[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Monday, October 11, 2010

Multaqa Sultan Sharafuddin Dan Seminar Pemerkasaan Ulama

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, October 11, 2010 | Category: , |

11 Oktober Multaqa Sultan Sharafuddin Dan Seminar Pemerkasaan Ulama

Tuesday, 05 October 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 5 OKT:Bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz pada 11 Oktober ini, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menganjurkan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Pemerkasaan Ulama Selangor: Cabaran Dakwah Semasa

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk mencemar Duli bagi menyempurnakan majlis perasmian pada jam 9.30 pagi.

Katanya, multaqa dan seminar bertujuan menghimpun dan memperkukuh ukhuwwah para ulama bagi membentuk satu kerjasama bersepadu dan jaringan pintar di antara ulama dan NGO Islam yang lain.

Ia juga, katanya untuk membentuk permuafakatan yang erat di antara para ulama dan umarak demi kesejahteraan umat Islam di samping menyuntik nafas baru dalam penyampaian mesej Islam, menyatukan hala tuju dakwah serta memupuk kesatuan dan meredakan perbezaan dalam pemikiran.

Beliau berkata, multaqa dan seminar akan disertai oleh mufti atau wakil Jabatan Mufti seluruh negara, para pemegang tauliah penceramah di Selangor, para cendekiawan Islam, para pendakwah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam serta ulama di Selangor.

Kerajaan negeri, katanya amat yakin bahawa dengan kerjasama dan permuafakatan yang erat di antara para ulama mampu untuk menyinarkan kembali kegemilangan Islam sebagai pencetus revolusi tamadun dunia seperti mana yang telah dipelopori oleh para pemimpin Islam sejak dahulu lagi.

“Justeru, penganjuran Multaqa Sultan ini dilihat amat tepat dan sesuai dengan masanya agar keharmonian dan kemakmuran Negeri Selangor terus terpelihara dan dapat dirasai bersama demi persaudaraan sesama Islam,” ujarnya.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply