[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Friday, July 29, 2011

Rahsia Orang Ramai Sepatutnya Tahu : Bagaimana DPP Malaysia membekalkan Ilmu kepada anggotanya

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, July 29, 2011 | Category: |


Bagaimana DPP Malaysia membekalkan Ilmu kepada anggotanya
by Nasrudin Hassan on Friday, July 29, 2011 at 2:50pm

1. Ilmu adalah suatu yg subjektif. DPP Malaysia konsisten membekalkan ilmu kpd anggotanya, melalui Liqa' Fikri, Mukhayyam, Usrah dan Ijtimak Tarbawi secara rasminya. secara tdk rasmi, lebih 80 % pimpinan pemuda di peringkat Pusat dan Negeri turun saban maghrib untuk memberi kuliah dlm pelbagai tajuk kpd masyarakat awam termasuk pemuda. Secara umumnya juga pimpinan pemuda PAS saban malam turun berceramah umum utk bekalkan ilmu politik pula kpd masyarakat

2. Terdapat juga Kuliah haraki, usrah umum, ceramah dalaman, taklimat isu dan sebagainya termasuk tulisan pimpinan pemuda di laman2 web, harakah dan kenyataan media semuanya bersifat ilmu, fakta dan bersulam nas kpd masyarakat khasnya anggota pemuda

3. Kita juga menganjurkan Nadwah kefahaman Islam [NAFAS] utk bincang isu syariat, ekonomi dan lain2 isu besar yg melanda negara dari perspektif Islam secara tdk berkala. kekerapannya 2 bulan sekali.

4. memberi ilmu tdk terhenti setakat buat kuliah berkitab tetapi juga secara praktikal spt kunjungan kami ke pusat hiburan berdakwah dan mendidik remaja serta anak - anak muda. Kami turun ke Padang bola, kami didik anak muda cara bermain tanpa lupa Allah, cara berhibur tanpa tinggal Islam

5. kami keuarkan Islam dari kepongan 4 penjuru dinding surau, markaz dan masjid, selain masjid dan surau, kita terjemah Islam dlm kehidupan dgn membawanya ke hentian bas, ke pasar malam, hot spot anak muda, kami edar risalah, kami santuni mrk. Kami beritahu bagaimana Islam itu boleh diamal dan bagaimana kami memperjuangkan Islam

6. apa yg saya tulis di Fb ini pun atas kapasiti Ketua Pemuda PAS Malaysia adalah ilmu utk dibaca dan difahami serta dihayati oleh anggota pemuda.

7. cuma ilmu ada 2 kategori. Ilmu khusus dan ilmu aam. khusus, saya mengajar di Musolla ar Raudhah Tmn Pelindung Perdana setiap hari rabu [ tafsir quran] dan khamis [Hadis riadhus solehin] dan ilmu aam, saya menulis dlm blog saya, ada ilmu muasirah, ilmu haraki dan ilmu am. boleh rujuk bolog saya www.eperjuangan.com

8. saudara juga boleh melayari laman web milik Akademi Tarbiyah pemuda PAS iaitu : www.tarbawi.my

9. semoga apa yg dilakukan oleh pemuda PAS ini diberkati Allah, biarpun kami belum berpuas hati dgn pencapaiannya, insyaallah, kami akan lebih gigih dan memperbanyakkan lagi koleksi ilmu buat seluruh anggota pemuda. terima kasih atas sokongan anda semua

10. Harapan saya, saudara dapat menyumbang dan memberi pandangan berterusan tanpa jemu kepada Dewan Pemuda AS Malaysia dan jangan lupa doakan kami agar kami dapat laksanakan tugas perjuangan ini dengan baik dan penuh amanah.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Currently have 0 comments:


Leave a Reply