Tuesday, November 9, 2010
Talk Show: Cinta Pakai Buang, Syok ke?
Tahniah Nisa' Shah alam & Kerajaan Negeri Selangor!
Syukur terhadap Illahi, program Talk Show telah berjalan dengan lancar dan menarik peserta yang ramai… Walaupun hujan renyai-renyai, para peserta masih mengunjungi sambil berdiri dalam hujan yang penuh rahmat.
Pengisian utama program kali ini sangat 3M.. Menarik , Memotivasikan dan Menggerunkan..
Menarik dengan cara penyampaian santai ahli-ahli panel kita..
“Kamu merokok?! Oh sorry, naik lori.. Good BYE..!” kak Wardina bercerita pengalaman beliau.
Memotivasikan kerana perkongsian ahli-ahli panel, kisah-kisah mereka dan tip-tip sangat penting..
“Surah An-Nur: 26.. Perempuan yang keji adalah untuk lelaki yang keji, Perempuan yang baik adalah lelaki yang baik (dan sebaliknya).. Pegang lah, kerana itu janji Allah, dan Allah lah yang paling menepati janji Nya.. Maka jadilah perempuan yang baik, Insya Allah lelaki yang baik telah ditetapkan untuk kamu..” pesan Ayah dr.Harlina sesuatu ketika dahulu..
Mengerunkan atas fakta-fakta ahli panel lontarkan..
“Anggaran, 50% pelajar IPTA/IPTS telah berzina.” Dr.Harlina mengulas pengajian yang telah dibuat pada sejumlah pelajar di tiga IPTA/IPTS pilihan.
“Kalau boleh janganlah menonton televisyen, kerana ia adalah pengaruh paling kuat.. Akak pun tak menonton televisyen walaupun akak berada dalamnya, sebab nak kurangkan pengaruh ke atas diri..” Kak Wardina pesan.
Selain pengisian 3M itu, Talk Show kali ini jua telah bawa banyak kelainan dan perubahan.. Ia membawa dua HOT.. Yang ternyata berlainan adalah kawasan program diadakan. Kebiasaan program-program seperti ini dilaksanakan di tempat tertutup terutama sekali di masjid atau dewan.. Alhamdulillah dengan sokongan ramai pihak, lokasi HOT di Shah Alam untuk membeli belah dipilih dan menjadi kenyataan.. Semoga bukan sekadar peserta di dalam dewan sahaja dengar pengisian, tapi yang berlegar-legar di kawasan berdekatan jua :)
Kedua, yang HOT, adalah artis undangan program.. Aizat AF.. Selingan di antara pusingan-pusingan forum, Aizat menghiburkan dan menarik lagi ramai pengunjung.. Bukan sekadar itu, Aizat pun di minta ulas oleh kak moderator kita, Pn.Muna, mengenai lirik lagu-lagu nya dan memberi pesanan pada semua, yang selari dengan kempen anti-zina Nisa :)
Hiburan terpandu, insya Allah hiburan kerana yang SATU..
Akhir sekali, terima kasih pada semua hadirin, kerajaan negeri dan semua pihak yang sudi menjayakan program ini.. Tahniah jua untuk semua krew NISA' dan GEMS atas usaha gigih kalian..! Dan mohon maaf dipinta jika ada sebarang kekurangan dari pihak kami :)
salam ukhwah,
nak tanya, ade sesiapa x share video talk show ni? t'ingin nak tengok..