[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Thursday, October 14, 2010

kisah ummi. (must read)

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Thursday, October 14, 2010 | Category: |


Pada suatu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentakan maksimum. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering, dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.
Disebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ, terkapitdi antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.
Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada anggota bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat. Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya. Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya, dalam saki baki nafasnya itu dia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu. Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat….. sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis , rohnya berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan tangisan memanjang dalam episode kasih yang tidak kesampaian……

petikan dari Majalah Anis.

semoga Allah mengampuni dosa ibu bapa kita...

Currently have 0 comments:


Leave a Reply