Sunday, October 24, 2010
Bidadari: Tribute to : Marwa Al-Sherbini
Di balik redup wajahmu
Sinar wajahmu
Paksi Jiwamu
Terbenam Nurani Solehah
Sebesar-besar
Nikmat Di dunia
Muslimah Solehah
Jelmaan Dirimu
Zikir langkahmu mengalunkan
Kebesaran-Nya
Berjihad menidakkan gelora
Nafsu yang bertaman
Pandanganmu
Menunduk dengan cahaya kebenaran
Suaramu
Bergema dengan lontaran Kalam Tuhan
Pendengaranmu
Menyusuk kalbu ilham Malaikat
Hela Nafasmu
Seiring Udara Firdausi
Sempurnakanlah
Kesempurnaanmu
Dibawah takbir
kekuasaan raja hatimu
Engkaulah yang menukilkan
Kecantikan dirimu
Bukanlah pada wajah mulus itu
Bukanlah pada lenggok busanamu
Bukanlah pada gemersik suaramu
Bukanlah pada pandangan makhluk
Engkau juga yang menukilkan
Kecantikanmu
Adalah pada pandangan Rabbani
Yang engkau sendiri tahu
itulah sebenar-benar
Kecantikan hakiki
termaktub
Bagi dirimu
Muslimah Solehah
Engkaulah bidadari jelmaan syurga
Seringkali kau menafikannya
Kerana malu kepada dunia
persinggahan mu
Hak cipta terpelihara : IbnuRaman - UIAM08
Seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.UD.U. N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...
Marilah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada As-Syahidah Marwa Al-Sherbini..Amin
astaghfirullah al adzim... inna lillah wa inna ilaihi rojiiun...
inna lillah wa inna ilaihi rojiiun..
skrg siapa yg terrorist?!