[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Thursday, July 21, 2011

Judi & Arak Kerajaan

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Thursday, July 21, 2011 | Category: |



H ubungan Kerajaan Dengan Industri Judi dan Arak
Oleh: Ustaz Zaharuddin Hj. Abd Rahman

Industri judi dan arak yang bertapak dalam negara kita semakin hari semakin diminati oleh rakyat Malaysia dalam sedar atau tidak. Jumlah keuntungan syarikat-syarikat tersebut yang meningkat dari tahun ke tahun dengan jumlah ratusan juta ringgit menyebabkan para pelabur Islam mahupun bukan Islam samada dari dalam dan luar negeri cukup berminat untuk meletakkan pelaburan mereka. Mungkin kita tidak hairan dengan pelaburan dari agensi, individu atau syarikat bukan Islam tetapi yang menjadi persoalan serius adalah penglibatan individu yang bernama muslim dalam 'industri dosa' ini. 

Nabi SAW telah bersabda dengan cukup jelas menyatakan
" Sesungguhnya Allah telah menfardhukan beberapa perkara lalu janglah kamu lalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara maka janganlah kamu mencerobohinyaÙ¾c" ( Riwayat Darul Qutni - Hadis Hasan ) Sila Lihat Saryh al-alba'in hadisan an-Nawawiah, Darul Qutaibah, 1990, Tahqiq oleh Abd Aziz Izzuddin as-Sairawan.

Malang seribu kali malang apabila sebuah kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO/BN turut ingin menumpang dalam mengaut keuntungan dosa tersebut. Kerajaan Malaysia tanpa segan silu turut serta dalam perlumbaan keuntungan dosa dengan menggunakan wang amanah rakyat. 

Penulisan ini akan menyentuh beberapa kajian terhadap sejauh manakah pengelibatan kerajaan dalam 'industri dosa' ini. Penulisan ini berkisar berkenaan: 

1. Nama-nama syarikat besar yang terlibat dalam judi dan arak di Malaysia
2. Pelaburan wang amanah ke dalam syarikat judi.
3. Individu muslim yang mengetuai syarikat judi dan arak.
4. Jumlah hasil kasar kerajaan dari hasil perjudian dan arak.
5. Beberapa dalil Naqli berkenaan pengharamn dan penglibatan
Nama-nama syarikat yang terlibat dalam industri judi adalah seperti berikut: 

Bil
Nama Syarikat
Tahun
Turnover
(RM juta)
Net Profit
Jenis Perniagaan
1.
Genting Berhad
1999
3,077,400,000
1,101,100,000
Kasino


1998
3,369,800,000
414,300,000
Perjudian


1997
3,822,000,000
771,300,000

2.
Resort World Berhad
1999
2,178,500,000
645,800,000
Pusat Hiburan dan Perjudian


1998
2,514,900,000
149,000,000



1997
3,038,700,000
867,300,000

3.
Magnum Corporation
1999
2,917,720,000
519,304,000
Empat Nombor Ekor Loteri


1998
2,958,231,000
-442,082,000

4.
Metroplex Bhd
1999
456,789,000
-88,980,000
Subic Bay Casino Perjudian atas kapal
5.
Leisure Management Bhd
1998
1999
794,126,000
1,952,683,000
64,739,000
78,958,000

Empat Nombor Ekor Lumba kuda


1998
2,106,039,000
17,599,000
Nombor Ramalan
6.
Berjaya Sports Toto Berhad
2000
2,339,894,000
254,474,000
Empat Nombor ekor


1999
2,195,411,000
442,127,000
Nombor Ramalan
7.
Guiness Anchor Berhad
1999
1,042,440,000
143,135,000
Minuman keras


1997
733,385,000
105,855,000

8.
Tanjong Public Limited Co
1999
1,892,953,000
185,517,000
Nombor Ramalan Lumba Kuda


1998
1,667,327,000
359,329,000

9.
Carlsberg Brewery Bhd
1999
842,330,000
137,935,000
Arak


1998
777,679,000
114,454,000

Para pembaca boleh menilai akan tahap kekuatan syarikat-syarikat judi dan arak ini. Sebagai suatu perbandingan mudah. Cuba kita menilai prestasi syarikat gergasi negara selain Petronas seperti Telekom, Malayan Banking (Maybank) serta Tenaga Nasional Bhd. 

Bil
Nama
Tahun
Turnover
Net Profit
1.
Maybank Berhad
1999
-
969,866,000
2.
Telekom Malaysia Berhad
1999
7,833,000,000
819,000,000
3.
Tenaga Nasional Bhd
1999
12,108,000,000
773,500,000


1998
11,439,400,000
-3,093,900,000
Perbandingan syarikat kekuatan kewangan syarikat gergasi negara adalah tidak begitu jauh kehadapan dari segi kekuatan industri judi dan arak di negara ini. Sedangkan TNB menguruskan perkara asasi yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia seramai 22,712,000 juta orang. Manakala Telekom merupakan syarikat yang telekomunikasi negera negara yang terbesar. Judi dan arak hanyalah 'permainan' sampingan segelintir rakyat yang gilakan wang segera, tetapi keuntungannya tidak jauh ketinggalan daripada syarikat-syarikat gergasi tersebut malah Genting Bhd lebih berjaya mengaut keuntungan dalam tahun 1999 dengan jumlah untung sebanyak RM1.1 bilion berbanding Telekom dengan RM 819 juta, TNB sebanyak RM 773 juta serta Maybank sebanyak RM 969 juta. 

Pada tahun kewangan 1997 ketika negara menghadapi krisis Ekonomi, syarikat-syarikat judi masih lagi mempunyai tahap kewangan serta keuntungan yang teguh dengan jumlah keuntungan sebanyak RM 771 juta. Ini bermakna kecenderungan rakyat yang berjudi begitu tinggi menyebabkan ketika meraka berada di dalam kesukaran wang sekalipun, mereka sanggup bertaruh nasib keluarga demi mendapatkan wang segera daripada perjudian yang ditawarkan.

Justeru, keuntungan dan keaktifan syarikat-syarikat judi terus menjadi sasaran pelabur untuk mengaut keuntungan. Salah satu pelabur tersebut adalah pihak Kerajaan Malaysia. Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE - RIIAM Information System), Badan yang mewakili kerjaan Malaysia dicatatkan dalam pelbagai bentuk walaupun pada hakikatnya ia hanyalah berlainan bahasa. Ianya seperti berikut:

1. Employees Provident Fund Board ( EPF )
2. Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
3. Tabung Lembaga Angkatan Tentera Malaysia
4. Menteri Kewangan Malaysia
5. Kementerian Kewangan Malaysia
6. Minister of Finance
7. Amanah Raya Berhad
8. Permodalan Nasional Berhad
9. Bank Negara Malaysia
Pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adakalanya 'direct' kepada syarikat judi tersbeut dan adakalanya 'indirect' iaitu dengan melabur dalam sebuah syarikat lain dan syarikat tersebut pula menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat judi.
Pelaburan kerajaan secara langsung dalam industri dosa ini adalah seperti berikut : 

Bil
Nama Pemegang Saham
Jumlah Saham
Nama Syarikat Yang di labur
Nilai Saham
1.
Employees Provident Fund Board
7,894,800
Genting Berhad
-
2.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
45,162,668
Resorts World Bhd
-
3.
Employees Provident Fund Board
5,568,000
Resorts World Bhd
-
4.
Amanah Raya Sdn Bhd
8,828,400
Metroplex Berhad
-
5.
Kerajaan Malaysia*
327,000
Metroplex

6.
Kerajaan Malaysia*
20,000
Berjaya Group Bhd

7.
Kerajaan Malaysia*
Golden Shares
Sport Toto Malaysia

* Dicatat dalam Akaun Awam Persekutuan 1999.
Berikut pula disenaraikan penglibatan kerajaan dalam saham-saham terlibat judi secara tidak langsung ataupun perantaraan.
Bil
Nama Pemegang Saham
Jumlah Saham
Nama Syarikat Yang di labur
Catatan Kaitan Tidak Langsung Antara Kerajaan dan Syarikat Perjudian
1.
Menteri Kewangan Malaysia
3,958,205
Kamunting Corp Bhd
Kamunting merupakan pelabur utama Magnum Corp Bhd. Sebanyak 457,630,296 unit saham.
2.
Menteri Kewangan Malaysia
972,492
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd sebanyak 65,154,999 unit saham.
3.
Amanah Raya Bhd Arab Malaysian First Fund
2,286,000
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd. sebanyak 65,154,999 unit saham.
4.
Employees Provident Fund Board
1,453,000
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd.
5.
Minister of Finance Government
8,505,280
Multi Purpose Holdings Bhd
a. Multi Purpose Holdings Bhd merupakan pelabur ketiga besar dalam Leisure Management Bhd. Sebanyak 65,154,000 unit saham 457,630,258 unit saham.
b. Ketiga Terbesar dalam Magnum Corp Bhd.
6.
Bank Negara Malaysia
170,000,000
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd.
7.
Permodalan Nasional Berhad
162,052,783
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
8.
Employees Provident Fund Board
18,579,667
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
9.
Minister of Finance
7,409,222
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
10.
Permodalan Nasional Berhad
76,555,492
Hap Seng Consolidated Bhd
Hap Seng pelabur kedua terbesar dalam Calrsberg Bhd sebanyak 39,326,250 unit saham.
Begitulah serba sedikit data mengenai penglibatan hasil haram. Apa yang lebih malang adalah Kerajaan Malaysia langsung tidak mengendahkan kesan negatif yang lahir daripada industri judi dan arak ini. Menurut kajian sebuah badan bebas Amerika Syarikat iaitu National Gambling Impact Study Commision mereka mendapati kesan negatif sosial terlalu banyak akibat judi. Antara yang dinyatakan adalah seperti berikut :

a. Perkaitan judi dengan penagihan dadah.
b. Pertambahan penceraian. Iaitu 5 kali ganda daripada masyarakat biasa.
c. Pertambahan potensi dalam perlakuan jenayah.
d. Pertambahan peribadi hutang yang besar.
e. Merosakkan hubungan antara kawan dan keluarga.
f. Pertambahan kes bunuh diri. 

Apabila kerajaan Malaysia menggalakkan pertubuhan industri perjudian hingga bertambah subur serta membantu kemajuan syarikat-syarikat tersebut, secara tidak langsung seolah-olah kerajaan sengaja membiarkan rakyat dicengkam gejala sosial tersebut semata-mata kerana mereka ingin mengaut keuntungan lebih daripada mereka.
Allah juga telah berfirman secara jelas tentang kesan buruk terbitan daripada judi dan arak ini : 

"Ù¾c Sesungguhnya Syaitan tidak mengkehendaki kepada kamu selain menumbuhkan permusuhan dan persengekataan daripada arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengigati Allah dan daripada Solat, MAKA APAKAH KAMU MASIH TIDAK DILARANG? " ( Al-Maidah: 90) 

Justeru, para pimpinan PAS berkeras mengajak rakyat untuk tidak bersekongkol dengan perkara haram ini. Allah telah berfirman dengan jelas dalam satu firmannya yang bermaksud " Janganlah kamu cenderung kepda kezaliman kelak kamu akan dihumban ke dalam api neraka Allah" ( Surah An- Nahl ) 

Nama Individu Muslim Yang Terlibat
Selain daripada pengelibatan dalam bentuk kewangan dan saham daripada kerajaan, beberapa indivdiu Melayu yang dipercayai beragama Islam juga terlibat menjadi individu utama dalam menerajui syarikat gergasi judi. Berikut adalah antara nama-nama yang terlibat:
Bil
Nama Syarikat
Nama Individu Melayu

Jawatan
1.
Genting Berhad
Tan Sri Tun Hanif Omar
Ex- Ketua Polis
Dep Chairman
2.
Magnum Corporation Berhad
Tan Sri Dato' Khir Johari
Ex- Menteri
Vice Chairman
3.
Resort World Berhad
Tan Sri Tun Hanif Omar
Ex- Ketua Polis
Dep Chairman
4.
Leisure Managemenat Bhd
Tan Sri Dato' Khir Johari
Ex- Menteri
Director
5.
Magnum Corporation Berhad
Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth
Bekas Jeneral Tentera
Director
6.
Guiness Anchor Berhad
Dato' Jaafar Bin Ahmad Indot

Director
7.
Guiness Anchor Berhad
Dato' Alwi Bin Jantan
Bekas SUK Selangor Ex- KSU Kementerian
Bekas SUK Selangor Ex- KSU Kementerian
8.
Genting Berhad
Tan Sri Mohd Amin Osman
Ex-Timb. Ketua Polis Negara
Director
9.
Berjaya Sports Toto Bhd
Tan Sri Dato' Jaafar Abdul

Director
10.
Berjaya Group Berhad
Dato' Sulaiman Mohd Noor

Director
11.
Calrsberg Brewery Bhd
YAM Tunku Naqiyuddin Ibn Tuanku Jaafar

Director
12.
Calrsberg Brewery Bhd
Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth

Director
Jika ditinjau dari sudut hukum Islam, terlalu jelas keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya, samada pelabur, menjadi salah seorang daripada pimpinannya, penjual, pengilang, pembeli, peminum atau pemain. Semuanya yang berkaitan akan menjadikan seseorang itu 'bersubahat' sebagaimana Nabi mengisyaratkan kumpulan yang terlibat juga akan mendapat laknat Allah sebagaimana sabdanya :
"Allah SWT melaknat 10 kumpulan yang terlibat dengan arak : Pemerah, pengilang perahan, peminum, pembawa, penanggung, pemberi minum dengannya, penjual, pemakan keuntungannya, pembeli untuknya dan pembeli untuk lainnya" ( Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi daropada Anas Bin Malik ) . Sila rujuk Fiqh al-Mazahib al-'Arba'ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah dan rujuk juga Kitab Fiqh As- Sunnnah, al-Sayyid Sabiq, Jilid 2, Kaherah., hlm 518.
Manakala daging yang terbina daripada hasil yang haram akan dibalas dengan neraka. Sabda Nabi :

"Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka neraka adalah terlebih layak untuknya"
Jumlah Hasil Kerajaan Daripada Beberapa Industri Arak Dan Judi Terbesar
Secara mudah kerajaan menerima hasil daripada syarikat ini melalui beberapa sumber :
a. Cukai korporat sebanyak 28 % .
b. Cukai perkhidmatan sebanyak 5 %.
c. Perlesenan.
d. Melalui syer.
Sila rujuk jadual di bawah:
Syarikat
Tahun
Keuntungan RM juta
Cukai dan Hasil Kepada Kerajaan RM juta
Genting Berhad
1999
1,521,400,000
313,700,000

1998
909,700,000
364,000,000

1997
1,542,500,000
346,000,000




Guiness Anchor Bhd
1999
182,407,000
39,272,000

1998
147,193,000
41,338,000

1997
126,328,000
34,097,000




Magnum Corp Bhd
1999
563,334,000
140,000

1998
-
132,870,000

1997
100,946,000
142,642,000




Metroplex Bhd
1999
-
6,345,000

1998
139,642,000
8,093,000

1997
140,458,000
15,712,000




Resorts World Bhd
1999
648,100,000
2,300,000

1998
371,800,000
222,400,000

1997
1,090,900,000
224,500,000




Berjaya Sports Toto
2000
384,724,000
152,833,000

1999
438,206,000
1,284,000

1998
453,925,000
119,525,000




Leisure Mgt Berhad
1999
119,551,000
232,000

1998
51,779,000
19,820,000

2000
-
36,652,000




Tanjong Public Ltd Bhd
2000
261,191,000
53,305,000

1999
405,768,000
33,276,000

1998
327,539,000
76,704,000




Carlsberg Brewery Bhd
1999
137,935,000
-

1998
151,854,000
37,400,000

1997
160,045,000
44,260,000
Pembaca boleh mengira sendiri berapa juta dan bilion yang disalurkan kepada kerajaan melalui syarikat-syarikat judi dan arak Public Listed ini, itu belum dikira syarikat 'Private Limited' dan belum juga dikira pulangan daripada pelaburan saham ke dalam syarikat-syarikat tersebut. Sila rujuk jadual di bawah.
Daripada hasil-hasil tersebut, justeru industri haram ini dianggap begitu baik oleh kerajaan UMNO/BN. Lalu dikekalkan serta dipertahankan walaupun cukup jelas ianya bertentangan dengan hukum syarak. Nabi SAW dalam penegasan baginda tentang arak bukan sekadar pengambilan keuntungan bahkan arak juga tidak dibolehkan untuk dijadikan ubat berdasarkan sabdanya : " Allah tidak menjadikan ubat di dalam perkara yang diharamkannya". Rujuk Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab Fatawa al-kubra, Darul Makrifah, Juz 4, Beirut, 1988. Dalam kes Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan hanya membenarkan penjualan arak untuk non-muslim kerana ianya tidak diharamkan oleh agama mereka, justeru kebenaran untuk membuka premis arak adalah berdasarkan nisbah peratusan non-muslim yang berada di negeri tersebut. Di Terengganu sebagai contoh jumlah non-muslim adalah kurang daripada 5 %, justeru Kerajaan Terengganu hanya ,membenarkan 3 premis arak dibuka. Begitu juga halnya dengan penternakan babi dengan memenuhi syarat-syarat tertentu seperti tidak boleh dieksport, dikuarantin dan banyak lagi. Inilah hak kebebasan mengamalkan agama dalam sebuah negara Islam. Judi tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya tidak dibenarkan oleh sebarang agama.
Nabi SAW mencela peminum arak sebagai berikut :
"Orang yang meminum arak sekiranya mati kelak mereka bertemu Allah seperti penyembah berhala"
( Riwayat Ahmad - Hadis Shahih - Sila lihat Musnad Ahmad Jilid 2 hlm 272 ) Juga rujuk kitab al-Kabair karangan Imam Shamsuddin Ahmad az-Zahabi, Maktabah Darul Bayan. 

Para ulama' telah bersepakat dengan mengharamkan penjualan arak dengan nas yang thabit qat'ie. Nabi juga bersabda dalam hadis yang lain : " Sesungguhnya perkara yang haram meminumnya haram jua menjualnya dan haram membelinya dan haram memakan keuntungannya" ( Lihat Fiqh 'al Mazahib al-'Arba'ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah ) 

Daripada Abdullah Bin Amru Bahawa Nabi SAW bersabda:
"Arak adalah ibu kejahatan dan dosa besar yang terbesar" ( Riwayat At-Tabrani)
Dasar kerajaan begitu jelas dalam hal ini, secara sedar atau tidak rakyat Malaysia juga diheret dalam kancah dosa ini apabila wang rakyat dilaburkan di dalam industri judi dan arak. Justeru apa yang diharapkan agar penulisan ringkas ini dapat membuka mata dan minda kita untuk menentukan tindakan kita mulai hari ini hinggalah ke akhir hayat. Terpulang samada dikira bersubahat oleh Allah atau kita telah berusaha untuk membasmi gejala dosa ini. Terpulang juga kepada para pembaca menilai fakta-fakta yang dikemukakan.
Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman
28 November 2000

Currently have 0 comments:


Leave a Reply