[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, February 14, 2011

Laporan Kempen Anti-Zina Seluruh Negara - Rayuan Sebaran - Sebarkan!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, February 14, 2011 | Category: |


Assalamualaikum Sahabat-sahabat U-jam Salam Maulidur Rasul S.A.W , sebelum ini dan sekarang ini ada lagi yang bertanya , mengapa saya dan warga u-jam begitu aktif di dalam media baru , tidak kira blog , facebook , twitter dan lain-lain.Bagi sesetengah mereka kami tidak perlu "beriya-iya" nak berdakwah atau bersosial secara positif di lapangan ini.Saya menjawab persoalan itu bagi pihak sahabat-sahabat. "Apa akan kita lakukan jika hari ini gerakan Islam mendapat lesen penyiaran dan diberikan satu channel secara percuma yang ditanggung kerajaan seperti TV1 dan diberikan kebebasan kepada kita untuk menyusun kandungan rancangan mengikut kaedah dakwah yang selalu ingin kita promosikan?" - Jawab mereka yang sebahagian tadi - Sudah tentu kita akan "Full Swing" , "All Out"  kita akan bekerja keras dalam penyebaran dakwah dan ukhwah sesama muslim , sudah tentu kita merencanakan program-program yang positif , sudah tentu kita akan promosikan aktiviti-aktiviti dakwah kita kepada rakyat yang sebelum ini banyak dimomokkan dengan budaya hendonisme.

Saya menambah - ini yang sekarang kami lakukan umpama kami mendapat "lesen TV"! , selagi stok masih ada..itupun jika kerajaan mengikut jejak langkah mesir dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat untuk pengamal media baru - maka ketika itu baru nak bekerja keras? - jangan mimpi!

Ketika ini , sahabat-sahabat yang berasal dan tinggal dari luar bandar sedang bekerja keras , mereka sanggup ke cc , print-out artikel-artikel yang positif , berita-berita yang tidak mungkin ada di dalam media-media konvensional milik kerajaan , print-out size A4 dan copy dalam size A3 . mereka bawa ke rumah pak long , rumah mak ngah , rumah tok ketua . Mereka beri percuma kepada  kedai laksa abang non , kedai runcit di kuala sungai baru. Malah mereka berikan kepada sahabat-sahabat untuk diberikan kepada ibu bapa untuk membaca ketika mereka rehat selepas penat berkebun dan menoreh getah..Hasilnya....?

Baca apa pak ngah? - ni tengah tengok berita internet , jawab pakngah sambil membetulkan helaian kertas yang dibacanya...

Baiklah , suka kirannya kami warga u-jam ingin berkongsi artikel dengan pakngah yang baru letih menoreh tadi..berkenaan usaha kami anak-anak muda Gerakan Islam  yang menjalankan kempen ant-zina velentine selama 2 hari berturut-turut..Semua laopran ini diambil dari berita-berita yang dilaporkan oleh portal-portal berita dan juga tulisan warga u-jam sendiri...Pak Ngah...kali ni berita ni akan cover aktiviti kami seluruh negara....

Selangor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial

Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoy"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya. Simbolik

Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.

selangor anti-zina event crowdKempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.

Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.

Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.

prostitution, desa mentari, police raidKempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram.

Operasi Valentine: 80 didakwa, 61 dikaunseling

Dalam serbuan bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di hotel bajet seluruh negeri pada malam hari kekasih, seramai 81 kes dibawa di mahkamah, 61 orang diberi kaunseling dan 60 lagi diarahkan beredar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JAIS Nurhamizah Othman, tindakan itu sebahagian daripada operasi dua fasa bagi memerangi kemungkaran di Selangor.

azlanFasa pertama, tambahnya, melibatkan kempen dan dakwah di taman rekreasi dan sekitar kawasan tasik di negeri itu.

Individu ditahan akan didakwa bawah Enakmen Jenayah Syarikah Negeri Selangor 1995 yang mana jika sabit kesalahan akan dikenakan dendan tidak melebihi RM3,000 atau dipenjaran tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurhazimah juga berkata, operasi sembilan jam bermula jam 8 pada Ahad malam diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS Mohd Rais Rashid.

Ia mendapat kerjasama majlis perbandaran tempatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, tambahnya.

Pemuda PAS 'berlembut' pada malam Valentine

Walaupun terdapat kebimbangan berlaku 'tindakan keras' Pemuda PAS pada malam hari kekasih, perkara itu akhirnya tidak terjadi apabila anggota dewan itu hanya mengedarkan risalah dan memberi nasihat kepada pasangan yang ditemui.

Di Kuantan, sebanyak 3,000 risalah larangan berdua-dua tanpa mahram diedarkan di tiga lokasi berasingan di Kuantan sempena ekspedisi dakwah Pemuda PAS menjelang sambutan Hari Kekasih malam semalam.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 04Ekspedisi anggota Pemuda PAS - dalam sepuluh kumpulan - diketuai oleh ketuanya Nasrudin Hassan (kanan) mula bergerak ke pantai Teluk Chempedak dan kawasan rekreasi di Taman Esplanade dan Taman Gelora di kawasan parlimen itu kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Ekspedisi yang mengambil masa selama empat jam disertai kira-kira 60 anggota dewan itu dari Kuantan, Paya Besar, Indera Mahkota dan Pekan.

"Kita selalu ceramah dan beri kuliah, tetapi mereka bukan sasarannya kerana mereka tidak hadir. Kita turun dan menyampaikan risalah. Walaupun mengambil masa selama tiga minit, kita yakin ia berkesan sehingga ada (pasangan) yang mengucapkan terima kasih kepada kita," katanya Nasrudin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

valentines day 200209 01Nasrudin berkata, risalah tersebut menasihatkan pasangan agar tidak terpengaruh dengan budaya asing seperti zina, sebaliknya memaparkan budaya Islam seperti menggalakkan perkahwinan dan keluar bertemu pasangan dengan ditemani mahram.

"Lebih kurang 60 peratus pasangan yang ditemui menerima risalah dan mendengar nasihat kita dan mengangguk.

"Ada sebahagiannya pula bersikap acuh tidak acuh sehingga mereka beredar sewaktu kita mendekati dan memperkenalkan diri. Apabila kita sampai untuk memberi risalah mereka terus beredar dan tidak berdua-duaan," katanya.

Kedah tidak anjur

Menurut Nasrudin, sebahagian besar pasangan bercinta kelihatan hadir ke tempat berkenaan selepas jam 12 tengah malam sehingga 1.30 pagi.

Tiada sebarang kekerasan dan insiden tidak diingini memandangkan peserta diingatkan sejak awal supaya tidak berkasar, tidak mencetuskan provokasi dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang mungkin berlaku.

NONEPada 9 Februari, memetik Nasrudin, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan bahawa negeri Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan keras atau crackdown di negeri yang diperintahnya.

Sejak kenyataan itu disiarkan, Nasrudin menerima kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan, termasuk DAP. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Pemuda PAS negeri mengedarkan kira-kira 2,000 risalah kepada pasangan muda-muda di Dataran Senawang dan sekitarnya bermula pada jam 8 malam hingga 1 pagi diketuai setiausahanya Khairil Faizi Ahmad Kamil.

"Kita ambil konsep edar risalah dan memberi nasihat yang baik kepada pasangan yang ditemui. Saya percaya jika ambil pendekatan lembut, tidak (akan) ada tindakan kekasaran. Kita tegur dengan cara baik," katanya.

Currently have 4 comments:

  1. Syabas..

  2. teruskan perjuangan kalian...

  3. aiwah atas usaha jihad .

  4. bagus..teruskan perjuangan


Leave a Reply