Friday, August 6, 2010
Lelaki & Wanita Pujaan!
Assalamualaikum W.B.T Sahabat2
Perasaan adalah suatu anugerah ilahi yang dianugerahkan ke atas manusia, lazimnya fitrah manusia itu adalah kepada kebaikan , kecantikan dan perkara2 yang baik , walaupun dilihat mempunyai perwatakan yang tidak baik ataupun persekitaran yang belum tentu baik..namun fitrah manusia tetap ke arah kebaikan
Dan tiada suatu yang menghairankan jika manusia menjadikan sesuatu yang baik itu sebagai satu idola, sebagai satu ikutan dan berharap semoga kebaikan di suatu pihak dapat membimbingnya untuk dia juga menjadi baik seperti itu.
Naluri itu bermula dari benak hati yang tidak dapat dilihat dan apabila naluri itu muncul...maka jiwa akan meronta untuk bersama-sama kebaikan.Tiada satupun zarah kebaikan yang tidak diimpikan oleh lelaki dan wanita.
Kehadiran lelaki dan wanita yang sentiasa menunjukkan jalan kebaikan di dalam alam maya ini (sosial network) kini bercambah menjadikan suasana ke arah kebaikan menjadi lebih meriah.Walau apa pun niatnya , percubaan untuk mendidik insan jutaan insan marhaein adalah satu percubaan yang amat murni sekali dan semestinnya diraikan.
Namun mengapa mereka yang menjadi pujaan?..iya benar sebagai idola..tetapi tidaklah idola itu yang menjadikan syarat agar mereka menjadi pujaan.Malah untuk apa mereka dipuja sedemikian rupa.
Janganlah pernah kita memuja selain daripada Allah, benar kita jadikan lelaki dan wanita itu, yang menyeru ke arah kebaikan dengan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah sebagai satu rujukan tetapi janganlah sekali2 kita memuja mereka hingga lupa bahawa ayat2 itu dipinjamkan kepada manusia sekadar untuk mengislahkan diri dan menyeru manusia lain ke arah kabaikan.
Selepas daripada itu , jika benar kita tidak memuja mereka selain dari memuja Allah dan Rasulullah..ingin kita mendekati insan-insan ini..ingin kita kenal siapa dirinya...ingin kita hampirinya dengan niat agar insan-insan ini menjadi sahabat yang boleh memberikan rujukan dan panduan hidup sesuai dengan ilmu-ilmu ke arah kebaikan yang sentiasa dititipkan di laman sesawang ini....
Dekatilah mereka ini dengan pemujaan kepada Allah, dengan menunaikan solat hajat dahulu..dengan berzikir dahulu , dengan sentiasa mengingati Allah dahulu..malah tidak keterlaluan jika kita isythikarah dahulu , supaya penyerahan jiwa kita selayaknya hanya untuk Allah..
Sesunguhnya Allah itu maha Adil , Allah Maha sebaik-baik perancangan ,Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Tidak menjadi suatu kesalahan menjadikan mereka yang menyeru ke arah kabaikan sabagai satu dasar rujukan ..sebagai satu sandaran agar kita juga menjadi seperti mereka, Namun janganlah kita menjadikan mereka tempat kita memaut perasaan dengan menyatakan kelebihan mereka itu sehingga lupa bahawa segala setiap zarah yang berterbangan adalah milik Allah S.W.T
Adalah sebenarnya sebahagian daripada mereka ini (yang selalu menyeru ke arah kebaikan) tidak ingin dipuja lansung..malah mereka sentiasa menghinakan diri dihadapan Allah...sentiasa berasa tidak cukup dengan ilmu yang ada..dan jauh sekali niat mereka meyeru ke arah kebaikan untuk memikat hati lelaki dan wanita agar mereka menjadi pujaan!(Nau'zubilllahiminzalik)
Muhasabah untuk diri ana sendiri dan peringatilah ana, janganlah ada sahabat2 memandang ana sebagai satu sandaran yang melebihi sepatutnya.Ana tidak ingin dikenali oleh manusia,,siapa sebenarnya diri ini...diri ini adalah pembawa nama seperti yang kalian lihat di profil...kenalilah nama tersebut dan ikutilah nama tersebut selagi nama itu tidak mendatangkan kemudharatan kepada kalian...
Ana adalah pengutip ilmu-ilmu yang tercicir di sepanjang perjalanan musafir...kita di alam maya juga bermusafir..apatah lagi bermusafir secara realiti...satu ilmu yang dapat dimanfaatkan hari ini menjadi penanda semakin banyak ilmu yang masih belum dapat dimanfaatkan.
Dan untuk Lelaki dan Wanita Pujaan....Seseunguhnya segala puji-pujian itu hanyalah milik Allah S.W. T dan bersalawatlah keatas Rasul Khatamul Anbiya' Rasulullah S.A.W ..Walllahu'alam
Pengajaran Surah Al-Hujurat Untuk diri Ana , Adik - beradik , Keluarga Terdekat , Saudara Mara , Sahabat-sahabat , Jiran Tetangga , Ahli Kariah , Komuniti Masyarakat , seluruhnya Muslimin dan muslimat.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Ayat ke -13)
Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Ayat ke14)
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (ayat ke-15)
Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (ayat ke-16)
Seperti yang dilihat di :
Iklhlas : u-jamv2.0 <>
Pemuda PAS PJS @ Syabab PAS PJ Selatan
Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Ayat ke -17)
Allah Yubarik Fikum...
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”. (Ayat ke-18)
Selamat Berjuang Sahabat2..Selamat Berjuang Ustaz Taliban!

Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Seramai 45 peserta misi konvoi Ramadhan di Gaza (Radig) akan berlepas malam ini ke Kaherah, sebelum memasuki Gaza pada 9 Ogos ini.
Misi kemanusiaan ini adalah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Menurut ketua delegasi Radig, Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga setiausaha Mapim, kesemua peserta Radig dijangka berada di Gaza selama seminggu, sebelum kembali ke Malaysia pada 18 Ogos.
“Malam ini kita berlepas dari KLIA dan transit di Amman sebelum sampai di Kaherah esok pagi. 8 haribulan pagi kita bertolak dengan menaiki empat buah van ke Arish yang mengambil masa enam jam perjalanan.
“9 haribulan pagi, kita akan bertolak ke Rafah dan masuk ke Gaza pada tengahari,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.
Azmi memberitahu, seramai lapan wanita turut menyertai Radig termasuk ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamarudin.
Peserta termuda merupakan remaja lelaki 14 tahun, dan yang peserta paling tua berusia 66 tahun.
Keseluruhan peserta katanya terdiri daripada bekas Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia, Ghani Shamsuddin, ahli politik, wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan beberapa wakil media.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, selain bertemu penduduk Gaza dan menyampaikan bantuan kepada mereka, peserta Radig juga diagihkan kepada lapan kumpulan untuk melakukan penyelidikan berkaitan keperluan mereka.
“Kita akan membuat lawatan ke lapan buah kem pelarian yang dikendalikan PBB, misi mencari maklumat iaitu mengenai status pendidikan, infrastruktur, keadaan masjid, status kanak-kanak dan wanita di sana, dan mencari fakta kedudukan sekolah dan agensi yang sedang berfungsi di sana.
Tambahnya, segala maklumat yang dikumpulkan akan didokumentasikan sebagai laporan untuk rujukan rakyat Malaysia untuk diambil tindakan selanjutnya.
Selain itu katanya, laporan harian mengenai aktiviti mereka di sana akan disiarkan melaui radio Bernama pada setiap hari.
“Kita akan memberikan laporan aktiviti di sana ada setiap hari dan akan disiarkan di radio Bernama,” katanya.
Beliau turut meminta seluruh rakyat mendoakan keselamatan peserta Radig sepanjang menjalankan misi di sana dan dapat kembali ke tanah air dengan selamat.
“Kami berharap apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan di sana dan semua peserta dapat pulang dengan selamat,” katanya.
Novel Isabella v4.0 : Berdebat Degan Ketua Paderi
ISABELLA -Part 4 : Bedebat dengan Ketua Paderi
Isabella mula membuka mulutnya untuk berkata, “Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi saksi bahawa saya adalah seorang Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan…..” ucapan Isalbella, tiba-tiba dipintas oleh Peter. “…Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan ke mari pun bukan itu tujuannya,” kata Peter. “Tetapi andaikata tuan mahu menyambung perbincangan ini, tuan mesti menjawab pertanyaan saya dahulu.” “Baiklah!” ujar Umar Lahimi. “Saya beri kebebasan kepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati akan menjawabnya.” “Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan percaya dengan Kitab Injil?” tanya Peter. “Sudah tentu Al-Quran memuji Kitab Injil dan kami orang Islam percaya dengan kitab Injil, Taurat, Zabur dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi,” ujar Umar. “Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?” kata lagi Peter. “Kerana ia BUKAN KITAB INJIL,” jawab Umar Lahmi. “Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi(karangan) dan menamakannya ”INJIL”, maka kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran.” “Jadi, Injil yang disebut dalam Al-Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami? Buktinya?” Peter dengan ghairah memajukan pertanyaannya untuk memerangkap Umar Lahmi. Umar Lahmi seperti yang sudah dijanjikan, menghadapi masalah itu dengan tenang. “Benar, walaupun Al-Quran menyebut-nyebut tentang Kitab Injil yang tulen, telah menyebut juga tentang kepalsuan ”INJIL” ini dan menunjukkan pernyataan-pernyataan yang salah di dalam Injil itu sendiri.” “Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?” tanya Peter lagi. Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada di depannya lalu membuka. “Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46 – 53, Jesus telah menolak mengakui ibunya Siti Mariam dan saudara-saudaranya kerana tidak melakukan kehendak bapanya di syurga. Penolakan ini samalah sebagai MENUDUH ibunya murtad, padahal Al-Quran kami menyebutkan ”SIDDIQA” yang bererti dia bukannya murtad tetapi seorang yang beriman dan warak.
Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12:46-50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan ketidaksopanannya terhadap ibunya, meskipun di dalam Taurat melarang keras menghormati dan memuja ibu. Tetapi Al-quran menyebutnya, bahawa itu salah dan mengatakan yang Jesus telah berkata bahawa dia patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik kepada ibunya itu. Ataupun seperti yang disebut dalam Kitab Injil bahawa Jesus telah dikutuk dan kerana kutukan tersebut maka dia telah disalibkan * (*nota: sebagai bukti bahawa Kristus telah d! ikutuk lihat buku Galatia 3:12-13). Tetapi Kitab Suci Al-Quran* menyebut ”Roh Kudus” dan ”Kalimat Allah” dan bahawa ”Al-Masih Isa bin Mariam seorang yang mempunyai kemegahan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan kepada Allah.” (*nota: Al-Quran surah 3, ayat 45) . Tiba-tiba satu suara sumbang kedengaran muncul dari khayalak ramai. “Itu salah! Injil mengatakan dia(Isa) itu Tuhan”. “Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk. Tuan telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang menjadi sumber segala kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki,” kata Umar menjawab suara sumbang itu. “Yang patut dikutuki ialah SYAITAN, bukannya tuhan. Agama Islam tidak memuja Kristus sebagai dewa, tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui kesuciannya. Nah! cuba pilih apakah ”TUHAN” yang terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang manusia yang bebas dari dosa?” Peter menyampuk, “Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nah sila bawa ke mari kepada kami.” “Tuan tidak berhak memintanya daripada kami !. Jika tuan telah mengakui terlebih dulu bahawa Injil tuan itu karangan dan DIPALSUKAN, pada waktu itu barulah boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya. Saya sudah buktikan bahawa Kitab Suci Al-Quran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya dan secara terang-terangan menceritakan keslahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan, bolehkah Injil ini yang memuja Kristus, dan kemudian terbunuh di atas salib menjadi Injil yang diakui oleh Al-Quran? Dalam Al-Quran dirakamkan kata-kata Kristus. ”INNI ABDALLAH” -aku hamba Allah dan padahal mereka tidak membunuhnya dan menyalibnya*. (*Nota: Al-Quran surah 4, ayat 157).
Apakah Al-Quran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan kepalsuannya?” “Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ”Roh Kudus” dan ”Kalimat Tuhan”? Bukankah ini satu bukti bahawa dia mengatasi manusia?” Peter bertanya. “Benar. Kitab suci Al-Quran ada menyebut Nabi Isa sebagai ”Kalimat Allah”, tetapi ia juga ada menyebut bahawa Kalimat Allah” itu tidak terkira banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua ”Kalimat Allah” kerana kalimat-Nya tidak terperi banyaknya. Jadi, Krisus juga salah satu daripada ”Kalimat Allah”. Mengenai Kristus menjadi ”Roh Kudus” maka hal ini juga tidak akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama juga digunakan untuk Nabi Adam a.s. Dalam Al-Quran ada menyebut: ”Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku, maka tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud” * (*nota: Al-Quran surah 15, ayat 29). Jadi, dengan kalimat yang sama maka Kristus juga serupa dengan Adam. Jikalau Kristus menjadi ”Tuhan” maka Adam juga demikian dan semua anak-cucunya juga ”Tuhan”.” Peter segera menyampuk, “Sekiranya Quran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ”Roh Kudus” yang lain selain dari Kristus.” Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan si paderi tua itu. Dia lalu berkata dengan tenang. ”Tuan fikir seluruh isi Al-Quran itu salah, tetapi tuanlah yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh Al-Quran. Jadi saya telah MEMBUKTIKANNYA bahawa dia( ISA ) BUKAN Tuhan, begitu juga Adam. Andaikata dia boleh menjadi ”Tuhan” kerana ”Roh Kudus”, maka Adam a.s. juga ”Tuhan”. Tuan telah mengatakan Al-Quran itu salah dalam hal ini, jadi mengapa pula tuan membawa Al-Quran ke mari?” Mendengar jawapan Umar itu, Peter menjadi agak gugup.
Dia seolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya. “Tuan telah mengatakan bahawa Injil kami tidak tulen. meskipun Injil itu telah disusun oleh murid-muird Kristus dengan bantuan Roh Kudus. Quran juga memuliakan mereka ini dan mengangapnya sebagai orang beriman. Injil ini telah dianggap SAH oleh penganut Kristian sedunia,” kata Micheal cuba mengutarakan hujah baru. “Persoalannya,” jawab Umar dengan tenang. “Ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus untuk tujuan itu, atau beberapa orang yang menggunakan nama murid-murid Kristus. Malah orang-orang Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahawa murid-murid Kristus yang menyusun Injil itu. Al-Quran sendiri tidak mengaku Injil yang disusun itu! Al-Quran hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari Allah, seperti yang termaktub dalam ayat SURAH AL-HADID, yang kira-kira maksudnya, ”Kami berikan kepadanya Injil” dan di dalam Surah MARIAM ayat 30 pula ada disebutkan kira-kira begini: ”Putera Mariam berkata: ”Sesungguhnya akau adalah seorang hamba Allah. Dia pasti memberikan kepadaku Kitab(Injil) dan Dia pasti akan menjadikan seorang nabi.” Nah!, tuan-tuan mengakui bahawa Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus, sedangkan Al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa Injil itu DIWAHAYUKAN kepada Kristus.”
Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata, keadaan dalam gereja itu terganggu apabila bapa Isabella(Ketua segala Paderi) tiba-tiba muncul. “Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah becakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini dan perbuatan kamu ini telah menganggu kepercayaan orang-orang Kristian.” Tempelakan ketua paderi iru membuat para paderi yang berada dalam majlis itu tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang tadinya merah, menjadi pucat lesi. Suasana di dalam dewan itu hening seketika. “Bapa yang suci. Apa yang bapa katakan itu benar sekali. Tidak ada manfaat apa-apa kecuali kerugian kita berbincang dengan orang yang tidak beriman ini. Tetapi, apakah bapa ingin kita diperhinakan dan dipermalukan di seluruh Sepanyol ini? Bolehkah kami(para paderi) meletakkan harapan bahawa bapa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang Islam ini?” Bapa Isabella, ketua paderi itu terdiam sebentar. Air mukanya kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi berkurangan. Setelah berfikirkan sejenak, dia lalu memandang Micheal. “Amat malang, kamu tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi. Bolehkah orang-orang Islam ini dibawa kejalan yang benar sesudah mendapat jawapan yang memuaskan?” Micheal yang kena tempelakan ketua paderi itu segera menjawab. “Ya! Ya! Mereka telah berjanji dengan bertulis.” Mendengar jawapan itu, Ketua paderi itu tersenyum lalu berkata kepada Umar Lahmi dan rakan-rakannya, “Tuan-tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang kasar tadi. Sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan, saya meminta maaf bagi pihak yang hadir.
Saya ingin mempersilakan sekali lagi tuan datang semula ke dewan gereja ini esok pagi agar segala keraguan pihak tuan dan salah pengertian tuan akan diselesaikan secara bijaksana.” Keesokan paginya seperti yang dijanjikan, pertemuan Umar Lahmi dengan Ketua Paderi diadakan di dewan Gereja itu. Isabella dan para paderi lain turut menjadi pengikut setia perbincangan itu. Setelah semuanya duduk dengan selesa, ketua paderi itupun berkata kepada Umar Lahmi. “Saya tidak mahu berbicara secara terperinci dan memanjangkan perbincangan ini. Saya akan becakap SEPATAH-DUA kata saja yang boleh mencapai tujuannya dalam beberapa minit. Apa yang saya maksudkan ialah ISLAM dan KRISTIAN akan DIUJI tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama yang BENAR. Bukankah begitu?” “Saya tidak ada bantahan. Memang benar, hanya melalui ajaran sahajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar atau palsunya.” kata Umar Lahmi. “Bagus. Bagus!” ujar si Ketua Paderi dengan suara gembira. “Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan akan segerea dipimpin keluar ke lorong yang benar. Nah, saya ingin nyatakan bahawa dalam setiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci.
Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan bersetuju?” “Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu,” jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, . “Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan.” Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi. “Nah, sekarang sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ”KASIH” . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga.” Umar Lahmi bingkas menjawab, “Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ”TAUHID” kata Umar Lahmi.
Thursday, August 5, 2010
Susahkah menjadi wanita Islam?
Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^
Asaalamualaikum...
Sahabat2 u-jam yang dikasihi...selama mana kita pernah berjanji pada diri sendiri suatu hari nanti tiada lagi keraguan di dalam hati ini dalam memililih jalan perjuangan..padahal berjuang itu bukan pilihan..malah kewajipan dan kewajipan kepada siapa dan adakah kita layak untuk berjuang..malah berjuang untuk apa dan siapa?
berjuanglah untuk Agama Allah iaitu menegakkan kalimah tauhid di mana sahaja debu - debu beterbangan ianya bakal menempah mehnah dan tribulasi yang tinggi kerana halangan dan tarbiah itu sudah dijanjikan dalam setiap perjalanan.
Namun sifat pejuang..ianya belum selesai selagi belum dapat berjuang didalam qalbu sendiri..dengan persekitaran yang sebegini kusut memerlukan nafas yang panjang untuk menyambung zikir + fikir yang tertinggal akibat sikap manusia yang tidak maksum atas dosa.
Perjuangan dakwah juga membuatkan kita kadangkala melihat ke dasar biasan kolam yang menampakkan wajah sebenar kita dan setakat mana dakwah ini boleh diteruskan.
Padahal dakwah ini bermula dari diri kita sendiri dan kemudian ahli keluarga dan seterusnya jiran tetangga dan sahabat2...namun tidak terjangkau hidayah itu kerana untuk mengurniakan hidayah ianya bukan tugas manusia.
Berdikit-dikit didalam menuntut ilmu dan berdikit-dikit di dalam mengamalkan ilmu...ianya lengkap sebagai satu prinsip istiqamah di dalam perjuangan dan istiqamah tidak akan dapat diciptakan tanpa mujahadah yang tinggi.
Apabila melihat didalam kolam diri sudah tiba masanya untuk bermujahadah Hijrah & Musafir pada bulan ramadhan sehingga syawal ini...Perancangannya memakan masa selama sebulan untuk fikir atas amal..fikir atas ummat dan fikir diatas kekurangan diri sendiri.
Bermula dari gugusan selatan thailand , kemudian ke kemboja dan seterusnya laos..perjalanan selama sebulan ini bakal menyinggah di masjid , surau dan madrasah-madrasah yang sudi menerima musafir ini yang berjalan diatas bumi Allah untuk tujuan mengislahkan diri...
Melihat sendiri suasana sukar sahabat2 di tiga negara memaut tiang2 akidah dan dakwah agar tidak tumbang sekalipun lutut yang kian goyah namun kekuatan entah dari mana yang mengukuhkan lagi tiang2 itu.
inilah titipan pengalaman yang bakal di tempuh..inilah masanya untuk menghabiskan masa mentelaah buku2 yang dibeli yang belum sempat di jamah, kitab2 lama yang tertangguh untuk diselak...masanya untuk iktikaf setiap hari..menagis setiap malam tanpa gangguan bunyi motor ataupun lagu hindustan yang dipasang jiran sebelah!
Ya Masa ..Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Alhamdulillah..masa yang ada pada kelapangan yang ada ..entah bila lagi akan menjelma jika hasrat ini ditangguh2 ..persoalan berhari raya di mana ,juadah pagi raya ataupun kain lanngsir ataupun mercun yang memeriahkan tidak timbul lagi..persoalan hari ini adalah persoalan pada masa umur yang sebegini..apakah yang dapat kita sumbangkan kepada Islam..malah apakah kita sendiri sudah cukup islam?
Berapa banyak hadis sudah dihafal?..berapa surah yang sudah dihafal terjemahannya?,..mana kitab2 rujukan dan istiqamahkan kita bermathurat setiap pagi?..itulah persolananya yang menanti bila semua itu boleh dicapai?
Inilah masanya ...perancangan ini bermula pada 5 Ramadhan dan akan kembali ke tanahair 15 Syawal...usaha untuk "cas bateri iman"..sungguh malu pada ketika ini kerana mana hendak diletakkan wajah ini dengan beban amanah yang banyak belum diselesaikan...
Pada ketika kita berasa keseorangan..kesunyian dimana lagi tempat kita mengadu selain yakin dengan hati yang benar bahawa Allah Tuhan yang Satu..Tuhan yang berkuasa ke atas sesuatu.
Penceritaan ini bukan merujuk kepada kebanggaan bahawa "akulah yang melakukan ini semua"..ianya amat jauh untuk ditafsirkan begitu..penceritaan ini mengharapkan doa2 sahabat2 yang sudi titipkan sepanjang perjalanan nanti dan insyaAllah...syura u-jam dan moderator yang ada akan meneruskan usaha2 dakwah u-jam seterusnya
Wallahu'alam
Allahu Yubarik Fikum...
(Creator u-jam : Ibnu Rahman)
Tahaaluf Siasi 2 : Sebelum Zaman Kenabian
2. TAHAALUF SEBELUM ZAMAN KENABIAN
Sekiranya kita kembali kepada kitab-kitab sirah nabawiyyah kita akan menemui dua bentuk tahaaluf yang masyhur iaitu Hilf al-Mutayyibin dan Hilf al-Fudhul.
Pertama: Hilf al-Mutayyibin
Al-Mutayyibin adalah terdiri daripada lima Qabilah Arab iaitu Qabilah Abd Manaf, Qabilah Zuhrah, Qabilah Asab Bin Abdul Uzza, Qabilah Taim dan Qabilah Al-Harith Bin Fahr.
Mereka telah melakukan satu perjanjian yang mana telah disifatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu perjanjian yang baik sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad (No. 1567):
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ شَهِدْتُ حِلْفَ الْمُطَيَّبِينَ مَعَ عُمُومَتِي وَأَنَا غُلَامٌ فَمَا أُحِبُّ أَنَّ لِي حُمْرَ النَّعَمِ وَأَنِّي أَنْكُثُهُ
"Aku telah menyaksikan perjanjian (tahaaluf) al-Mutayyibin bersama bapa-bapa saudaraku ketika aku masih kecil dan tidaklah aku mahu memungkirinyai walaupun aku diberikan unta berwarna merah (yang paling bagus)".
Perjanjian ini dinamakan dengan hilf al-Mutayyibin kerana apabila Qabilah Abd Manaf setelah mana ingin mengambil hak penjagaan Kaabah daripada Qabilah Ibnu Abd Daar sedangkan mereka tidak mahu melakukannya, setiap qabilah melakukan perjanjian untuk tidak melakukan persengketaan. Kemudiannya Bani Abd Manaf mengambil bekas berisi wangian lalu mereka memasukkan tangan mereka kedalamnya lalu meyapunya ke Kaabah sebagai tanda perjanjian. Sebab itulah dinamakan al-Mutayyibin bersempena dengan perbuatan memakai minyak wangi tersebut.
Kedua : Hilful Fudhul
Perjanjian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menghentikan sebarang bentuk kezaliman yang berlaku di bumi Mekah sama ada kepada mereka yang merupakan penduduk asal Mekah atau dari luar bumi Mekah.
Perjanjian ini dilakukan oleh Bani Hasyim, Bani Mutallib, Qabilah Asad, Qabilah Zuhrah dan Qabilah Taim dan di meterai di rumah Abdullah Bin Jud'an kerana kemuliannya serta merupakan orang yang paling tua. Rasulullah s.a.w menyifatkan hilful Fudhul dengan sabda beliau yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq secara mursal daripada Tolhah bin Abdullah bin Auf :
لقد شهدت في دار ابن جدعان حلفا ما أحب أن لي حمر النعم, ولو أدعى في الإسلام لأجبت
”Aku telah menyaksikan satu perjanjian di rumah Abdullah Ibnu Jud'an satu perjanjian yang mana ianya lebih disukai diriku daripada aku memiliki unta berwarna merah, sekiranya aku dijemput untuk mengadakannya di dalam Islam nescaya aku akan menerimanya".
3. TAHAALUF SELEPAS KENABIAN
Pertama : Perjanjian Rasulullah s.a.w Dengan Abi Tholib
Peringkat pertama:
Setelah mana turunnya ayat al-Quran (surah al-Syu'araa, ayat 214) yang berbunyi:
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
214. dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat.
Rasulullah s.a.w mula menyeru Bani Hasyim kepada Islam akan tetapi dihalang oleh Abu Lahab. Dia mengancam untuk menangkap Rasulullah s.a.w tetapi Abu Tholib bertegas akan melindungi Rasulullah daripada sebarang kekerasan yang akan dilakukan terhadap baginda.
Peringkat kedua:
Ketika kafir Quraisy menemui Abi Tolib dan meminta supaya dia berhenti daripada melindungi anak saudaranya itu dan mereka mula mengancam untuk memerangi Abi Tholib sendiri sekiranya berterusan dalam memberikan perlindungan kepada Rasulullah s.a.w.
Abu Tholib mula merasa tidak senang dengan ancaman tersebut lalu bertemu dengan Rasulullah dan menyatakan hasratnya supaya Rasulullah tidak lagi menyampaikan dakwah baginda kepada manusia. Walau bagaimanpun Rasulullah menjawab dengan sabda baginda :
يا عم! والله؛ لو وضعوا الشمس في يميني، والقمر في يساري، على أن أترك هذا الأمر، حتى يظهره الله، أو أهلك فيه؛ ما تركته
Maksudnya: "Wahai bapa saudaraku, Demi Allah sekalipun mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku boleh meninggalkan urusan ini sehingga Allah menzahirkannya atau aku sendiri binasa kerananya, nescaya aku tidak akan meninggalkannya" (Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Dalail nubuwwah dan Ibnu Ishaq)
Kemudian Rasulullah bangun dan berpaling daripadanya. Apabila Abu Tholib mendengar ucapan tersebut beliau berkata: "Wahai anak saudaraku, berpalinglah ke arahku (lalu Rasulullah berpaling ke arahnya) Pergilah dan beritahulah apa yang kamu sukai. Demi Allah! Aku tidak akan menyerahkan kamu kepada sesiapapun selama-lamanya."
Peringkat ketiga:
Ketika mana Bani Hasyim dan Bani Muttholib berganding bahu dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w dan melindungi beliau ketika mana pihak kafir Quraisy mendisytiharkan bahawa mereka akan membunuh Rasulullah s.a.w. Pihak kafir quraisy juga menawarkan kepada Abu Tholib pemuda dikalangan mereka untuk dijaga oleh beliau sebagai ganti kerana menyerahkan Rasulullah kepada mereka tetapi Abu Tholib membalas tawaran itu dengan sindiran keras, " Adakan kamu mahu aku memberi makan anakmu dan aku memberikan anakku kepadamu supaya dibuhnuh?!"
Peringkat Keempat:
Ketika mana kafir Quraisy melihat Bani Hasyim dan Bani Muttholib sama ada yang Islam atau yang belum memeluk Islam bertahaaluf untuk melindungi baginda, mereka telah berhimpun dan berpakat untuk menulis satu memorandum atau dokumen bahawa mereka tidak akan bernikahkan dengan sesiapapun dikalangan mereka atau melakukan jual beli dengan mereka dan tidak akan menerima perdamaian sama sekali dengan mereka atau dengan kata lain, akan membikot mereka sehabis-habisnya. Dokumen tersebut diletakkan di dalam Kaabah.
Dengan kuasa Allah, rancangan untuk membikot ini tidak berhasil. Bani Hasyim dan Bani Muttholib kecuali Abu Lahab mencari tempat perlindungi di kawasan celah-celah bukit untuk berlindung bersama-sama Rasulullah s.a.w selama dua hingga tiga tahun dan mereka mengalami kesusahan yang berat sehingga mereka menjadikan daun-daun kayu sebagi makanan sebagaimana yang disebut dalam kitab-kitab sirah.
Walau bagaimanapun, lama-kelamaan beberapa individu dari pembesar Quraisy bangkit membantah perkara tersebut dan meminta supaya mereka menhentikan perbuatan tersebut. Antaranya ialah Hisyam bin Amr, Zuhair Bin Umayyah, Muth'im Bin 'Adiyy dan lain-lain. Lalu Muth'im mengoyak dokumen tersebut dan kelihatan bahwa dokumen itu telah pun dimakan anai-anai kecuali nama Allah. Perkara tersebut sebenarnya telah pun dikhabarkan oleh baginda kepada Abi Tholib.
Pengajaran Surah Al-Hujurat v4.0
Tafsir Al-Hujurat :4
إِنَّ الَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِن وَرَاء الْحُجُرَاتِ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ {4}
Sesungguhnya orang-orang yang memanggil engkau (ya Muhammad) di luar bilik-bilikmu kebanyakan mereka tidak berakal.(4)
Allah mencela perangai setengah orang-orang dusun di pedalaman yang datang menemui nabi s.a.w. dengan cara tidak sopan.Betapa mereka lakukan sedemikian,sedangkan di dalam bilik-bilik itu terdapat isteri-isteri baginda tinggal,yang sewaktu-waktu mereka inginkan rehat dan ketenteraman bersama-sama dengan Nabi s.a.w.
Sesungguhnya kebanyakan mereka berbuat demikian itu tidak berakal,yakni jahil tentang kewajipan mereka memulia dan menghormati nabi.dan jika akal telah tiada,maka hilanglah peradaban.
Mengikut al-Baidhowi adalah dikatakan bahawa orang yang dipanggil oleh Uyainah bin Husoin dan al-Aqro bin Habis iaitu Rasulullah s.a.w. yang mereka datangi bersama rombongan seramai 70 orang dari suku Bani Tamim semasa mereka berkunjung,waktu itu sebelah tengahari sedang baginda itu tidur-mereka berteriak Ya Muhammad!Marilah keluar menemui kami.
Sepatutnya mereka tidak berteriak dengan suara yang begitu kuat dan dengan bahasa yang kasar sebegitu.Sewajarnya mereka memanggil dengan panggilan sanjungan atau yang baik seperti Ya Rasulullah atau Ya Nabiyallah,bukan seperti mereka memanggil kawan-kawan mereka dan bukan dengan mengangkat suara yang kuat.Apatah lagi pada waktu itu,baginda sedang berehat dan perbuatan yang ditunjukkan oleh mereka amatlah dikeji.Mereka tidak berakhlak dan jahil mengenai tatatertib dalam Islam.
Mengikut sejarah orang-orang Badwi memang terkenal dengan sikap keras mereka.Telatah dan perangai orang badwi Banyak diceritakan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
















