[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, July 31, 2011

Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan Menurut Perspektif Islam Dan Sains

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, July 31, 2011 | Category: | 0 comments



Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan
Menurut Perspektif Islam Dan Sains

Oleh:
Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sahabat-sahabat U-jam yang dirahmati Allah S.W.T

Ringkasan
Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan.  Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.  Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang  menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti.  Dengan hanya meneliti  penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.

Friday, July 29, 2011

Rahsia Orang Ramai Sepatutnya Tahu : Bagaimana DPP Malaysia membekalkan Ilmu kepada anggotanya

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, July 29, 2011 | Category: | 0 comments


Bagaimana DPP Malaysia membekalkan Ilmu kepada anggotanya
by Nasrudin Hassan on Friday, July 29, 2011 at 2:50pm

1. Ilmu adalah suatu yg subjektif. DPP Malaysia konsisten membekalkan ilmu kpd anggotanya, melalui Liqa' Fikri, Mukhayyam, Usrah dan Ijtimak Tarbawi secara rasminya. secara tdk rasmi, lebih 80 % pimpinan pemuda di peringkat Pusat dan Negeri turun saban maghrib untuk memberi kuliah dlm pelbagai tajuk kpd masyarakat awam termasuk pemuda. Secara umumnya juga pimpinan pemuda PAS saban malam turun berceramah umum utk bekalkan ilmu politik pula kpd masyarakat

2. Terdapat juga Kuliah haraki, usrah umum, ceramah dalaman, taklimat isu dan sebagainya termasuk tulisan pimpinan pemuda di laman2 web, harakah dan kenyataan media semuanya bersifat ilmu, fakta dan bersulam nas kpd masyarakat khasnya anggota pemuda

3. Kita juga menganjurkan Nadwah kefahaman Islam [NAFAS] utk bincang isu syariat, ekonomi dan lain2 isu besar yg melanda negara dari perspektif Islam secara tdk berkala. kekerapannya 2 bulan sekali.

4. memberi ilmu tdk terhenti setakat buat kuliah berkitab tetapi juga secara praktikal spt kunjungan kami ke pusat hiburan berdakwah dan mendidik remaja serta anak - anak muda. Kami turun ke Padang bola, kami didik anak muda cara bermain tanpa lupa Allah, cara berhibur tanpa tinggal Islam

5. kami keuarkan Islam dari kepongan 4 penjuru dinding surau, markaz dan masjid, selain masjid dan surau, kita terjemah Islam dlm kehidupan dgn membawanya ke hentian bas, ke pasar malam, hot spot anak muda, kami edar risalah, kami santuni mrk. Kami beritahu bagaimana Islam itu boleh diamal dan bagaimana kami memperjuangkan Islam

6. apa yg saya tulis di Fb ini pun atas kapasiti Ketua Pemuda PAS Malaysia adalah ilmu utk dibaca dan difahami serta dihayati oleh anggota pemuda.

7. cuma ilmu ada 2 kategori. Ilmu khusus dan ilmu aam. khusus, saya mengajar di Musolla ar Raudhah Tmn Pelindung Perdana setiap hari rabu [ tafsir quran] dan khamis [Hadis riadhus solehin] dan ilmu aam, saya menulis dlm blog saya, ada ilmu muasirah, ilmu haraki dan ilmu am. boleh rujuk bolog saya www.eperjuangan.com

8. saudara juga boleh melayari laman web milik Akademi Tarbiyah pemuda PAS iaitu : www.tarbawi.my

9. semoga apa yg dilakukan oleh pemuda PAS ini diberkati Allah, biarpun kami belum berpuas hati dgn pencapaiannya, insyaallah, kami akan lebih gigih dan memperbanyakkan lagi koleksi ilmu buat seluruh anggota pemuda. terima kasih atas sokongan anda semua

10. Harapan saya, saudara dapat menyumbang dan memberi pandangan berterusan tanpa jemu kepada Dewan Pemuda AS Malaysia dan jangan lupa doakan kami agar kami dapat laksanakan tugas perjuangan ini dengan baik dan penuh amanah.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wednesday, July 27, 2011

Kertas Kerja Perspektif Cinta Dalam Islam - Us Din Tantawi ~ Tinta Pra-Ramadhan

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, July 27, 2011 | Category: | 0 comments


PERSPEKTIF CINTA DALAM ISLAM

الحمد لله واحد الأحد الفرد الصمد الذى لم يلدو لم يولد ولم يكن له كفوا أحد . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له . له الملك و له الحمد وهو على كل شئ قدير . و أشهد أن محمدا عبده و رسوله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدى الساعة فأد الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد فى الله حق جهاده . الصلاة و السلام على حبيبنا و شفيعنا و زخرنا محمد بن عبد الله إمام المتقين و قائد الدعاة المجاهدين و على آله و صحبه و من سار على هديه إلى يوم الدين . أمـا بـعــد

قال الله تعالى : و اعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا و اذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء
فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا

( ال عمران 103 )

MUQADDIMAH

Kewujudan manusia merupakan keunikan alam anugerah Allah swt. Komunikasi antara mereka memperlengkapkan survival sebuah kehidupan , manakala hubungan raya manusia dan penciptanya pula menempah kejayaan hakiki . Manusia memiliki fitrah kejadian yang seni dan agung jua sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia . انسانية الإنسان

Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia . Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia .

Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian , keamanan dan ketenangan . Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah . Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt .

Rasulullah saw. telah bersabda :

من سره أن يجد حلاوة الإيمان فليحب المرء لا يحبه إلا لله عز و جل

( رواه أحمد و الحاكم )

“ Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt. ”

Permasaalahan cinta antara yang dihadapi secara serious oleh ummat Islam hari ini . Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan ummat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik . Krisis cinta palsu telah memapah ummat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial .

Individu muslim sewajarnya peka terhadap kehadhiran cinta yang menguasai jiwa . Cinta yang berlojikan nafsu dan syahwat hanyalah cinta palsu yang penuh sandihina .

Firman Allah swt :

لا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله إن الذين يضلون عن سبيل الله لهم عذاب شديد بما نسوا يوم الحساب

( ص 26 )

“ Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu , kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah . Sesungguhnya orang - orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan .”

Firman Allah swt.

و قال نسوة فى المدينة امرأت العزيز تراود فتاها عن نفسه قد شغفها حبا إنا لنراها فى ضلال مبين

( يوسف 30 )

“ Dan wanita - wanita di kota berkata : Isteri Al Aziz ( sebutan bagi raja di Mesir ) menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya . Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam . Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata .”

Cinta yang dinaungi kesucian fitrah dan berpandukan aqidah Islamiyyah ialah cinta hakiki yang membina realiti kemakmuran dan mengundang keampunan Allah . Firman Allah swt :

قل إن كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم و الله غفور رحيم .

( ال عمران 31 )

“ Katakanlah : Jika kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah menyintaimu dan mengampunkan dosa - dosamu . Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang .”

CINTA DI PENYATA WAHYU

Menelusuri cinta bahagia dan hakiki sayugianya melangkah melalui lebuhraya yang luas terbentang menuju penyata Ilahi . Sebarang lorong dan alur rentas yang tidak menuju Irsyadur Rabbani hanyalah mempertemukan cinta dan nafsu dalam serkap yang gelita . Melalui penyata yang juga merupakan surat kiriman dari Allah swt. telah tertera mengenai cinta .

1. Cinta kehadhrat Ilahi .

Ketinggian nilai taqarrub Al A’bid kepada Khaliq dapat dikesan melalui skil cinta murni kehadhrat Ilahi . Tanpa cinta kepada Allah , perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan ia menjadi tunjang kepada Islam . ( أول الدين معرفة الله )

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap . Firman Allah swt :

و من الناس من يتخذ من دون الله أندادا يحبونهم كحب الله و الذين ءامنوا أشد حبا لله
ولو يرى الذين ظلموا إذ يرون العذاب أن القوة لله جميعا و أن الله شديد العذاب

( البقرة 165 )

“ Dan diantara manusia ada orang - orang yang menyembah tandingan - tandingan selain Allah . Mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah . Adapun orang - orang yang beriman sangat cinta kepada Allah . Dan jika seandainya orang - orang yang berbuat dholim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa pada hari kiamat bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaanNya ( nescaya mereka menyesal ) ”

Meletakkan diri dalam zumrah orang - orang yang menyintai Allah mestilah bertindak penuh dengan mematuhi perintah Allah dan Rasulnya . Firman Allah swt :

قل إنما أنا بشر مثلكم يوحى إلى أنما إلهكم إله واحد فمن كان يرجوا لقاء ربه فليعمل عملا صالحا و لا يشرك بعبادة ربه أحدا .

( الكهف 110 )

“ Katakanlah : Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu , yang diwahyukan kepada ku : Bahawa sesungguhnya tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa . Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhannya .”

Pencinta Allah adalah pemilik iman yang komited merangkap pejuang yang dinamis . Mereka menanggapi kewujudan Allah sebagai Qadhi Rabbul Jalil yang tiada tandingan . Firman Allah swt :

أفحكم الجاهلية يبغون و من أحسن من الله حكما لقوم يوقنون

( المائدة 50 )

“ Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki , dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang - orang yang yakin ”

Firman Allah swt :

و من يعمل من الصالحات من ذكر و أنثى وهو مؤمن فأولئك يدخلون الجنة ولا يظلمون نقيرا

( النساء 124 )

“ Barangsiapa yang mengerjakan amal - amal soleh , baik lelaki mahupun wanita sedang ia beriman maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun ”

Merekalah tentera Allah yang terpilih untuk bertugas gigih bagi memastikan agama Allah tertegak dimuka bumi ini , pula layak menyandang pingat kejayaan sejati . Firman Allah swt :

ياأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم و يحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لآئم ذلك فضل الله يؤتيه من يشآء و الله واسع عليم .

( المائدة 54 )

“ Hai orang - orang yang beriman , barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya , maka kelak Allah akan mendatangkan suatu qaum yang Allah menyintai mereka dan mereka pun menyintai Allah , Yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min , yang bersikap keras terhadap orang kafir , yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut celaan orang yang suka mencela . Itulah kurniaan Allah , diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui .”

Individu mu’min dalam memburu kesempurnaan ibadat dan kejayaan perjuangan sepastinya merangkul erat nilai cinta kepada Allah swt .

1. Taqarrub kepada Allah swt.

2. Senantiasa mengawasi perintah Allah swt . ( agar tidak lalai )

3. Berjihad di jalan Allah swt .

Kecintaan kepada Allah swt. antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta Ilahi sedangkan nusrah ( pertolongan ) dan cinta Allah pula menjadi sarana terpenting yang digunakan untuk menjamin keistiqamahan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh - musuh Allah swt.

Memiliki cinta Allah swt. seharusnya menjadi kebanggaan individu muslim lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsanNya . Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepadaNya . Menjelaskan tentang nilai cinta Allah , telah berkata Al Allamah Abu Yazid Al Busthomi :[1]

ليس العجب من حبى لك و أنا عبد فقير إنما العجب من حبك لى و أنت ملك قدير

“ Bukan suatu yang menghairankan aku menyintaiMu kerana aku hamba yang faqir tetapi apa yang menghairankan ialah cintaMu kepadaku sedang engkau adalah yang Maha berkuasa ”

Gejala Munafiq .

Kecintaan kehadhrat Ilahi adalah manifestasi dari sebuah keimanan yang kental, keyakinan padu yang tidak berbelah bahagi dan ketundukan tulus penuh khusyu’ di hadapan Allah swt . Sikap bermain kayu tiga dengan Allah swt. pula adalah penjelmaan dari sebuah kemunafiqan yang bejad .

Sebahagian besar ummat Islam hari ini , terdedah kepada bahaya munafiq apabila sedar atau tidak mereka sering bermain kayu tiga dengan Allah swt. Mereka menyatakan ikrar untuk hidup dan mati kerana Allah swt setiap kali mereka mendirikan solat , namun malang 100 kali malang , sejurus mereka selesai sembahyang , berhamburanlah kata - kata yang tidak selayaknya diucapkan.

Zaman modern , macam mana nak laksanakan Islam ?
Nak laksanakan Islam , tak semestinya kena bentuk negara Islam !
Hukum hudud hanya membuatkan orang lari dari Islam !

Demikianlah antara bilah - bilah perkataan yang nyata menggambarkan kejahilan , pendustaan dan lemah jiwa . Sekaligus menafikan ikrar mereka untuk hidup dan mati kerana Allah swt .

Sifat -sifat munafiq . [2]

1 . Dusta :

Firman Allah swt :

و من الناس من يقول ءامنا بالله و اليوم الأخر و ما هم بمؤمنين يخادعون الله و الذين ءامنوا و ما يخدعون إلا أنفسهم و ما يشعرون . فى قلوبهم مرض فزاد هم الله مرضا و لهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون

( البقرة 8 - 10 )

“ Di antara manusia ada yang mengatakan : Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang - orang yang beriman . Mereka hendak menipu Allah dan orang - orang yang beriman padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar . Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah akan penyakitnya dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta .”

2. Bodoh sombong .

Firman Allah swt :

و إذا قيل لهم لا تفسدوا فى الأرض قالوا إنما نحن مصلحون . ألآ إنهم هم المفسدون و لكن لا يشعرون . و إذا قيل لهم ءامنوا كمآ ءامن الناس قالوا أنؤمن كمآ ءامن السفهآء ألآ إنهم هم الســفهآء و لكن لا يعلمون
( الــبقرة 11 - 13 )

“ Dan bila dikatakan kepada mereka : Janganlah kamu membuat kerosakkan di muka bumi , mereka menjawab Sesungguhnya kami orang - orang yang melakukan kebajikan . Ingatlah , sesungguhnya mereka itulah orang - orang yang membuat kerusakkan tetapi mereka tidak sedar . Apabila dikatakan kepada mereka : Berimanlah kamu sebagaimana orang - orang lain telah beriman , mereka menjawab Adakah kami akan beriman sebagaimana orang - orang bodoh itu beriman ? Ingatlah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh , tetapi mereka tidak mengetahui .”

3. Menukar petunjuk dengan kesesatan .

Firman Allah swt :

و إذا لقوا الذين ءامنوا قالوا ءامنا وإذا خلوا إلى شياطينهم قالوا إنا معكم إنما نحن مسـتهزءون . ألله يستهزئ بهم و يمدهم فى طغيانهم يعمهون . أولئك الذين اشتروا الضلالة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين
( الـبـقرة 14- 16)

“ Dan bila mereka berjumpa dengan orang - orang yang beriman , mereka mengatakan kami telah beriman . Dan bila mereka kembali kepada syaithan - syaithan mereka , mereka mengatakan : Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu , kami hanyalah berolok - olok . Allah akan membalas olok - olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka . Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk , maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk .”

Kecintaan kepada Rasul saw.

Perutusan duta besar المصطفى صلى الله عليه وسلم adalah pemegang mohor agung untuk mengurus dan mengendalikan titah perintah Allah sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah dan pembenterasan thoghut . Firman Allah swt :

و لقد بعثنا فى كل أمة رسولا أن اعبدوا الله و اجتنبوا الطاغوت فمنهم من هدى الله و منهم من حقت عليه الضلالة فسيروا فى الأرض فانظروا كيف كان عاقبة المكذبين .

( النحل 36 )

“ Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul pada tiap - tiap ummat untuk menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan thoghut , maka sebahagian mereka mendapat petunjuk Allah dan sebahagiannya orang - orang yang telah pasti kesesatannya , maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang - orang yang dusta .”

Justeru itu menjadi hak mutlak bagi Baginda rasul saw. bahawa ia semestinya dicintai lantaran Baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor buat ummah sekaligus menyungkurkan juak Jahili . Menyintai Baginda rasul saw. bererti memberi syahadah dan ikatan bai’ah demi perlaksanaan syariat Allah swt . Firman Allah swt :

وما ءاتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله إن الله شديد العقاب .

( الحشر 7 )

“ Apa yang dibawa datang oleh Rasul kepada kamu maka hendaklah kamu terima dan apa yang dilarangnya bagimu maka hendaklah kamu tinggal dan bertaqwalah kepada Allah swt . Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya .”

Realiti cinta kepada Saiyidil Mursalin saw. mampu menghadhirkan cinta Allah sebagai satu gandingan cinta sejagat . Cinta inilah yang berenergy tinggi mampu ke lokasi tenang dan bahagia serta berfungsi sebagai penyelamat dari sambaran azab Allah swt. Firman Allah swt :

قل إن كان ءابآؤكم و أبنآؤكم و إخوانكم و أزواجكم و عشيرتكم و أموال اقترفتموها و تجارة تخشون كسادها و مساكن ترضونها أحب إليكم من الله و رسوله و جهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتى الله بأمره والله لا يهدى القوم الفسقين
.
( التوبة 24 )

“ Katakanlah : Jika bapa - bapa , anak - anak , saudara mara , isteri - isteri , kaum keluarga , harta kekayaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah - rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah terlebih kamu cinta dan kasih daripada Allah dan Rasul serta Jihad dijalanNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang fasiq .”

Mempertahankan kesucian hadis ( sunnah ) di akhir zaman .

Mempertahankan kesucian nilai hadis atau sunnah bukti kecintaan kita terhadap Baginda saw setelah sekian lama mendahului kita . Mutaakhir ini , suara - suara mempertikai keshohihan hadis dan kemuliaan sunnah kian berleluasa .

Di negara kita , kejutan yang dibuat oleh penulis kontraversi Kassim Ahmad mengenai hadis dalam bukunya Hadis satu penilaian semula ( buku ini telah diharamkan ) masih dirasakan debarannya . Termasuklah penubuhan JAM (Jamaah Al quran Malaysia ) yang ditubuhkan pada Ahad 11 Jun 1995 di rumah universiti , Universiti Malaya .[3]

Kekeliruan yang dilontarkan ke tengah - tengah masyarakat mencetuskan pergolakkan ummah . Apapun alasan , merekalah golongan ingkar sunnah . Al Imam Asy - Syafie ra. mendedahkan tiga jenis golongan ingkar sunnah .[4]

1. Menolak keseluruhan hadis .

2. Menolak hadis kecuali yang menyamai maksud dengan ayat Al quran .

3. Menolak hadis ahad dan hanya menerima hadis mutawatir .

Golongan ini wajib diperangi habis - habisan demi cinta sejati kepada Baginda Rasul saw. Insan yang maksum. Tambahan pula tiada syak lagi bagi mereka yang mengingkari Sunnah , mereka juga mengingkari Al quran . Mengingkari Al quran adalah kufur yang nyata . Firman Allah swt :

قل أطيعوا الله و الرسول فإن تولوا فإن الله لا يحب الكافرين .

( ال عمران 32 )

“ Katakanlah : Taatilah Allah dan RasulNya . Jika kamu berpaling , maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang kafir.”

Firman Allah swt :

و من يعص الله ورسوله ويتعد حدوده يدخله نارا خالدا فيها وله عذاب مهين .

( النساء 14 )

“ Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya dan juga melanggar ketentuan - ketentuanNya nescaya Allah memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal didalamnya baginya siksa yang amat hina .”

Cinta mukmin .

Interaksi cinta sesama mukmin adalah pembuluh yang menyalurkan izzah dan himmah ummah Muhammadiah . Keperihatinan Islam mengorientasi ummah berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program ukhuwwah ad - diniah yang bercagarkan percintaan sesama insan . Abu A’la Al Maududi telah merakamkan :[5]

لست مبالغا فيما أقول إنه لا توجد نظرية لا فى القديم و لا فى الحديث توحد الإنسانية و تصلح أساسا للدولة العالمية إلا نظرية الإسلام و الإسلام ققط هذه هى منهجية الوحيد التى باستطاعتها أن تجمع بين الناس جميعا و تجعل منهم عائلة واحدة يتكون منها مجتمع عالمى و تنشاء عليها دولة عالمية .

" Tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa tiada satu teori pun samaada kuno atau modern yang mampu menyatukan manusia dan memulihkan asas daulah antarabangsa melainkan Islam . Inilah satu - satunya manhaj yang mampu menghimpunkan manusia keseluruhan dan menjadikan mereka keluarga yang satu,(melaluinya ) terbentuk masyarakat dan daulah antarabangsa .”

Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin , menyuburkan semangat bahu membahu ( تناصر ) dalam pembinaan aqidah yang mantap , sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh . Aqidah yang mantap , sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga yang efektif untuk menggempur elemen Jahiliyyah dan menangani manipulasi Al Ahzab modern .

Berlansungnya pembelengguan dan penjajahan ummah terkini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang . Dunia kini merintih kehausan Mahabbah , Saadah dan A’dalah angkara retaknya solidariti ummah . Lantas itu Allah swt. berfirman :

و اعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا و اذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعدآء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا و كنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذالك يبين الله لكم ءايته لعلكم تهتدون

( ال عمران 103 )

“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama Allah dan janganlah berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh - musuhan , maka Allah mempersatukan hati - hati kamu lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya . Demikian Allah menerangkan ayat - ayatnya kepadaMu agar kamu mendapat petunjuk .”

Nilai cinta mukmin .

1. Ikatan Aqidah . ( رابطة العقيدة )

فإن تابوا و أقاموا الصلوة و ءاتوا الزكوة فإخوانكم فى الدين و نفصل الأيات لقوم يعلمون .

( التوبة 11 )

“ Jika mereka bertaubat , mendirikan solat dan menunaikan zakat maka mereka adalah saudara kamu seagama dan kami menjelaskan ayat - ayat itu bagi kaum yang mengetahui .”

2. Kebahagiaan Insaniah ( سعادة البشرية )

إن المتقين فى جنات و عيون . ادخلوها بسلام ءامنين . و نزعنا ما فى صدورهم من غل إخوانا على سرر متقابلين
( الحجر 45 - 48)

“ Sesungguhnya orang bertaqwa itu berada dalam syurga ( taman ) dan berhampiran mata air yang mengalir . Di katakan kepada mereka : Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman . Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada di dalam hati mereka , sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadap - hadapan .”

3. Masyarakat soleh . ( اصلاح المجتمع )

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم و اتقوالله لعلكم ترحمون .

( الحجرات 10 )

“ Sesungguhnya orang -orang yang beriman adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat .”

4. Persaudaraan yang erat . ( أخوة الرفيقة )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : والذى نفسى بيده لا يؤمن عبد حتى يحب لجاره - أو قال - لأخيه ما يحب لنفسه

( أخرجه البخارى - فتح البارى 13 )

“ Demi Tuhan yang diriku berada di dalam genggamanNya , tidak beriman seseorang hamba sehingga ia kasih kepada jirannya ( atau ) saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri .”

5. Selamat dari azab . ( رفع العذاب )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : سبعة يظلهم الله يوم لا ظل إلا ظله ( و منهم )
رجلان تحابان فى الله اجتمعا عليه و تفرقا عليه

( متفق عليه )

“ Tujuh golongan akan dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya pada hari tiada naungan kecuali naunganNya ( sebahagian daripada mereka ) ialah dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah dan mereka bertemu serta berpisah berasaskan kasih sayang kerana Allah swt.”

Integrasi cinta mukmin .

Cinta mukmin antara priority pelengkap gerakan Islam yang berwibawa . Duat yang berkasih sayang sebagai tenaga dinamis membina keutuhan tanzim sementara budaya berpesan - pesan dengan kebenaran dan kesabaran beroperasi lancar di atas nama cinta sedangkan ia adalah sumber kekuatan dalaman .

Seringkali tercetusnya pertelingkahan yang menggugat kekuatan dalaman dikalangan ahli gerakan Islam dalam persoalan kecil yang melibatkan perasaan dan peribadi . Pertelingkahan ini pula jika tidak dibendung akan terus menyalakan api permusuhan dan semangat berdendam .

Fenomena ini berlaku dek kerana terlalu rapuh nilai kecintaan sesama mereka . Ukhuwwah Islamiyyah hanya menjadi teori haraki dan idea pidato sedang ia tidak di terjemahkan dalam kehidupan perjuangan mereka .

Tidak dinafikan untuk membina kasih sayang dan membentuk persaudaraan adalah terlalu sukar . Ianya memerlukan hati yang bersih , niat yang suci dan pengalaman bergaul serta mengenal hati budi saudara kita .

Saksikanlah betapa ramai mereka yang mendakwa sebagai anggota gerakan Islam tetapi lebih ringan lidah untuk menikam dan membicara perihal saudara semuslim dari belakang daripada menutur bahasa lunak untuk menasihati dan menegur secara berdepan ( terus terang ) .

Tidak kurang juga mereka yang lebih ringan tangan untuk menuding saudara semuslim berlaku salah dan sebagainya daripada berpegang tangan penuh mesra untuk membimbing dan memandunya .

Lebih parah apabila ada dikalangan mereka dengan hanya sedikit pertelingkahan yang berlaku , mereka mula menarik muka masam mencuka dan tidak memberi salam . Sedang Rasulullah saw. bersabda :

لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا و لا تؤمنوا حتى تحابوا أ و لا أدلكم على شئ إذا فعلتموه تحاببتم افشوا السلام بينكم
(رواه مسلم فى كتاب الإيمان باب لا يدخل الجنة إلا المؤمنون )

“ Kamu tidak dapat memasuki syurga sehingga kamu benar - benar beriman dan tidak kamu beriman sehingga kamu berkasih sayang . Mahukah kamu Aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang : Mengucap salamlah dikalangan kamu .”

Persefahaman , perseimbangan , pengorbanan dan persaudaraan pula merupakan intisari cinta mukmin . Sabda Rasulullah saw .

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مثل المؤمنين فى توادهم و تراحمهم و تعاطفهم كمثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر و الحمى .

( متفق عليه ) “ Perumpamaan orang - orang yang beriman , pada kasih sayang , silaturrahim dan sikap lemah lembut mereka seperti tubuh badan yang satu , apabila satu anggota terasa sakit maka seluruh tubuh turut merasa sakit dan demam .”

Al Imam Hassan Al Banna ketika menafsirkan Islam , menyentuh perihal ukhuwwah Islamiyyah : [6]

إن الإسلام عقيدة و جنسية ليست جنسية الدم و الأرض و لكنها الأخوة و الروح وهى أقوى و أفضل .

“ Sesungguhnya Islam adalah Aqidah dan kebangsaan , bukan kebangsaan yang berdasarkan darah dan sempadan geografi tetapi kebangsaan yang berasaskan persaudaraan dan roh justeru ia lebih kuat dan afdhal .”

Baginda Rasul saw. di ambang pembentukan Daulah Islamiyyah Al Fadhilah terlebih dahulu mempersaudarakan Al muhajirin dan Al Ansar agar mereka saling cinta menyintai di antara satu sama lain sebagai asas kombinasi padu ke arah pembinaan daulah .Sabda Rasulullah saw :[7]

ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله و رسوله أحب إليه مما سواهما و أن يحب المرء لا يحبه إلا لله و أن يكره أن يعود فى الكفر كما يكره أن يقذف فى النار .

( رواه البخارى )

“ Sesiapa yang ada padanya tiga perkara , nescaya ia mendapat kemanisan iman iaitu : Allah dan Rasul terlebih ia kasih dari keduanya , Ia tidak menyintai seseorang melainkan kerana Allah dan ia benci kembali menjadi kufur sebagaimana ia benci dicampakkan kedalam neraka .”

Mendhohirkan rasa cinta sesama mukmin .

Sebahagian daripada adab Islami , apabila kita kasih kepada sahabat seperjuangan kita ( kerana Allah ) sewajarnya kita memberitahu bahawa kita menyintainya .

Sabda Rasulullah saw :

إذا أحب الرجل أخاه فليخبره أنه يحبه .

( رواه أبو داود فى كتاب الأدب )

“ Apabila seseorang mengasihi saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mengasihinya ”

Ikatan cinta yang disedari bersama ini akan menambahkan semangat bekerjasama dan saling teguh meneguh diantara satu sama lain dalam menghadapi tribulasi perjuangan menegakkan ugama Allah swt . sekali gus dapat menghalang hasutan syaithan jin dan syaithan manusia yang berusaha memutuskan tali persaudaraan sesama mukmin .

Cinta dunia .

Terpesona dan ghairah terhadap sandiwara dunia mencacatkan kredebeliti ummah malah menyemarakkan barah Al Wahnu . Ketika ditanya mengenai Al Wahnu ( الوهن ) , Baginda Rasul menjawab :

حب الدنيا و كراهية الموت .

“ Cintakan dunia dan takut mati “

Firman Allah swt :

اعلموا أنما الحيوة الدنيا لعب و لهو و زينة و تفاخر بينكم و تكاثر فى الأموال و الأولاد كمثل غيث أعجب الكفار نباته ثم يهيج فتراه مصفرا ثم يكون حطاما و فى اللأخرة عذاب شديد و مغفرة من الله و رضوان و ما الحيوة الدنيا إلا متاع الغرور
( الحديد 20 )

“ Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan , perhiasan dan bermegah - megah antara kamu serta berbanga - bangaan tentang banyaknya harta dan anak , seperti hujan yang tanam - tanamannya mengkagumkan para petani , kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur . Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhoanNya Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu .”

Sabda Rasulullah saw.

حب الدنيا رأس كل خطيئة .

( أخرجه ابن أبى الدنيا و البيهقى فى شعب الإيمان)

“ Cinta dunia adalah kepala segala kejahatan .”

Firman Allah swt :

إن الذين لا يرجون لقاءنا و رضوا بالحيوة الدنيا و اطمأنوا بها و الذين هم عن ءاياتنا غافلون . أولئك مأواهم النار بما كانوا يكسبون
( يونس 7 - 8 )

“ Sesungguhnya orang - orang yang tidak mengharap pertemuan dengan kami dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang - orang yang lalai dari ayat - ayat kami , mereka itu tempatnya ialah neraka di sebabkan tindakan mereka .”

Kehancuran dunia hari ini berpunca dari kerakusan dan sikap tamak haloba segolongan manusia yang berusaha membolot kemewahan dunia . Masaalah penghakisan tanah , kepupusan hidupan liar , ketipisan lapisan ozon adalah antara permasaalahan yang mengancam kestabilan dunia angkara tindakan mereka . Firman Allah swt :

ظهر الفساد فى البر و البحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون .

“ Telah dhohirlah kerosakkan di daratan dan di lautan angkara tangan manusia , supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka . Semoga mereka kembali ( ke jalan yang benar ) . ”

Cinta dunia menjadi satu vacum yang membekukan daya juang dan kepekaan ummah terhadap rentak tari musuh . Faktor ini mengekalkan ummah di bawah paras ‘ lemah ’ seterusnya menggagalkan strategi pembinaan khilafah Islamiyyah . Sementara pelupusan iman , taqwa , tawakkal dan tawadhu’ yang mengakibatkan keonaran sosial juga bertunas cambah dari sentimen cinta dunia yang tidak berkesudahan .

قال أبو سليمان الدرانى : إن كانت الآخرة فى القلب جاءت الدنيا تزاحمها فإذا كانت الدنيا فى القلب لم تزاحمها الآخرة
لأن الآخرة كريمة و الدنيا لئيمة .

“ Jika akhirat berada didalam hati , akan datang dunia mendampinginya , jika dunia berada didalam hati , akhirat tidak akan mendampinginya kerana akhirat adalah kemuliaan sedang dunia adalah kecelaan .” [8]

Keindahan dunia sebagai satu saringan , yang sengaja dibentangkan oleh Allah untuk menguji siapakah mereka yang layak menduduki Jannatul Firdaus .

إنا جعلنا ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عملا .

( الكهف 7 )

“ Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya , agar kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya.”

Anasir cinta dunia .

1. Cinta harta .

Harta sering membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab . Harta jugalah sering menewaskan kekuatan pejuang . Justeru itu Baginda Rasul saw. bersabda :

فو الله ما الفقر أخشى عليكم ولكنى أخشى عليكم أن تبسط عليكم الدنيا كما بسطت على من كان قبلكم
فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما أهلكتهم

( متفق عليه )

“ Demi Allah , bukan kefaqiran yang aku takut menimpa kamu , tetapi aku takut kamu di bentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada ummat dizaman dahulu , lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya sebagaimana mereka sebelum kamu lalu kamu binasa sebagaimana mereka binasa .”

( Memiliki harta tidak dihalang oleh syara’ sebaliknya cinta harta itulah yang di pandang keji . Harta bermanafaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah swt .)

انفروا خفافا و ثقالا و جاهدوا بأموالكم و أنفسكم فى سبيل الله ذلكم خيرلكم إن كنتم تعلمون

( التوبة 41 )

“ Berangkatlah samaada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah , sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui .”

2. Cinta pangkat dan kedudukan .

Cinta pangkat dan kedudukan , jika turut melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan . Jika disedari , satu soalan akan menerjah : untuk apa mengejar pangkat , kedudukan dan publisiti sedang di akhirat kelak kita akan menjadi manusia yang hina dina ?

Al Fudhail telah mengingatkan kita :[9]

لو كانت الدنيا من ذهب يفنى و الأخرة من خزف يبقى لكان ينبغى لنا أن نختار خزفا يبقى على ذهب يفنى

“ Kalaulah dunia ini terdiri dari emas yang akan binasa dan akhirat dari tanah bakar ( tembikar ) yang kekal , sayugianya kita memilih tanah bakar yang kekal berbanding emas yang binasa.”

3. Cinta keturunan ( Asobiyyah )

Sabda Rasulullah saw. :

ليس منا من دعا إلى عصبية و ليس منا من قاتل على عصبية و ليس منا من مات على عصبية .

( رواه أبو داود )

4. Cinta nafsu .

Firman Allah swt :

ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموات و الأرض .

( المؤمنون 17 )

“ Jika sekiranya kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya hancur berkecai langit dan bumi ”

Firman Allah swt :

و أما من خاف مقام ربه و نهى النفس عن الهوى فإن الجنة هى المأوى .

( النازعات 40 - 41 )

“ Dan adapun orang - orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan keinginan hawa nafsu maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya .”

CINTA MUDA MUDI ( REMAJA ) :
PERMASAALAHAN DAN PENYELESAIAN .

Mengharungi pasca modern , mencetus komunikasi berani antara manusia . Sopan susila , adat budaya dan adab bangsa kian diketepikan . Susila barat , budaya hippies dan adat rimba dibangga - banggakan sebagai trend dunia terkini.

Muda mudi adalah egensi yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral . Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka . Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh aqidah . Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan .

Cinta dikalangan muda mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela . seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji .

Filem - filem cinta yang kini laris di pawagam - pawagam seluruh negara antara saham pihak berwajib dalam membentuk masyarakat muda mudi yang mabuk cinta tanpa peduli halal dan haram . Harus diingati bahawa kita selaku mukmin tidak sebebasnya bertindak sesuka hati . Sabda Rasulullah saw :

الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر .

( أخرجه مسلم )

“ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

Realiti sebuah tragedi .

Asy - Syaqi bersyair :

نظرة فابتسامة فسلام فكلام فموعد فلقاء و قال الشاعر : و ما الحب إلا نظرة اثر نظرة تزيد نموا إن تزده لجاجا .

Maksudnya :

1. Main mata dan senyum lirik sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat . Sekiranya ada response , pasangan semakin bertindak .

2. Bersahut suara dan saling hubung - menghubungi melalui surat , telefon dan sebagainya . Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua - dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera .

3. Merancang pertemuan ( dating ) di tempat - tempat umum untuk meluahkan perasaan masing - masing . Bungaan ayat diluahkan demi memaut hati pasangan .

Contoh :

a . Lautan api sanggupku harungi .
b . Kalau tak percaya belahlah dada .
c . Berkorban apa saja , sanggup sehidup semati .
d . Sanggupku serahkan tubuh demi cinta .

4. Tatkala kemesraan kian bersemi , pasangan bercinta teramat sukar untuk tidak ‘ menyentuh ’ antara satu sama lain . Tindakan minima , mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan .Tindakan mereka lebih berani apabila mereka beraksi di tempat sunyi seperti kelab istirehat , kelab malam , di tepi pantai dan seumpamanya .

5. Sentuhan demi sentuhan disiri pertemuan berikutnya akan mematikan rasa malu yang ada pada pasangan tersebut . Nokhtah inilah bermula sebuah cinta bernoda . Palitan kotor dan lumuran jijik melingkari cinta mereka . Namun pasangan sebegini sering beralasan sekadar ‘ ringan - ringan ’

6. Sentuhan mula dilakukan dilakukan di bahagian yang paling biasa seperti mengurai rambut dan mengusap tangan . Fenomena yang dianggap biasa ini jarang dibantah oleh pihak gadis .

7. Akhirnya rentetan sebuah realiti membawa satu tragedi hina dek rangsangan nafsu rambang .

Begitulah gelumang cinta penuh noda lakonan muda mudi yang tidak berpedoman . Nafsu dan syahwat menjadi kriteria utama hidup mereka . Sedangkan Allah telah memperingatkan dalam firmanNya :

إن النفس لأمارة بالسوء

( يوسف 53 )

“ Sesungguhnya nafsu menganjur kejahatan ”

Gejala bohsia dan bohjan yang melanda negara kita hari ini , satu realiti yang mencemaskan . Nafsu mengatasi malu . Inilah bahana cinta nafsu yang tidak dibendung , malah ada pihak yang sengaja mencurah minyak di atas api yang sedang marak . Pencerobohan konsert Salem cool , Scorpion , Micheal Jackson , Inul Daratista dan lainnya ke negara kita tanpa restu dari orang yang beriman telah cukup membuktikan jenis minyak yang mereka curah ke atas api nafsu remaja yang sedang marak .

( Kajian terhadap pekerja kilang di Lembah Kelang membongkarkan : 21 % daripada mereka pernah berlaku sumbang . 14% sering melakukan hubungan seks dan 21 % lagi pernah melakukannya . “ Keruntuhan moral remaja ini banyak dipengaruhi oleh media massa , kemudahan mendapatkan video lucah , percampuran bebas lelaki dan perempuan serta sikap tidak ambil peduli jiran sekeliling .” ) [10]

Penyelesaian .

الإسلام هو الحال demikianlah slogan kebenaran . Pemendapan syariat Islam dalam mengemukakan teori penyelesaian terhadap krisis moral muda muda hari ini merupakan satu jenayah yang terlalu kejam . Lantaran tindakan itu mencetuskan pergeseran jiwa dan fitrah muda mudi tanpa panduan .

1. Mendalami urusan ugama . ( تفقه فى الدين )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين .

( رواه البخارى و مسلم)

“ Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah nescaya diberi faham tentang ugama”

Pendidikan Islam selayaknya dijadikan asas pendidikan dalam sebuah negara yang mengaku Islam sebagai ugama rasmi sementara ugama - ugama lain tetap dirai’ sistem pendidikan mereka . Sikap double standard yang meletakkan institusi pengajian Islam awam di kelas bawah punca kemelesetan ilmu dan aqidah .

Alasan masyarakat majmuk yang memaksa sistem pendidikan Islam tidak dijadikan asas pendidikan negara adalah alasan yang karut . Mengapa ugama rasmi negara yang majmuk ini di sebut sebagai Islam .? Kenapa tidak disebut ‘ ugama majmuk ’ ? dan kenapa pula pendidikan negara tidak disebut pendidikan Islam ? Soalnya , keseriousan dalam menangani ehwal ugama Islam masih bersifat pinggiran .



فمن يرد الله أن يهديه يشرح صدره للإسلام و من يرد أن يضله يجعل صدره ضيقا حرجا كأنما يصعد فى السماء كذالك يجعل الله الرجس على الذين لا يؤمنون .

( الأنعام 125 )

“ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberi petunjuk padanya , nescaya Ia melapangkan dadanya untuk Islam . Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan , nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit , seolah - olah ia sedang mendaki ke langit . Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang - orang yang tidak beriman .”

2. Tidak bergaul bebas . ( عدم الإختلاط المذموم )

Suasana percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan syariat wajib dibasmi . Bermula dari sekolah hingga ke pusat hiburan . Pergaulan tanpa batas inilah punca menularnya gejala free sex atau zina terkutuk .

Firman Allah swt :

ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة و ساء سبيلا .

( الإسراء 32 )

“ Dan jangan kamu hampiri zina maka sesungguhnya zina adalah perbuatan yang amat keji dan suatu jalan yang buruk.”

3. Membentuk keperibadian . ( تشكيل الشخصية )

قد أفلح من ذكاها و قد خاب من دساها .

( الشمس 9 )

“ Sesungguhnya beroleh kejayaanlah siapa yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah siapa yang mengotorinya .”

Empat unsur pembentukan syakhsiyyah Islamiyyah .

a . Aqidah Rabbaniah ( العقيدة الربانية )

b . Komited dengan syariat Allah swt. ( الإلتزام بشريعة الله )

c . Melawan nafsu . ( المجاهدة بالحق )

d . Sabar menghadapi tentangan dalaman atau luaran. ( الصبر و المصابرة )

4. Berkomitmen dengan Jamaah Islam . ( الإلتزام بجماعة المسلمين )

Penglibatan dengan gerakan Islam dan aktivitinya sebagai benteng kukuh dari ancaman gelombang sosial yang tidak menentu . Dasar dan prinsip gerakan Islam mampu memandu jiwa ke jalan yang lurus sekaligus menanam rasa benci meluat kepada maksiat dan kebathilan .

Firman Allah swt :

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بامعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون .

( ال عمران 104 )

“ Dan hendaklah ada dari kalangan kamu segolongan ummat ( Jamaah ) yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran . Mereka orang - orang yang beruntung .”

5. Membentuk suasana yang baik . ( تكوين البئة الصالحة )

Mencipta lokasi solehah yang jauh dari agenda - agenda Iblis yang memukau ummah . Reka cipta ini mestilah di pandu oleh alim ulama’ dengan penuh sedar dan insaf .

Pembangunan Insan terlebih utama dari pembangunan metarial justeru yang akan mengendali metarial kelak ialah insan . Apakah ertinya pembangunan metarial yang serba terkini dengan bangunan puluhan tingkat dan sistem komunikasi canggih tetapi dihuni oleh mat - mat rock yang bermatlamatkan hiburan “dunia rock ” dan mereka yang korupsi aqidah .

Merealisasikan amal soleh dalam pelan pembangunan Insan dan metarial sayugianya ditangani oleh semua pihak bermula dari Dewan Rakyat sehinggalah ke Warung Rakyat .Firman Allah swt :

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله

( ال عمران 110 )

“ Kamu adalah sebaik - baik ummat yang dilahirkan untuk manusia , menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah ”

6. Memuliakan sunnah perkahwinan . ( اشراف الزواج )

Perkahwinan sebagai institusi pembentukan dan pengurusan ummah yang bermoral . Sewajarnya ia menjadi program yang menggalakkan . Fenomena hari ini mendedahkan kepada umum bahawa perkahwinan amat sukar dilaksanakan dengan pelbagai peraturan ketat yang tidak munasabah dan adat yang keterlaluan seperti mensyaratkan khatam Al quran , hafal surah , mas kahwin terlalu tinggi dan sebagainya [11]. Memadailah syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam .

a. Muslim
b. Wali
c. Saksi
d. Ijab dan qabul
e. Mas kahwin .

Kesempurnaan rumahtangga muslim yang memerlukan kepada pengawalan dan penghayatan amal Islami merupakan suatu didikan yang berterusan , tidaklah ia menjadi semata - mata syarat untuk berkahwin . (Maksudnya : Kahwin atau tidak , amal Islami mesti dilaksanakan . )

Harus diinsafi , jangan sampai penzinaan itu menjadi lebih mudah dari perkahwinan sedang penzinaan mengundang murka Allah yang tidak dapat dibendung lagi melainkan taubat dan menjalani hukuman hudud . Sementara perkahwinan , walau asasnya serba lemah dan kurang , namun ia halal dan boleh diselamatkan dengan bimbingan dan pedoman amal Islami .

Kesukaran berkahwin menyebabkan muda mudi hari ini mengadakan “Majlis perkahwinan ” sendiri berwalikan janji - janji manis dan bersaksikan gelora nafsu bejad serta penyerahan ‘mahkota’ sebagai mas kahwinnya . Berlakulah penzinaan sebagai ijab dan qabul yang amat keji dan terkutuk . Soalnya siapa yang bertanggungjawab ??

Sabda Rasulullah saw :

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

( رواه البخارى و مسلم )

“ Wahai pemuda , barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan ( menutup nafsu ) ”

( Antara agenda yang membantu perkahwinan ialah menggunakan institusi “ orang tengah ” yang bersih dari pakatan noda dan dosa untuk menjayakan proses perkahwinan .)

CINTA SELEPAS BERKAHWIN

Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari dosa dan noda akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasan yang hakiki . Cinta sebelum perkahwinan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura - pura dan keterlaluan .

Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan dikuasai oleh helah syaithan . Sungguh pun batas syariat cuba di pelihara namun menjadi suatu hal yang perlu dibimbangi apabila berlansung hubungan cinta antara dua pasangan yang bukan muhram .

Sikap merahsiakan perhubungan antara pasangan bukan muhram ini antara api syubhat yang bakal membakar hangus benteng syariat antara mereka . Cinta di peringkat ini juga memberi kesan negatif kepada psikologi individu yang terlibat lantaran angan - angan dan khayalan yang sering menghantui .

Perkahwinan sebagai satu penyelesaian kepada konflik “ cinta lutong ” ini. Ianya akan mengajar erti realiti sebuah cinta . Cinta sejati adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai . Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok kearah pencapaiannya .

Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing - masing ( antara kedua - dua pasangan ) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab .

Tips cinta untuk kebahagiaan Bait Muslim .

Marhalah Amal Islami .[12]

1. Pembentukan peribadi muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Membimbing masyarakat menuju Ilahi
4. Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuffar
5. Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut .
6. Penguasaan alam .

( Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin . Dapat disaksikan di negara - negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex .)

Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firmanNya :

و من ءاياته أن خلق لكم من أنـفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة و رحمة إن فى ذلك لأيات لقوم يتفكرون

( الروم 21 )

“ Dan diantara tanda - tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri - isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang . Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda - tanda bagi kaum yang berfikir .”

Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam ( Penguasaan Alam ) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah . Bait muslim sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang . Ketabahan , kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya .

Rumahtangga pejuang Islam .

Aktivis gerakan Islam ( samaada pihak suami atau isteri ) sewajarnya memandang serious urusan mengenderai rumahtangga muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis . Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai , sedang rumahtangga muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung Al quran dan jihad .

Kedua dua pihak ( pasangan suami isteri ) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam , mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga .

Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan . Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama , bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .

Tips cinta untuk suami .

Bersikap baik dan lembut dengan isteri

Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah

Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik

Bersabar terhadap karenah isteri

Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )

Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )

Membantu tugas - tugas isteri dirumah

Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri

Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga

Tidak bermesra dengan wanita lain

Menjaga rahsia isteri

Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain

Tidak makan hasil kerja isteri .

Tips cinta untuk isteri .

Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya
walaupun kecil .

Segera memenuhi permintaan suami

Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara .

Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri

Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi

Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir

Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir

Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya

Membantu urusan perjuangannya

Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami

Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan

Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya .

Menghormati keluarga suami

Menjaga rahsia suami

Tips cinta untuk kedua suami isteri .

Persefahaman
Ta'awun ( bekerjasama )
Wujudkan suasana romantis
Atasi bebanan kerja
Kepuasan seks
Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
Saling percaya mempercayai diantara satu sama lai
Menghayati amal Islami
Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga .

Penutup.

Hidup manusia menjadi pasif tanpa cinta bahkan bertaraf durjana tatkala tiada nilai cinta rabbani yang menjadi asas pergerakkan manusia membebaskan diri daripada kepungan api neraka Allah . Justeru itu cinta harus dipertemukan dengan fitrah demi kesejagatan Al hayah ( kehidupan ) anugerah Ilahi .

Manusia wajib menyintai Allah swt. , Rasul saw. dan sesama mukmin sebagai teras pembinaan Daulah Islamiyyah Al Fadhilah . Tanpa cinta berperspektif Islam , dunia akan binasa dan musnah dek kemarau nusrah ( pertolongan ) dan hidayah Ilahi serta permusuhan manusia akan berpanjangan.

Nilai cintalah , ummat menjadi satu Izzah ( keunggulan ) menjadi milik mereka. Firman Allah swt :

و اعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا و اذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعدآء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا و كنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم ءاياته لعلكم تهتدون .

( ال عمران 103 )

“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh - musuhan , maka Allah menyatukan hati - hati kamu , lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah bersaudara dan kamu telah berada di jurang api neraka , lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya . Demikianlah Allah menerangkan ayat - ayatnya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk .”

CINTA ILAHI

DALAM SANUBARI API MERAH MENYALA
MEMBAKAR RASA MEMBAKAR JIWA
MERCU KEAGUNGAN MU
KU CARI DALAM SINAR RAHMAT MU
BERIBU HARAPAN KU PASRAHKAN
KE HADHRAT MU ILAHI

ILAHI

KURNIAAN CINTA SUCI
PENAWAR DOSA KU
YANG BERNANAH MEMBARAH DIHATI
QALBU MERONTA
RERANTAI MEMBELENGGU JIWA
TERSIKSA MENONGKAH DERITA
DI DALAM USAHA MENCARIMU

ILAHI

DALAM KEMBARAKU
TERSESAT FIRASAT
TANPA SULUHANMU TERBUANG
SENDIRIAN
INGINKU CAPAIKAN
MAHLIGAI CINTAMU
TAKKAN KU DERITA LAGI
SELEPAS NIKMAT CINTA INI

OH ILAHI

TERIMALAH CINTA KU

[1] Lihat ترجمة فى الطبقات الكبرى ( 1 : 65 )

[2] Lihat Tafsir Al Munir Juz. 1 m/s 79 oleh Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili .

[3] Meruju’ kepada ‘ Pengumuman penting ’ dalam Siaran Jamaah Al quran Malaysia ( IQRA’ ) Jil. 3 Bil. 3 ( Jun 1995 )

[4] Al - umm bagi Imam Syafie .

[5] Risalah كيف السبيل إلى وحدة الأمة الإسلامية oleh Abu A’la Maududi .

[6] أحادث الجمعة oleh Imam Hasan Al Banna

[7] Shohih Bukhari . Kitabul Iman , bab حلاوة الإيمان

[8] Lihat المسـتخلص من تزكية الأنفس oleh : Us. Said Hawa m/s 253

[9] Lihat المسـتخلص فى تزكية الأنفس oleh Us. Said Hawa m/s 253

[10] Berita minggu 25 Jun 1995 . Kenyataan Anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr. Zainal Abidin Ahmad .

[11] Lihat عقبات الزواج oleh Abdullah Nasih Ulwan .

[12] Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229

Monday, July 25, 2011

Dorang yang pakai serban dan tudung labuh ni jahil! - dengar ceramah dari orang perempuan kan haram!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, July 25, 2011 | Category: | 2 comments



 Selepas peristiwa bersih 2.0 , saya turun kembali ke Kuala Lumpur untuk melihat sisa-sisa kerosakan yang berlaku dan membuat sedikit pemerhatian kepada peniaga-peniaga di sekitar KL ..hasilnya tiada sisa cermin pecah..kesan terbakar bom api..dan tiada bangunan yang rosak...malah peniaga-peniaga berkata hasil jualan mereka terpaksa ditambah stok seminggu sebelum bersih...dan ketika bersih mereka diarahkan menutup kedai oleh pihak berkuasa..namun bagi peniaga barangan runcit .ada juga yang terus berniaga...lupakan seketika ...kita rujuk kepada laporan bursa saham yang menyatakan urusniaga dan nilai saham melonjak pada 9 julai ..seperti laporan the econimist yang di sunting penerbitannya di Malaysia oleh KDN akibat laporan itu...

Saya sudah berjalan pulang..menaiki tren KTM dari Bank Negara menuju ke Petaling Jaya.. KTM agak lambat sedikit..saya duduk di balik tiang berhadapan tangga masuk

Kelihatan Sepasang suami isteri membawa anak kecil mereka dan duduk betul2 dihadapan saya...saya amat dekat dengan mereka dan mereka banyak mengkritik bersih2.0 dengan hujah yang banyak menyimpang dan tersasar..banyak hujah emosi seperti yang ada dalam media kerajaan berkenaan bersih...saya diamkan diri sahaja...

Kebetulan sekumpulan anak muda berjubah , beserban , bertudung labuh melintas di hadapan kami..saya melihat si lelaki yang rancak berbual dengan isterinya mencebik muka dan memandang dengan pandangan yang benci..

Tengok...budak2 ni pakai serban dan tudung labuh ni ..mereka sebenarnya jahil!

Saya tersentak sedikit dengan kenyataan itu..namun saya masih menunggu ayat seterusnya...

"Saya tanya awak...dengar ceramah dari orang perempuan haram tak?"

Isterinya hanya mengangguk dan mendiamkan diri..

"Haram kan???.. itulah pakai serban tudung labuh tapi x reti agama!"

Kata sang suami dengan penuh bangga!

Saya terasa ingin berhujah dengan beliau...namun saya batalkan niat tersebut apabila tren sudah menghampiri platform..dalam hati kecik saya berkata..."Aduh...dia yang jahil...tapi dia tak tahu dia jahil..ni jahil murakkab namanya...Ini namanya jahil murakkab diri awak sendiri tak tahu apa yg dia tak tahu. Tapi menyamar macam orang alim. Kalau dah tak tahu lebih baik diam!"

Walaubagaimanapun..saya sempat menulis nota peringatan..agar mendakatkan jawapan yang dihujahkan oleh lelaki tadi untuk kefahaman yang lebih jelas..jika ada yang bertanya..


Soalan dibawah telah dijawab oleh Seorang Ustaz yang sedia menjawab dengan hujah dan Nas.




SOALAN: Saya dan kawan-kawan sering mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah-penceramah wanita. Pada akhir sesi, penceramah berkenaan biasanya berdoa dan kami turut mengaminkan doa yang dibacanya. Persoalan yang berbangkit ialah:

1. Bolehkah lelaki mengaminkan doa yang dibaca wanita, sedangkan wanita tidak dibenarkan memimpin lelaki dan suaranya adalah aurat?
2. Bolehkah lelaki melihat muka penceramah wanita sedangkan penceramah itu mempunyai rupa paras yang cantik dan mudah menawan hati?
Harap saya mendapat penjelasan ustaz yang dihormati. Terima kasih. - KHALID, Keramat, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Pada dasarnya antara lelaki dan perempuan ada batas-batas tertentu. Al-Quran dan hadis telah menggariskan batas-batas itu dengan jelas, masing-masing tidak dibenar melewatinya. Antara yang digariskan ialah wanita tidak dibenarkan menjadi imam solat kepada lelaki. Wanita juga tidak harus menjadi pemimpin tertinggi, saf wanita dikehendaki berada di belakang saf lelaki dan kanak-kanak.

Pensyaratan lelaki pada imam yang memimpin solat jemaah dinyatakan dalam sabdanya yang bermaksud: Jangan sekali-kali wanita mengimami lelaki. Wanita tidak dibenar menjadi imam kepada lelaki kerana dibimbangi berlakunya fitnah, kecuali jika jemaah itu terdiri daripada hanya wanita, mereka boleh menjadi imam sesama mereka, kerana fitnah tidak dibimbangi lagi.

Berhubung saf solat wanita, hadis menyatakan lagi: Tempatkan jemaah wanita dalam saf di bahagian belakang. Hadis ini secara tidak langsung melarang wanita menjadi imam kepada lelaki kerana imam pasti tempatnya di bahagian hadapan. Kedudukan saf wanita yang jauh daripada imam dan saf lelaki, kerana dipisah oleh saf kanak-kanak membantu kepada kesejahteraan solat dan jauh daripada fitnah dan kacau-bilau, terutama semasa solat jemaah berjalan.

Kembali kepada persoalan-persoalan bolehkah lelaki mengaminkan doa yang dibaca wanita, mendengar suara dan melihat wajah penceramah wanita yang dianggap rupawan itu. Saya berpendapat ada beberapa aspek yang perlu diteliti dan sekali gus menentukan hukumnya. Antara aspek yang dimaksudkan ialah:
Pertama: Bolehkah wanita keluar rumah dan bebas melakukan kerja-kerja di luar rumah? Jika ceramah itu sendiri haram, maka penyertaan dalam majlis itu juga merupakan suatu kesalahan. Sebahagian ulama berpendapat wanita tidak harus keluar rumah, mereka hendaklah tinggal menetap di rumah dan tidak harus keluar kecuali kerana darurat.

Ada orang mengatakan dua waktu sahaja wanita boleh keluar, iaitu untuk dibawa ke rumah suami dan ke kubur. Hujah mereka ialah ayat 33 surah al-Ahzab yang membawa maksud: Dan hendaklah kamu (wanita) tetap diam di rumah kamu. Ayat ini difahami oleh golongan ini bahawa wanita hendaklah menetap di rumah dan tidak harus keluar termasuk untuk berceramah agama.

Sebahagian yang lain pula berpendapat, wanita tidak wajib berkurung di rumah. Mereka bebas keluar menjalankan tugas termasuk berceramah dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ayat 33 surah al-Ahzab itu hanya dituju kepada isteri-isteri Nabi sahaja tidak termasuk wanita awam. Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sebab-sebab berikut:

Pertama, ayat-ayat sebelum ayat 33 al-Ahzab itu membicarakan hal-hal yang berkaitan isteri-isteri Nabi. Mereka dikehendaki menetap di rumah dan tidak dibenar keluar. Hukum ini adalah satu kewajipan khusus ke atas mereka sebagai isteri Nabi. Wanita-wanita bukan isteri Nabi dengan sendirinya terkecuali.
Kedua, Umm al-Mu'minin Aisyah r.a. berasa bersalah apabila beliau keluar dalam pertempuran al-Jamal kerana menuntut bela atas pembunuhan Uthman yang dianggapnya sebagai satu kewajipan agama ke atasnya. Tetapi kemudiannya beliau sedar dan menyesali atas keterlanjurannya kerana dia keluar dari rumah. Sepatutnya sebagai isteri Nabi dia tetap sahaja di rumah.

Ketiga, wanita hari ini ramai keluar dari rumah sama ada ke sekolah, ke pejabat dan lain-lain. Kita tidak mendengar sebarang bantahan daripada ulama yang menyatakan sikap wanita hari ini bertentangan dengan sunah dan hukum Islam. Bahkan rata-rata ulama berpendapat wanita yang keluar dari rumah dengan urusan-urusan tersebut harus dan tidak menyalahi hukum Islam, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Keempat, wanita hari ini dianggap sebagai separuh warganegara. Mereka berhak menentukan corak politik negara. Mereka diberi kebebasan menjadi calon bertanding dalam pilihan raya, bergerak aktif dalam persatuan dan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Jika wanita dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik, maka keluar dari rumah kerana mengajar lebih patut dibenarkan.

Kelima, penahanan wanita dalam rumah hanya diketahui pada permulaan Islam ketika hukum-hukum Islam belum mantap, iaitu dalam kes wanita melakukan zina. Mereka hendaklah dikurung hingga mati. Hukuman ini tidak boleh dijadikan umum meliputi semua wanita.

Atas alasan-alasan yang disebutkan di atas, saya berpendapat tiada sebab mengapa wanita tidak harus diberi kelonggaran untuk keluar rumah bagi melaksanakan tugas-tugas mengajar, membeli-belah, menghantar anak ke sekolah, menyampaikan ceramah agama dan sebagainya.

Tentang suara wanita, sebilangan ulama berpendapat suara wanita adalah aurat. Lelaki ajnabi dilarang mendengarnya kecuali kerana darurat. Mereka dapatkan hukum itu menerusi firman Allah yang bermaksud: Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja semasa bercakap dengan lelaki asing, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (al-Ahzab: 32). Larangan berkata-kata menunjukkan suara mereka adalah aurat dan haram didengar.

Sebahagian ulama fiqh berpendapat, suara wanita tidak termasuk aurat kerana Nabi pernah mendengar suara wanita. Sahabat-sahabat baginda juga pernah bercakap dengan mereka secara berhadapan. Banyak hadis yang boleh dirujuk dan menyentuh secara langsung perkara ini. Ulama hadis juga ramai yang menerima hadis daripada guru-guru wanita, sanad-sanadnya masih terpelihara hingga kini.

Ulama juga memutuskan, jika suara wanita itu mendatangkan fitnah, misalnya kerana suaranya merdu dan pertuturannya manja, maka haram didengar. Mungkin ayat 32 surah al-Ahzab yang disebutkan di atas berkaitan dengan wanita yang suaranya manja dan pertuturannya manis. Penceramah-penceramah wanita yang termasuk dalam kumpulan ini tidak salah jika lelaki mengambil keputusan untuk tidak menghadiri ceramahnya.
Sehubungan ini Dr. Nasr Farid Wasil, Mufti Mesir, berpendapat dan mengeluarkan fatwanya tentang hukum wanita membaca al-Quran di hadapan lelaki. Katanya:

``Islam tidak melarang wanita melakukan seberapa banyak amal kebajikan, bahkan merangsang supaya mengambil segala peluang yang ada, dengan syarat hendaklah menghormati batas-batas agama dan akhlak. Mereka dibenarkan membaca al-Quran di hadapan kaum lelaki dan memperdengarkan bacaannya kepada mereka, dengan syarat hendaklah mematuhi batas-batas agama dan dijamin tidak mendatangkan fitnah dan rasa ghairah lelaki kepadanya.''

Sehubungan itu, Allah melarang wanita secara umum dan isteri-isteri Nabi secara khusus, supaya tidak memanjakan suara kepada lelaki, nanti orang yang berhati busuk akan mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Saya lebih cenderung kepada fatwa ini kerana rasanya tidak adil jika wanita dibenarkan tanpa syarat menyertai majlis-majlis bukan agama, tetapi dilarang menyertai majlis-majlis agama dengan berbagai-bagai alasan.

Tentang hak kepimpinan lelaki dan haq al-qiwamah (kuasa menerajui wanita) bukan sesuatu yang mutlak, malah hak ini berkisar sekitar kegiatan yang mendatangkan kebajikan kepada wanita. Lelaki adalah ketua dan pemimpinnya seperti dalam urusan penentuan maskahwin, nafkah, pergaulan yang baik, menyuruh isteri melakukan amalan yang disuruh Allah dan menjauhi larangannya serta melakukan amal dengan sopan dan tertib. Imam al-Qurtubi mentafsirkan hak al-qiwamah (menerajui wanita) dengan maksud bertanggungjawab memberi nafkah dan mempertahankan wanita.

Menurut Dr. Muhammad Baltaji Hasan, Dekan Fakulti Darul Ulum, Kaherah, al-qiwamah yang dimaksudkan ialah kasih sayang, hubungan baik dan mencintai isteri. Ia tidak membawa makna berkuasa, bersikap kuku besi, diktator dan sebagainya.

Tentang maksud al-imamah pula, Dr. Baltaji berpendapat, wanita tidak harus memegang jawatan tertinggi kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak berbahagia kaum yang dipimpin wanita.
Wanita hanya harus memegang jawatan-jawatan umum dengan beberapa syarat dan peraturan yang tertentu, antaranya ialah wanita tidak harus bersembunyi dengan lelaki ajnabi, tidak harus musafir tanpa ditemani suami atau mahram, kerja-kerjanya sesuai dengan tabiat semula jadinya sebagai wanita. Mereka tidak wajar ditugaskan dengan kerja-kerja berat, seperti kerja-kerja lombong, buruh dan sebagainya, bahkan yang paling penting lagi ialah mendapat keizinan suami, kecuali jika ada syarat yang disepakati dalam akad sejak awal-awal lagi.

Sebagai kesimpulan, lelaki harus mengaminkan doa yang dibaca wanita kerana mereka tidak dilarang berceramah dan berdoa dari segi hukum, tetapi mereka tidak harus memimpin solat jemaah kepada lelaki. Mereka juga tidak harus menjadi pemimpin tertinggi negara. Membaca doa dalam majlis-majlis kenduri, membaca tahlil dan memimpin majlis Yasin, membaca al-Quran tanpa memainkan suara dan lagu adalah harus dan tiada sebarang sekatan terhadap kebebasannya.

Kenyataan hari ini menunjukkan wanita telah mencapai tahap yang lebih maju. Kalangan mereka ada yang berjaya mengatasi pencapaian kaum lelaki. Kita percaya dalam bidang agama juga mereka boleh berjaya, tetapi hendaklah dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam.

Saturday, July 23, 2011

TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH : APLIKASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Saturday, July 23, 2011 | Category: | 0 comments



TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH
APLIKASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang


Muqaddimah

الحمد لله رب العالمين , وبه نستعين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وإمام المتقين , وقائد الدعاة المجاهدين , وعلى اله وصحبه ومن سار على نهجه إلى يوم الدين .

Firman Allah :

وَالْعَصْرِ * إِنَّ الإِنْسَانَ لَفِى خُسْرٍ * إِلاَّ الَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

(Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , melainkan orang-orang yang beriman , yang mengerjakan amal soleh , dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan- pesan dengan kesabaran”.

Ayat ini merupakan prinsip penting bagi manusia yang benar- benar melaksanakan peranan nya, mengapa mereka dicipta dan diletakkan di atas muka bumi Allah. Allah telah menetapkan tiga tugas besar bagi manusia dalam kehidupan di alam dunia ini , dan perkara-perkara ini akan dihisab dan dibicarakan di hadapan Allah , firman Allah :
“Adakah kamu mengira bahawa kami ciptakan kamu begitu (sahaja tanpa tujuan) ? dan dalam keadaan kamu tidak dikembalikan semula kepada kami (untuk dihisab dan dibicarakan”?

Ketiga-tiga tugas itu ialah :
1-      'Ibadah , dinyatakan oleh firman Allah :
“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada ku”

'Ibadah itu merangkumi perkara syi'aar 'ibadah dan kepatuhan semua urusan kehidupan di dunia dalam segala aspek.   
2-  Khilafah, dinyatakan oleh firman Allah :
“Dan ingatlah apabila Tuhan mu berfirman kepada para malaikat : " Sesungguhnya aku hendak menciptakan di atas muka bumi itu makhluk (manusia) yang menjadi khalifah”
Khilafah itu ialah kewajipan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama.
3-  Amanah , dinyatakan oleh firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat ke 72 :
إِنَّا عَرَضْنَا اْلأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا اْلإِنْسَانُ إِنَّهُ, كَانَ
ظَلُومًا جَهُولاً
(Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit , bumi , bukit-bukau dan gunung-ganang  (supaya mereka memikulnya ) tiba-tiba mereka enggan dan merasa takut akan tetapi  manusia sanggup memikulnya , sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi amat jahil “.

Amanah paling besar ialah mengendalikan urusan kehidupan didunia dengan menunaikan perintah Allah .

Manusia yang dapat menunaikan ketiga-tiga peranan itu ialah mereka yang dipandu oleh petunjuk Allah yang terkandung di dalam surah Al Asr yang menjadi wirid menamatkan majlis di kalangan Assalafu Soleh (jenerasi awal yang soleh).

Perkara perkara yang disebut dalam surah itu ialah :
1-      Iman
2-      Amal soleh
3-      Berpesan dan nasihat supaya menegakkan yang benar daripada Allah
4-      Berpesan dan nasihat supaya bersabar dalam perjuangan dan menghadapi cabaran kerana menegakkan yang benar dengan berjihad , amar ma'arof dan nahi munkar.
5-      Melaksanakan perkara-perkara tersebut di atas secara berjama'ah kerana disebut dengan lafaz jama'ah .

Oleh kerana penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah memenuhi kewajipan merealisasikan perkara-perkara yang tersebut  dan kejayaannya juga sangat bergantung dengan pertolongan Allah apabila memenuhi syarat-syarat nya , maka Tarbiyah Islamiyah Harakiyah wajiblah menjadi Aplikasi yang ditunaikan merangkumi  aspek-aspek nya yang menyeluruh .

TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH   

Allah Azza  wa Jalla telah mengatur ciri-ciri HizbuLlah (Parti yang menegakkan Agama Allah)  dengan janji kemenangan dunia dan akhirat , firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُواْ مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ َلآئِمٍ ذَالِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ )54(إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ )55(وَمَنْ يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُوْلَهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ)56(
   (المائدة:54-56).

(Wahai orang-orang yang beriman ! sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu daripada agama nya , maka Allah melahirkan satu gulungan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah , mereka merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang , mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela , yang demikian itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan Allah itu Maha luas kurnia Nya lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasulnya dan orang orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku' (patuh) .  Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasulnya dan orang-orang yang beriman (sehingga mewujudkan gulungan  (Parti) yang bersifat tersebut) maka sesungguh nya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan “ .

Kesimpulan nya ialah mewujudkan satu gulungan atau kumpulan di kalangan orang-orang beriman yang bersifat dengan perkara-perkara yang tersebut , ciri-ciri dan sifat nya dilahirkan melalui tarbiyah .

Tarbiyah itu ialah menanamkan ilmu yang menghasilkan iman atau aqidah yang membuahkan amal dan jihad dengan sifat-sifat individu yang menjadi anggota kepada gulungan yang berdasarkan aqidah  dan sifat-sifat yang tersebut .

Maka di dalam tarbiyah itu disenaraikan perkara-perkara yang berikut :
1-                  Tabiyah imaniyah (Aqidah).
2-                  Tarbiyah amal soleh .
3-                  Tarbiyah ruhiyah
4-                  Tarbiyah berjamaah (berparti).
5-                  Tarbiyah Jihadiyah .
6-                  Tarbiyah siyasiyah .

TARBIYAH IMAN (AQIDAH):

Al Quran telah menyebut bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan beberapa cara :

1-                  Firman Allah :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ .2. الَّذِيْنَ يُقِيمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُوْنَ.3.أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ حَقًّا لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ.4.

(الأنفال:2-4)

“sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut Allah , rasa takutlah hati mereka , dan apabila dibacakan kepada mereka akan ayat-ayat Nya nescaya iman mereka bertambah dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka . Mereka mendirikan sembahyang dan membelanjakan daripada apa yang kami beri rezeki kepada mereka . Mereka itulah orang-orang beriman yang sebenar ,untuk mereka beberapa darjat di sisi Tuhan mereka , serta keampunan dan rezeki yang mulia”.

 

Ayat ini menyatakan bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan ilmu berkenaan ayat-ayat Allah yang dibaca dan ilmu melihat alam, zikrullah dan mengerjakan amalan yang wajib dan sunat . 

 

Ayat-ayat Allah itu mengandungi ayat yang dibaca daripada Al Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W. yang menyatakan kebesaran Allah , dosa dan pahala , janji syurga dan amaran neraka , dan juga cerita-cerita umat-umat yang terdahulu , sama ada yang beriman dan beramal soleh yang berjaya di dunia dan di akhirat , atau yang kafir dan durhaka yang dibinasakan di dunia dan azab neraka di hari akhirat .

2-                  Firman Allah :

الَّذِيْنَ اسْتَجَابُواْ لِلَّهِ وَالرَّسُوْلِ مِنْ بَعْدِ مَآ أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِيْنَ أَحْسَنُواْ مِنْهُمْ وَاتَّقَواْ أَجْرٌ عَظِيمٌ .172 الَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيْمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ .173

 (ال عمران:172-173)

“Mereka yang menyahut seruan Allah (agar meneruskan jihad) setelah mereka mengalami luka-luka (dalam peperangan Uhud) , bagi mereka yang berbuat baik (menta'ati Allah dan Rasul)  dan bertaqwa mendapat ganjaran yang besar . Mereka ialah orang-orang yang apabila diberitahu :"Bahawa musuh sedang berkumpul untuk memerangi kamu , maka takutlah kepada nya " . Tiba-tiba iman mereka bertambah dan mereka berkata:"Cukuplah Allah (yang menolong kami ) dan sebaik-baik yang kami bertawakkal kepadaNya”.

Firman Allah :

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُوْنَ اْلأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُوْلُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

(الأحزاب:22)

“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab (Bersekutu yang datang menyerang) , mereka berkata: "Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya dan benarlah Allah dan Rasul Nya dan tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan iman yang lebih kuat dan penyerahan diri kepada Allah yang lebih bersungguh- sungguh”.

 

3-                  Firman Allah :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوْا أَنْ يَقُوْلُوْا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُوْنَ* وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِيْنَ*

(العنكبوت:2-3).

“Adakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja setelah mereka berkata: "Kami telah beriman ", dalam keadaan mereka tidak diuji ? Sesungguhnya kami (Allah) telah menguji orang-orang yang lebih dahulu daripada mereka . Maka Allah mengetahui orang-orang yang benar (beriman ) dan orang-orang yang berbohong.

 

Ayat-ayat ini menegaskan berlakunya tarbiyah iman dengan ujian menghadapi cabaran kezaliman yang dilakukan oleh musuh untuk menapis keikhlasan orang beriman .

Kesemua ayat-ayat yang tersebut menjelaskan bahawa tarbiyah imaniyah (aqidah) itu berlaku dengan ilmu , amal , jihad dan ujian secara serentak . Adalah tidak benar mereka yang menangguhkan masa nya untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam kerana ingin mencari ilmu , harta dan menguatkan iman terlebih dahulu.

Aqidah atau Iman itu hendaklah bertonggakkan Tauhid dan menolak syirik dalam segala bentuknya yang menjadi prinsip semua para Rasul dan Anbia A.S. di sepanjang zaman . Firman Allah :

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُل أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللَّهَ وَاجْتَنِبُواْ الْطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَّنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانْظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذبِينَ       (النحل:36).

“Dan sesungguhnya kami bangkitkan di kalangan tiap-tiap umat itu Rasul (yang menyeru manusia supaya) mengabdikan diri kepada Allah sahaja dan menjauhkan diri daripada toghut (setiap yang melampaui batas Allah”.

Maka tarbiyah dalam aspek ini juga wajib memperkenalkan perkara-perkara yang menentang dan membatalkan aqidah Tauhid yang berlaku di sepanjang zaman dalam segala aspek nya. Oleh itu tarbiyah Aqidah juga wajib mengalami tajdid (pembaharuan).

Perlu disedari juga bahawa iman itu menjadi asas kepada semua amalan , di mana amalan yang dibina di atas perkara yang membatalkan iman tidak diterima oleh Allah. Firman Allah :

(الزمر:65).

“Sesungguhnya telah diwahyukan kepada mu dan kepada Rasul-rasul sebelum mu :" Jika sekiranya kamu melakukan syirik nescaya dihapuskan amalan mu dan kamu tergulung di kalangan orang-orang yang rugi”.

 

 TARBIYAH AMAL SOLEH

 

Allah S.W.T menegaskan amal soleh menjadi ciri terpenting kepada gulungan Islam di sepanjang masa , sama ada dalam perjalanan perjuangan sehingga mencapai kemenangan . Firman Allah :

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ   *    وَمَنْ يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُوْلَهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ  (المائدة:55-56).

(Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku' (patuh) .  Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman sehingga mewujudkan gulungan  (Parti yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan”

Dan firman Allah:
 (الحج:41).

(Orang-orang yang kami berikan kepada mereka memerintah bumi , mereka mendirikan sembahyang , mereka menunaikan zakat ,  mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemunkaran , dan bagi Allah sahaja dikembalikan segala urusan”.

Firman Allah:

 (ال عمران:200).

(Wahai orang-orang yang beriman ! , bersabarlah kamu , dan bersungguh-sungguh dengan kesabaran (dalam beribadah dan berjihad) dan tetapkan pendirian dan bertaqwa kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan”.

Ayat-ayat tersebut menegaskan ciri gulungan Islam itu ialah beramal soleh dalam hubungan dengan Allah melalui roh dan jasad dengan mendirikan sembahayang , amal melalui harta benda dengan menunaikan zakat terhadap masyarakat dalam hubungan dengan manusia , dan menunaikan kewajipan menyuruh kepada yang baik serta mencegah kemunkaran di semua peringkat , sehingga di peringkat berkuasa memerintah menegakkan kerajaan, seterusnya semua amalan itu dihisab di hadapan Allah .

Amalan-amalan yang disebut di dalam ayat-ayat itu merupakan rukun dan tonggak yang diwajibkan . Perlu difahami bahawa amal yang soleh itu terlalu luas bidang nya sehingga mencakupi segala ruang hidup manusia yang diserlahkan dalam setiap denyut nadi dan jantung , dan sendi- sendi anggota seseorang sama ada dalam perkara mengerjakan atau meninggalkan mengikut perintah Allah yang wajib dipatuhi secara Islam (menyerah diri) dan 'Ibadah (memperhambakan diri) dengan hati yang ikhlas kerana Allah yang lahir daripada iman ('aqidah ) yang benar. 

 

Amalan itu dibahagikan oleh syara' kepada lima cabang : Wajib , Sunat , Haram , Makruh dan Harus .

Pendukung gerakan Islam wajib ditarbiyah untuk meneguhkan pendirian mereka sendiri dengan Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat . Kejayaan generasi awal umat Islam dalam perjuangan mereka bukan sahaja kerana berjaya dalam ujian Iman ('Aqidah ) , mereka juga berjaya menjadi model orang-orang yang  mengerjakan amal soleh  yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan makhluknya .

في الليل رهبان وفى النهار فرسان

“Di malam hari merupakan ahli-ahli ibadat yang kuat dan tekun dan di siang hari merupakan para pahlawan yang gagah berani”.

 

TARBIYAH RUHIYAH

Tarbiyah ini disebut juga dengan tazkiatun nafs (membersih jiwa) dengan tujuan untuk mengikhlaskan hati kepada Allah dan menjauhkan diri daripada maksiat yang merosakkan niat . Firman Allah :

وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ (البينة:5).

“Dan mereka tidak diperintah melainkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas keranaNya sahaja berpegang dengan agama“.

Firman Allah:

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِى مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُّدْبِرِيْنَ  ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُوْلِهِ

 

وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُوْداً لَّمْ تَرَوْهَا وَعذَّبَ الَّذِيْنَ كَفَرُواْ وَذالِكَ جَزَآءُ الْكَـافِرِيْنَ * ثُمَّ يَتُوْبُ اللَّهُ مِنْ بَعْدِ ذالِكَ عَلَى

مَنْ يَشَآءُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ      (التوبة:25-27).

(Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu di banyak medan peperangan dan pada hari peperangan Hunain ketika kamu merasa 'Ujub (kagum) dengan ramainya bilangan kamu , tiba-tiba kamu tidak boleh berbuat sesuatu (ketika  diserang) dan bumi yang luas itu kamu rasa sempit, kemudian kamu berundur lari bertempiaran , kemudian Allah menurunkan rasa ketenangan kurnia Nya ke atas Rasullullah S.A.W. dan orang-orang yang beriman dan ia menurunkan kepada kamu bala tentera bantuan yang kamu tidak dapat melihatnya , lalu ia mengazabkan orang-orang yang kafir dan itulah balasan yang sewajarnya bagi orang-orang yang kafir. Kemudian Allah mengampunkan selepas itu kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang  “.

Ayat-ayat ini menyatakan wajib ikhlas kerana Allah dalam segala amalan termasuk ketika berjihad dan membersihkan hati daripada ma'siat batin saperti 'ujub (kagum pada diri sendiri ) riyaa (menunjuk diri) , hubbul mal (kasihkan harta) , hubbur riasah (kerana jawatan)  dan lain-lain , serta meneguhkan pendirian dengan istiqamah  dalam perjuangan .

 

TARBIYAH BERJAMA'AH (BERPARTI)

Selaras dengan kehidupan bermasyakat menjadi naluri manusia , banyak perkara yang mewajibkan wujudnya jalinan hidup yang berkumpul bagi menghasilkan keperluan hidup , maka keperluan hidup beragama Islam menjadi sebahagian daripada nya .

Banyak orang mengetahui berkenaan perlunya sembahyang berjamaah dan wajib sembahyang jumaat secara mingguan , dan berijtima'a di Makkah secara tahunan untuk mengerjakan Haji , tetapi masih ramai yang melupakan kewajipan berjama'ah menegakkan Islam dan mempertahankannya . Allah mewajibkan wujudnya  kumpulan ini di kalangan umat Islam , pada awalnya secara fardzu kifayah , tetapi kepada orang-orang yang tertentu dan keadaan tertentu menjadi Fardhu 'Ain .

Allah befirman :

وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

(ال عمران :104).

(Hendaklah ada di kalangan kamu satu gulungan yang menyeru kepada yang baik (berda'awah ) , yang menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemunkaran dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan “.

Firman Allah :

يَااَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِىاللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَـافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذالِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَآءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ       (المائدة:54).

“Wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu daripada agama nya , maka Allah melahirkan satu gulungan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah , mereka merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang , mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela , yang demikian itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan Allah itu Maha luas kurnia Nya lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku' (patuh) .  Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman (sehingga mewujudkan gulungan  (Parti) yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan “ .

Seterusnya Allah menunjukkan cara berjamaah dalam  berjuang untuk menegak dan mempertahankan agama Nya dalam ayat-ayat yang banyak , di antaranya firman Allah :

 

يَاأََيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتاً عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُوْلُواْ مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ * إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِى سَبِيْلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ    (الصف:2-4).

“Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan , sangat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan . Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang pada jalan Nya dalam sof yang tersusun rapi laksana bangunan yang didirikan daripada batu bata yang disusun diatur dan diikat dengan seteguh teguhnya “.

 Firman Allah :

(العمران:159).

“Maka dengan sebab rahmat Allah yang melimpah ruah terhadap mu (wahai  Muhammad) maka engkau bersikap lembut terhadap mereka , dan kalaulah  engkau bersikap kasar lagi keras hati terhadap mereka nescaya mereka lari dari keliling mu . Maka ma'afkan kesilapan mereka , dan beristighfar untuk mereka dan bermesyuaratlah bersama mereka (dalam perkara yang memerlukan mesyuarat) , dan apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah , sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada Nya”.

 

Ayat-ayat tersebut menyatakan wajib berparti , ciri-ciri parti Islam dan akhlak berparti  , saperti beriman dan teguh dengan prinsip , hubungan pemimpin dengan pengikut dengan bermusyawarah , ketaatan dan lain lain .

TARBIYAH JIHADIYAH

Allah telah menetapkan Islam yang dianut oleh manusia wajib mengalami proses fitrah kejadiannya yang dikurniakan aqal untuk memilih, maka Allah menetapkan berlakunya pertembungan dan cabaran yang memerlukan jihad sejak manusia pertama sehingga akhir zaman , perkara ini menjadi penentu yang meninggikan martabat mereka daripada makhluk yang lain .

Jihad bermakna kesungguhan mengembelingkan segala ne'mat kurnia Allah roh dan jasad , harta , jiwa raga , akal dan tenaga bagi digembelingkan sehinggalah dikorbankan untuk menegakkan agama Allah  di bumi sehingga keperingkat yang dihuraikan oleh Allah secara terperinci  dengan firman Nya: 

 

يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ* يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ* تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ * يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ* وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ*

 “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama Allah) dengan mulut-mulut mereka , dan Allah tetap menyempurnakan agama Nya walau pun orang-orang yang kafir membencinya . Dialah (Allah) yang telah mengutuskan Rasul Nya dengan petunjuk dan agama yang benar , agar dia (Allah) memenangkannya di atas segala agama (dan ajaran) walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.  Wahai orang-orang yang beriman , sukakah kamu , aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih . Ia itu kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya dan kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu , itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya . Dia mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di dalam nya sungai-sungai dan tempat-tempat tinggal yang sangat baik di dalam syurga Adn , dan itulah kemenangan paling   besar . dan yang lain yang sangat kamu ingini , iatu pertolongan Allah dan kemenangan yang hampir (waktunya) , dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman “.

 

Ayat-ayat ini memperincikan jihad , bermula daripada mengapa perlunya , definasi nya , prinsip nya , cara nya , dan natijah nya di dunia dan akhirat .

 

Seterusnya Allah berfirman:

قَالَتِ اْلأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُوْلُوْا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ اْلإِيمَانُ فِي قُلُوْبِكُمْ وَإِنْ تُطِيْعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لاَ يَلِتْكُمْ مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيْمٌ ﴿14﴾إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيَنَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُوْلِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿10﴾

 (الحجرات:14-15).

“Berkatalah orang-orang Arab Badwi :" Kami telah beriman . Katakan kepada mereka :" Kamu belum beriman , kerana iman itu belum lagi masuk ke dalam hati-hati kamu, jika kamu ta'atkan Allah dan Rasulnya , Dia tidak akan mengurangi dosa kamu sedikit pun , sesungguhnnya Allah itu Maha Pengampun lagi  Maha Penyayang ". Sesungguhnya orang-orang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka . Mereka itulah orang- orang yang benar “.

 

Ayat-ayat ini mengaitkan pula hubungan jihad dengan iman , menandakan kaitan rapat di antara kedua-dua nya .

 

( أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يوم خيبر : لأعطين هذه الراية غداً رجلاً يفتح الله على يديه ، يحب الله و رسوله و يحبه الله و رسوله ، قال : فبات الناس يدوكون ليلتهم أيهم يعطاها ، فلما أصبح الناس غدوا على رسول الله صلى الله عليه و سلم كلهم يرجو أن يعطاها ، فقال : أين علي بن أبي طالب ؟ فقال : هو يا رسول الله يشتكي عينيه ، قال : فأرسلوا إليه فأتي به ، فبصق رسول الله صلى الله عليه و سلم في عينيه و دعا له فبرأ حتى كأن لم يكن به وجع ، فأعطاه الراية ، فقال علي : يا رسول الله ، أقاتلهم حتى يكونوا مثلنا ، فقال : انفذ على رسلك حتى تنزل بساحتهم ثم ادعهم إلى الإسلام ، و أخبرهم بما يجب عليهم من حق الله فيه ، فو الله لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خير لك من أن يكون لك حمر النعم .).                              رواه أحمد وغيره .
“Bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda ketika berlakunya peperangan Khaibar:" Besok aku serahkan bendera kepada seorang yang Allah kurniakan dengan nya akan mencapai kemenangan , dia mengasihi Allah dan Rasul Nya dan dia dikasihi oleh Allah dan Rasul Nya  ". Pada malam nya masing bertanya-tanya siapakah orang nya , di waktu pagi nya masing- masing datang dengan mengharapkan bendera itu diserahkan kepada nya . Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda : "Di mana 'Ali bin Abi Tolib?". Di kalangan mereka ada yang memberitahu :" Dia mengalami sakit mata". Maka 'Ali dipanggil datang mengadap . Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. meludah ke dalam mata nya yang sakit dan sembuh dengan segera , dan bendera diserahkan kepada nya . Ali berkata : "Wahai Rasulullah , perangi mereka sehingga mereka menjadi Islam saperti kita?" Sabda Rasulullah S.A.W. : "Teruskan perjalanan mu sehingga sampai ke tempat mereka , ajak mereka kepada Islam , dan perintahkan mereka melaksanakan hak yang wajib ditunaikan (dalam ajaran Islam) . Demi sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab mu lebih baik daripada barang yang paling mahal harganya “.
Hadith ini menunjukkan bahawa peroses da'awah dan motivasi sehingga mengubah fikiran adalah yang terbaik dan pertama dilakukan. Maka PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi walaupun penuh dengan kelemahan dan kejahatan dan kita wajib berjihad dengan cara ini selagi peluang masih ada . Maka jangan terpengaruh dengan pendekatan lain yang cuba ditonjolkan, sesungguhnya kepatuhan kepada jama'ah hukumnya wajib .

Allah berfirman menceritakan Nabi Musa A.S.

وَقَالَ مُوْسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيَنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوْبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ اْلأَلِيْمَ ﴿88﴾قَالَ قَدْ أُجِيْبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيْمَا وَلاَ تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ ﴿98﴾
 (يونس :88-89).
“Dan berkatalah Nabi Musa A.S. : "Wahai Tuhan kami ! Engkau telah berikan kapada Firaun dan pembesar-pembesar nya perhiasan dan harta benda dunia sehingga mereka sesat dan dapat menyesatkan (rakyat ) dari jalanmu , wahai Tuhan ! binasakan harta mereka dan tutup pintu hati mereka sehingga mereka melihat azab yang pedih" . Tuhan berfirman :" Sesungguhnya doa kamu berdua (Musa dan Harun) telah diperkenankan , maka kamu mestilah beristiqamah (berada dijalan dan cara yang betul) dan jangan sekali-kali mengikut jalan mereka yang tidak mengerti“ .

TARBIYAH SIYASIYAH

Kemuncak perjuangan Islam didunia ini ialah menegakkan negara Islam dengan acuan yang dinyatakan oleh Allah , diantaranya firman Allah :

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِيْنَ آمَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي اْلأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِيْنَهُمُ الَّذِيْ ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُوْنَنِيْ لاَ يُشْرِكُوْنَ بِيْ شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ
 (النور:55).
“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh , bahawa Dia akan menjadikan mereka gulungan yang memerintah , sebagaimana dikurniakan kepada mereka yang sama di zaman dahulu , dan ia menjadikan agama yang ia redza ini (Islam ) berkuasa memerintah , dia menukar keadaan ketakutan kepada keamanan, mereka mengabdikan diri kepada Ku dan mereka tidak menyengutui Ku dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka adalah orang-orang yang fasik “.

Ayat-ayat ini menegaskan Tarbiyah Siasiyah itu dengan senarai berikut :

1-                  Adanya jamaah (parti ) yang berjuang

2-                  Memenuhi keperluan tarbiyah iman , amal, dan jihad.

3-                  Negara mengikut acuan Allah .

APLIKASI TARBIYAH

Al Quraan dan Hadith Nabawi menegaskan bahawa kemenangan perjuangan Islam itu adalah kurnia Allah dengan syarat-syarat dan ciri-ciri yang menunjukkan kematangan pendukung cita-cita Islam . Amir al Mu'aminin Umar bin Al Khattab R.A. telah menyimpulkan perkara ini dalam perutusannya kapada Sa'ad bin Abi Waqqas R.A, yang ditugaskan memimpin jihad menetang Farsi , salah satu Kuasa Besar dunia di zaman itu :
بسم الله الرحمن الرحيم
أما بعد , فإني آمرك ومن معك من الأجناد بتقوى الله , على كل حال , فإن تقوى الله أفضل العدة وأقوى المكيدة فى الحرب , وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراسا منكم من عدوكم , فٌإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم , وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله , ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة لأن عددنا ليس كعددهم , وعدتنا ليست كعدتهم. فإن استوينا فى المعصية كان لهم الفضل علينا فى القوة , وإن لا ننصر عليهم بفضلنا لم نغلبهم بقوتنا . فاعلموا أن عليكم في سيركم حفظة من الله يعلمون ماتفعلون   فاستحيوا منهم ولا تعملوا بمعاصي الله وأنتم في سبيل الله . ولا تقولوا إن عدونا شر منا فلن يسلط علينا , فرب قوم سلط عليهم من هو شر منهم , كما سلط على بني إسرائيل لما عملوا بالمعاصي كفار المجوس , فجاسوا خلال الديار وكان وعدا مفعولا . وسلوا الله العون على أنفسكم كما تسألونه النصر على عدوكم وأسأل الله ذلك لنا ولكم .
“Adapun selepas itu (Bismillah) . Maka sesungguhnya aku memerintah mu dan bala tentera bersama mu , supaya bertaqwa kepada Allah ( dengan mentaati perintah Nya dan meninggalkan larangan Nya) dalam semua keadaan , maka sesungguhnya  bertaqwa itu persediaan terbaik dan perancangan paling teguh di medan perang . Aku memerintah mu dan sesiapa sahaja (tiap- tiap individu) bersama mu supaya berwaspada menjaga diri sendiri lebih daripada berwaspada menghadapi musuh ,  kerana sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh bala tentera sendiri lebih merbahaya daripada musuh mereka , dan sesungguhnya orang-orang Islam itu diberi kemenangan dengan ma'asiat yang dilakukan oleh musuh , kalau tidak kerana itu , kita tidak mempunyai jumlah bilangan yang sama saperti mereka dan kelengkapan kita juga tidak sama saperti mereka , kalau kita sama sama mengerjakan ma'asiat saperti mereka , mereka pula mempunyai kekuatan yang lebih daripada kita . Kalau kita tidak mempunyai kemuliaan yang mengatasi mereka nescaya kita tidak dapat mengalahkan kekuatan yang ada pada mereka . Ketahuilah !, bahawa bersama kamu dalam perjalanan kamu itu para Malaikat yang memerhati amalan kamu yang bertugas daripada Allah , mereka mengetahui apa sahaja yang kamu lakukan , maka malulah kepada mereka , dan jangan sekali-kali melakukan ma'asiat padahal kamu dalam perjalanan berjuang kerana menegakkan agama Allah . Dan jangan kamu berkata : " Musuh kita lebih jahat daripada kita , maka mereka tidak bolih mengalahkan kita ". Kerap berlaku kaum yang dikalahkan oleh musuh yang lebih jahat daripada mereka , sebagaimana berlaku ke atas kaum Bani Israel apabila mereka mengerjakan ma'asiat di mana mereka dikalahkan oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api) di mana musuh dapat bermahajalela (menawan dan membunuh)  sampai kecelah-celah kampung , itulah ketetapan yang pasti berlaku. Bermohonlah kepada Allah akan pertolongan untuk menghadapi diri kamu sendiri sebagaimana kamu bermohon kemenangan menentang musuh musuh kamu dan aku juga bermohon untuk kami  dan juga untuk kamu “.
Taqwa adalah perkara penting yang menjadi syarat bagi mendapat pertolongan Allah dan perjuangan kita diberkati. Kesemua perkara yang dilahirkan oleh tarbiyah yang berjaya dalam segala aspek tersebut di atas disimpulkan di dalam perkara yang dinamakan TAQWA  yang dihuraikan oleh Allah dalam ayat ayat yang berikut :
ذَالِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿2 الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ﴿3 والَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِاْلآخِرَةِ هُمْ يُوْقِنُوْنَ ﴿4 أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّنْ رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿5
 (البقرة:2-5).
“Kitab ini tidak syak lagi di dalam nya petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa . Meraka itu ialah orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib , mereka juga mendirikan sembahyang dan menginfaqkan daripada apa-apa yang kami beri rezqi kepada mereka . Mereka juga beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka (Al Quraan ) dan apa yang diturunkan (kitab sebelumnya serta mereka percaya kepada hari akhirat . Mereka itulah orang-orang yang berada diatas hidayah Tuhan mereka dan mendapat kemenangan “

Dan firman Allah :

لَّيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّواْ وُجُوْهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
 (البقرة :177).
Bukanlah kebajikan itu seqadar bahawa kamu berhadap wajah ke arah timur dan barat , tetapi kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah , Hari Akhirat , Para Malaikat , dan Para Nabi-nabi , serta memberi harta dalam keadaan sayangnya kepada harta itu untuk kaum keluarga , anak-anak yatim , orang- orang miskin , orang musafir yang memerlukan bantuan , orang- orang yang meminta sedekah dan hamba-hamba , dan juga dia mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat , begitu juga orang-orang yang menunaikan janji apabila berjanji dan bersabar ketika menghadapi kesusahan , kesempitan dan dalam perjuangan ketika menghadapi musuh . Mereka itulah orang- orang yang benar (beriman ) dan bertaqwa”.
Ayat-ayat ini juga menunjukkan betapa erat sifat taqwa yang lahir daripada iman , amal dan jihad melalui tarbiyah yang bersumberkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul S.A.W. itu dengan Gerakan Islam di mana Parti Islam Se Malaysia (PAS) menjadi wadah yang wajib dipelihara dan dipertahankan dengannya, kerana Islam  menjadi rahsia ketahanan PAS sepanjang perjalanannya yang penuh cabaran. Pasang surut hanya keputusan pilihanraya, tetapi kematangan parti dan kesinambungan kepimpinan dan pangikut tetap bertambah matang , kerana kita membangun bersama Islam dan membina keperkasaan juga dengan Islam , rebah bangun tetap bersama Islam  dan dengan Islam kita mendapat petunjuk yang sebenar .
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَة إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَاب
“Wahai Tuhan kami ! janganlah hati kami terpesung setelah engkau mengurniakan petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu .Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha melimpah kurnian Nya “.