikiran mereka dijajah dengan anasir-anasir asing yang dapat merosakkan jati diri sebagai anak Malaysia.

"Selaras dengan semangat Aidilfitri dan semangat kemerdekaan, minda kita juga harus merdeka daripada sebarang bentuk penjajahan," katanya.

Sementara itu, bagi negeri Perlis yang sedang dilanda banjir di beberapa kawasan, UPSR tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply