[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, September 11, 2011

Rahsia Tarbiyyah dan Ta'alim : Mengapa PAS seperti tunjang yang kukuh?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, September 11, 2011 | Category: |




           
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيْ لَوْلاَ أَنْ هَدَانَا اللهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ وَعَلَى ألِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ اِلََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََََىيَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ .....

Perkataan tarbiyah (pendidikan) berbeza dengan perkataan Ta'alim (mengajar) walaupun kedua-duanya disebut secara berkembar menunjukkan betapa eratnya hubungan diantara kedua-duanya. Mengajar bererti memberi ilmu pengetahuan , adapun tarbiyah bererti sesuatu yang diajar dan disampaikan itu membuahkan keputusan dan keyakinan serta beriltizam dan beramal dengannya.

Tarbiyah Islamiyah itu mestilah bersifat syumul sebagaimana syumulnya Islam itu. Ianya tidak boleh ditumpukan kepada sebahagian aspek fitrah manusia sahaja, tanpa kaitan dengan tanggungjawab mereka di atas muka bumi dan mesti menuju ke akhirat yang kekal abadi. Ianya tidak boleh ditumpukan hanya kepada aspek rohani dan akhlak sahaja seperti yang dibincangkan dalam kitab-kitab tasawuf, tanpa menafikan bahawa bidang itu juga wajib. Ia tidak boleh ditumpukan kepada mengemukakan teori aqliyah sahaja seperti perbincangan ahli-ahli falsafah, dengan menyedari akal itu mempunyai peranannya. Tetapi juga mestilah menyedari sifat-sifat kelemahan makhluk yang ada pada manusia dan hidup mereka meliputi roh dan jasad, hati dan akal, akhlak dan sikap yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan perang yang memungkinkan seseorang itu menghadapi segala cabaran di dalam diri dan masyarakat yang dibawa oleh sifat-sifat baik atau jahat, adil atau zalim, secara tegasnya disebut Islam atau Jahilliyah.

Oleh itu, maka tarbiyah itu mestilah meliputi tarbiyah ruhiyyah, tarbiyah fardiyah, tarbiyah jamai’yah, tarbiyah ijtimai'yah, tarbiyah harakiyah, tarbiyah jihadiyah dan sebagainya, berdasarkan kesyumulan , kamil dam mutakamil Islam itu.

Dalam persoalan ini, PAS telah mempunyai halatujunya yang tersendiri dalam mentarbiyah ahli-ahlinya. Ia menyeru manusia mentauhidkan Allah S.W.T dan mengangkat kalimah لا إله إلا الله ، محمد رسول الله  serta menyokong kalimat-kalimat perintahnya, beragendakan panduan al-amru bil ma’ruf dan an-nahyu anil mungkar. Halatuju dan agenda ini memerlukan perencanaan yang tersusun rapi. Maka buku panduan ini disusun bagi memastikan segala operasi perlaksanaan tarbiyah Islamiyah Harakiyah di dalam parti mencapai tujuan yang dikehendakinya. Buku panduan ini juga di susun bagi memastikan aktiviti tarbiyah parti berjalan dengan lancar, teratur , tersusun , berfasa, beragenda, dibuat kajian prestasi, dikoordinasi dan ada keseragaman serta keselarasan yang berpusat. Kita tidak ada masa dan tenaga lagi untuk berbeza dari segi pelbagai perkara yang akhirnya hanya akan membuatkan kita hanya sekadar selari ditahap yang lama, kalupun tidak melagakan , tanpa mempertemukan atau mempersatukan kita di dalam satu jemaah yang kukuh, lalu dalam hal-hal tertentu kita diheret oleh perbezaan pendapat yang tidak diperlukan. Kadang-kadangnya akan membezakan pula bentuk tindakan.

Saya mahu menegaskan secara prinsipnya kaedah tarbiyah kita ialah kaedah Islam yang merujuk kepada sumber asas iaitu :
  1. Al-Quran al-Karim
  2. As-Sunnah an-Nabawiyah
  3. As-Sirah an-Nabawiyah
  4. Qisas al-Anbiyak
  5. Qisas as-Salaf as-Salih
  6. Pengalaman dari Harakah Islamiyah.

Mekanisme modennya pula mestilah dinamik dan anjal yang praktikal. Di sinilah saya lihat potensi yang ada, tetapi ianya memerlukan sokongan dan komitmen semua ahli.  Inilah bukti wala’ dan adab para ahli kepada perjuangan .

Allah S.W.T berfirman :
 وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
"Dan katakanlah: ""Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"
At-Taubah : 105

Menyedari perintah ini , menjadi tanggungjawab kepada semua peringkat untuk menghayati apa yang telah disusun. Melaksanakan aktiviti tarbiyah melalui pengkajian secara ilmu dan melaksanakannya secara amali dalam aspek :

A)          Beramal dengan perkara yang mesti diamalkan sekarang, samada dalam perkara fardi atau jamaie.
B)           Menyampaikan risalah Islam kepada sasaran dakwah di semua peringkat dan menghadapi segala cabarannya.


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
At-Taubah : 111


Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
PRAKATA PENGERUSI LAJNAH TARBIYAH DAN PERKADERAN PAS PUSAT  2005-2007

Currently have 0 comments:


Leave a Reply