Wednesday, October 13, 2010
Pada suatu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentakan maksimum. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering, dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.
Disebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ, terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.
Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada anggota bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat. Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya. Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya, dalam saki baki nafasnya itu dia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu. Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat….. sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis , rohnya berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan tangisan memanjang dalam episode kasih yang tidak kesampaian……Syurga di telapak kaki ibu. Ibu bapa aku dah tak ada.... setelah tiada baru reti kasih sayang kedua orang tua. Begitulah selaku manusia hanya faham sesuatu itu berharga atau sebaliknya apabila telah tiada.
Islam telah menggariskan..... usia muda pasti tua gantinya. Waktu senggang tentu ada sukarnya. Di anugerah kekayaan jangan dilepas pandangan hina kepada yang miskin. Untuk memahami kehidupan belajarlah menghargai walau nyawa seekor semut.Namun masa orang tua masih ada ramai yang acuh tak acuh mencurah perhatian dan kasih sayang untuk mereka yang dah dimamah usia tinggal nun jauh di ceruk desa.
Manusia sering leka dengan kesibukan dunia yang sementara sehingga kekadang tanpa disedari ada jiwa yang menderita. Kita sebok dengan urusan didunia hingga lupa untuk menghargai kasih sayang mereka yang sanggup menggadai nyawa kerana kita seorang anak.
Lebih malang lagi.... kerana desakan kehidupan orang tua yang dah dimamah usia menjadi hamba kepada seorang anak . Mereka bergelumang dengan masalah menjerihkan melayan kerenah cucu yang ibubapanya pulang hanya seketika sebulan sekali membawa setin susu formula.Di mana keadilan...?
Tiada syurga tanpa restu orang tua. Kalau kita memahami ini apa ertinya menghambakan ibu bapa dalam dunia serba moden ini sedangkan telah diperingatkan diakhir zaman nanti anak-nak akan menjadi tuan dan ibu bapa menjadi hamba. Mengapa kita masih ghairah menggadai akhirat demi untuk dunia yang sementara ini. Fikirkan dan fahamilah peringatan ini.......................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 comments: