[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, November 14, 2010

Perginya Seorang Pejuang : Marshall ARC Selangor.

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, November 14, 2010 | Category: |








Alternative Riding Club (ARC) ialah sebuah kelab permotoran yang menjalankan aktiviti amal khidmat masyarakat dan aktiviti kesedaran kelelamatan malah membantu dalam banyak konvoi2 amal seperti konvoi GAZA bersama Mapim , Selangor Anti Zina - kerjasama Briged Amal dan kerajaan negeri , event2 mesra rakyat yang memerlukan ARC untuk menjalankan aktiviti safety riding...malah ARC sering mengadakan servis motor percuma dalam setiap aktivitinya.

Apa yang menarik ialah ARC tidak pernah lupa usul asal mereka dan menjadikan dakwah sebagai satu matlamat utama, sebab itulah ianya dianggap kelab motor yang unik dimana mereka boleh solat berjamaah di kawasan lapang , di tepi jalan2 raya..malah mereka tidak akan ketinggalan untuk menghadiri tazkirah dan usrah.

Usaha untuk mendekati Golongan muda dan menjadikan kelab permotoran sebagai satu usaha dakwah melalui pelbagai mehnah dan rintangan yang bukan sedikit...Namun hasilnya telah mula membiak dan berbunga...ada ahli2 ARC yang "Pailang" aka Nakal ketika dulu ..dapat menunaikan solat secara berjamaah dan sudah mula membicarakan tentang dakwah.

ARC menjadi tumpuan kerana dalam usaha ini , anak muda masih tercari-cari Fitrah sebenar kehidupan manusia iaitu kembali kepada kebaikan.

Dalam ketika ARC dijulang, dan dicari ..dalam ketika banyak jasa ARC untuk membangunkan usaha Dakwah..dalam ketika peranan ARC semakim memuncak... Sdr. Firdaus (Marshall ARC Selangor) Telah dijemput oleh Allah untuk menemui-Nya pada awal pagi tadi setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal pada malamnya.

Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.

Beliau sempat untuk lead satu program safety Riding pada sebelah petang program tersebut.

Saya selaku sahabat yang pernah bekerjasama dengan beliau , berasa amat kagum dengan semangat dan kesungguhannya...banyak kenangan2 kami bersama-sama menempuh duri-duri perjuangan ditayangkan di layar minda...Beliau tidak pernah putus asa , beliau pernah keseorangan dalam berjuang tetapi dipangku oleh sahabat2 yang tidak ingin melihat ada jemaah yang berkeseorangan..kini beliau keseorangan lagi..menemui Cinta-Nya yang kekal abadi


Semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang mendapat Rahmat Allah S.W.T dan mereka yang mendapat Syafaat Rasulullah S.A.W...Al-Fatihah...Amin

In memory : Almarhum Firduas...

Currently have 3 comments:

  1. innalilah..moga2 perjuangan beliau akan ada penyambungnya...kerana sgb alternatif kepada PAS untuk mendekati golongan muda masa kini,perkara ini perlu diambil kira...sampaikan takziah saya kepada keluarga beliau...

  2. semoga roh ditempat dikalangan orang2 mukmin - muslim bikers

  3. Innalillah...
    Ana sempat berurusan dengan allahyarham...
    Walau tak sempat bersua..

    Moga Allah terima segala amalannya..


Leave a Reply