Sunday, November 28, 2010
Tahniah Sukarelawan Cheng Ho!
Kredit Kepada NAs PHOTOGallery
Assalamualaikum W.B.T Sahabat-sahabat u-jam, pada 26 November 2010 baru-baru ini berakhirlah Expo Kelantan-China yang diadakan di Negeri Kelantan.Buat masa ini saya masih menunggu laporan daripada beberapa sukarelawan Cheng Ho yang secara tidak rasmi mewakili U-jam di dalam Expo tersebut , walaupun mereka meminta nama-nama dirahsiakan kerana tidak mahu terlalu "glemer" . ana akur dengan permintaan itu malah apa yang mengujakan mereka hanya mengharapkan penghargaan daripada Allah S.W.T.Kali ini U-jam pecah rekod! kerana ada beberapa wakil u-jam adalah terdiri daripada sahabat kita dari kaum cina , bersama-sama dengan sahabat2 muslim mereka berganding bahu menjayakan Expo ini.Berikut adalah gambar-gambar semasa mereka menyertai Kursus Sukarelawan Cheng Ho dan cerita yang selanjutnya akan dimuatkan disini oleh wakil u-jam apabila laporan mereka siap....Tahniah Sukarelawan Cheng Ho!
Cheng Ho Expo is the first of its kind international trade exhibition to be organized by the Kelantan State Government in Kota Bharu, Kelantan, featuring more than 300 companies from countries around the world.
In celebration of 600th anniversary of Admiral Cheng Ho Naval expedition to Malaysia, the Expo will be highlighting his life and voyages that had made tremendous strides in bringing social, cultural and economic values towards greater unity and prosperity to the world at his time, thus named "Cheng Ho Expo 2010".
Set against this historical background, the Kelantan State Government is proud to organize the Expo with the objective to create a valuable platform of trade and investment opportunities to our exhibitors and visitors, both local and international, while playing the role model of Admiral Cheng Ho in promoting unity among Muslims by the value and in establishing trade collaboration and diplomatic alliance among different countries.
To be held over a 6-day period from November 21-26, 2010, the exhibition will provide a dynamic business avenue that brings together business fraternities from a wide spectrum of industry sectors to explore trade opportunities, which include tourism industry, halal food, Islamic Banking and Finance industry, biotechnological and agricultural products and many more, under one roof. It will also be incorporated with talks and forums to be presented by prominent Chine businessmen, diplomats and young entrepreneurs.
In all, Cheng Ho Expo 2010 is the best focal meeting point that attracts both domestic and international participants to come to interact, transact and source for various products and services.
KOTA BHARU – Dalam usaha memastikan perjalanan Ekspo Cheng Ho selama enam hari mulai 21 November ini berjalan lancar, seramai 390 menyertai kursus sukarelawan sesi pertama, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Sukarelawan Cheng Ho, Adilan Mat Yusof berkata, jumlah sukarelawan itu terpilih daripada 500 orang yang mana 270 daripadanya adalah perempuan.
“Sesi pertama kursus ini disertai sukarelawan Melayu yang boleh berbahasa Arab manakala bagi sesi kedua pula seramai 200 sukarelawan Cina khusus sebagai jurubahasa kepada peserta negara China.
“Diharapkan dengan penerangan, pendidikan dan latihan yang diperolehi sepanjang kursus ini dapat memberi peluang kepada sukarelawan untuk menjayakan tugas mereka sebaik mungkin,” katanya pada majlis perasmian latihan sukarelawan di sini, semalam.
Menurutnya, para sukarelawan juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan jika mereka berminat kerana terdapat hamper 200 ahli perniagaan yang menyertai ekspo berkenaan di pekarangan Sultan Muhammad ke-IV.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang merasmikan majlis itu berkata, sukarelawan berkenaan yang kebanyakan terdiri daripada pelajar berpeluang untuk berjumpa ramai usahawan terkenal dan tokoh antarabangsa sepanjang ekspo itu mulai 21 hingga 26 November.
“Sukarelawan juga berpeluang untuk mendapat pengalaman baru apabila berkomunikasi bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin ketika ekspo itu berlangsung.
“Kemahiran bahasa asing ini penting kerana ia mampu membawa kita lebih jauh terutamanya dalam bidang perniagaan kerana sehingga kini ekonomi negara China berkembang dengan pesat dan kita perlu mencontohinya,” katanya dalam ucapan perasmian majlis itu.
Currently have 0 comments: