[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, October 19, 2010

Nadwah Kefahaman Islam (Symposium on Understanding Islam)

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, October 19, 2010 | Category: , , |

Kenyataan Akhbar Dewan Pemuda PAS Malaysia
Penganjuran Nadwah Kefahaman Islam (Symposium on Understanding Islam)
Oleh: Institute of Policy Studies (IPS), Dewan Pemuda PAS Malaysia


Melihat perkembangan mutakhir berkaitan dengan keselamatan awam (public safety) yang semakin merosot sebagaimana yang ditunjukkan dengan berlakunya peningkatan kadar jenayah dan juga petunjuk (indicator) dari persepsi rakyat yang rata-rata merasai tidak selamat, maka Dewan Pemuda PAS Malaysia berkeyakinan pelaksanaan Shari`ah Islam merupakan penyelesaian terbaik. Bagaimanapun, Dewan Pemuda PAS begitu menyedari terdapat suara-suara yang prejudis terhadap pelaksanaan Shari`ah, meskipun seperti yang telah sering ditegaskan bahawa perlaksanaannya adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta.


Menyedari betapa perlunya usaha untuk menjernihkan salahfaham tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan siri penerangan melalui Nadwah (symposium) Kefahaman Islam yang terbuka kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Melalui nadwah ini diharapkan masyarakat akan faham tentang hakikat pelaksanaan Shari`ah dan seterusnya masyarakat bersedia untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Shari`ah Islam setidak-tidaknya sebagai memenuhi hak-hak asasi masyarakat Islam untuk melaksanakannya. Nadwah secara bersiri ini akan dimulai dengan siri pertama yang bertemakan “Menjernihkan Salahfaham terhadap Shari`ah Islam”.


Nadwah siri pertama ini akan diadakan pada 24 Oktober 2010, bermula 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari di Dewan Seminar Kompleks Rumah Exco, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Seramai 150 peserta telah dijemput termasuklah dari kalangan NGOs seperti Sistem in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta Majlis Peguam, dan dari kalangan parti-parti politik termasuk dari MCA, MIC serta Gerakan. Tiga kertas kerja bertajuk “Kenapa Malaysia memerlukan Shari`ah Islam?”, “Hubungan Shari`ah Islam dan Manusia” dan “Antara Shari`ah Islam dan Sekularisme” akan dibentangkan termasuk oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Azaharuddin Mohd Said (Ahli Majlis Shura PAS) dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Institut Kajian Polisi). Kemudian dialog terbuka akan diadakan melibatkan peserta-peserta dan ahli-ahli panel yang terpilih.


Dewan Pemuda PAS meyakini, nadwah seumpama ini dapat merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap agenda-agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS, yang selama ini dimomokkan serta dikelirukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Bagi siri-siri akan datang nadwah ini akan membincangkan topik-topik yang penting berkaitan dengan agenda perjuangan PAS seperti “Negara Islam”, “Pelaksanaan Hudud” dan lain-lain. Disebabkan tempat yang sangat terhad, sesiapa yang berminat untuk menyertai Nadwah Kefahaman Islam siri pertama ini, bolehlah menghubungi sekretariat pengajur iaitu, Ustaz Khairul Naim Nordin melalui talian: 013 2967869 atau email: mkncn_0000@yahoo.com. Yuran penyertaan dalah RM 5.00 sahaja.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply