Monday, October 4, 2010
Cinta Tarbawi Vol 1
Gambar sekitar pendaftaran peserta pada petang 1hb Oktober 2010. Kehadiran yang sangat memberangsangkan dari pemuda, nisa', muslimat dan siswa-siswi dari seluruh negara. Walau pun program hanya wajib kepada exco pemuda pas pusat, exco pemuda pas negeri dan kawasan, tetapi seluruh ahli pemuda, muslimat, nisa' dan siswa-siswi dijemput hadir dan dialu-alukan.
Pengisian bermula dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Naib Presiden Pas merangkap Ahli Majlis Syura Ulama' dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Al-Fadhil Al-Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Para peserta yang tiba awal, padat memenuhi ruang solat utama masjid Rusila. Sebahagian dari peserta ada yang masih dalam perjalanan.
Selepas Isyak, bermulanya Majlis Perasmian yang dilangsungkan oleh Presiden Pas, Al-Fadhil Al-Ustazul Murabbi, TG Haji Abdul Hadi Awang. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, selaku Pengerusi Akademi Tarbiyah (AKTAR) DPPP menyampaikan ucapan alu-aluan. Murabbi muda ini adalah antara tenaga utama mendokong Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi dalam memugar kembali agenda tarbiyah di kalangan pemuda PAS!
Ucapan perasmian disampaikan dengan penuh semangat oleh Al-Fadhil Al-Ustazul Murabbi TG Haji Abdul Hadi Awang. Tokoh Ulamak dan Murabbi yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Chik di kalangan anak muridnya ini sentiasa segar dan bersemangat bila membicarakan tentang kepentingan tarbiyah dalam perjuangan. Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Al-Fadhil Al-Ustazul Murabbi, Dato' Yahya Othman selaku Murabbi Pas Pusat walau pun dalam keadaan sedikit uzur. Digagahinya juga demi kelangsungan tarbiyah generasi muda Pas
saranan TG nik aziz utk anak muda agar melazimi qiamullail, dhuha