Sunday, July 10, 2011
Laporan Bersih 2.0 : Nyawa dibayar dengan Sepinggan nasi!
Assalamualaikum W.B.T sahabat-sahabat U-jam , ketika artikel ini di terbitkan , saya percaya sudah ada puluhan ribu artikel di dalam media baru berkenaan bersih2.0 diterbitkan..saya agak tertangguh untuk menulis laporan berkenaan hal ini untuk menilai berita-berita dari media konvensional , media baru , laporan saksi , cerita dari masyarakat , cakap-cakap kedai kopi dan kajian-kajian ilmiah dari sahabat-sahabat di ipt.
Belum terlambat saya ucapkan Tahniah kepada sahabat-sahabat U-jam yang hadir samaada petugas atau peserta Bersih 2.0 Kali ini .Walaupun kita tidak sempat bertemu , bertaaruf dengan sempurna tetapi saya dapat merasakan kehadiran sahabat-sahabat melalui pemerhatian dan "lapor hadir" melalui sms yang banyak saya terima....Syabas!
Dalam bercerita akan perihal bersih 2.0 ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya
1) Peserta mencecah hampir 100,000 orang walaupun jalan kl ditutup dan sekatan bermula dari Johor hingga perlis!
Jumlah peserta yang menyertai bersih sehingga kini tidak dapat disahkan jumlahnya yang sebenar , jika dari laporan polis jumlahnya hanya sekitar 5,000 - 6,000 orang dan angka ini banyak digunakan oleh media-media kerajaan untuk diracun kedalam pemikiran rakyat bahawa bersih 2.0 tidak mendapat sambutan , angka 25,000 pula dilaporkan oleh harian metro dimana wartawan tersebut mencongak jumlah peserta yang terkandas di kl sentral dan ktm lama , sejumlah 30,000 orang dilaporkan oleh media baru dengan mencongak kekuatan peserta yang bergabung dari masjid jamek dan pudu , sejumlah 15,000 orang dilaporkan berarak ke stadium merdeka , jumlah yang dilaporkan oleh berita online di internet.
Saya pula bersama 15,000 peserta dari masjid pakistan chow kit menuju ke dataran maybank..lokasi dan jumlah yang gagal dilaporkan oleh media! , di KLCC saya bertanya kepadabeberapa wartawan secara rambang wartawan berapa jumlah sebenar peserta..wartawan itu menyebut ada 4 ketumbukan besar dari Pudu , Chow kit & Kg baru , Kl sentral dan KTM lama & Masjid jamek , petaling street : dianggarkan Pudu 25,000 , chow kit 15,000 , Kg baru 13,000 , kl sentral & ktm 25,000 , Masjid jamek & Petaling Street 20,000 ..belum lagi dikira jumlah sepihan kumpulan kecil disekitar kg pandan , jalan tun razak , jalan ampang , dataran merdeka , dato keramat dan sekitar pinggir kuala lumpur!
Kenyataannya Peserta hampir mencecah atau lebih 100,000 dalam keadaan tekanan , ancaman , sekatan dan ugutan.Bagi saya jika hanya 5 orang sahaja yang bersemonstrasi di pusat bandar KL...jumlah itu sudah dikira berjaya memandangkan polis menyasarkan bahawa demonstrasi ini akan gagal sama sekali dengan kerja buat mereka!
2) Himpunan bersih diadakan di hadapan kedutaan Malaysia hampir 30 negara seluruh dunia!
Himpunan bersih diadakan serentak di selruh dunia!
Malaysian electoral reform activists gather in Melbourne
BERSIH 2 @ Perth
Sydney support rally for Malaysia's Bersih
A healthy turn up in Victoria Square and of course, a glimpse of the Hilton Adelaide which is owned by the Chief Minister of Sarawak, Taib Mahmud. Way to continue oppressing the people of Sarawak by spending the millions of tax payer Ringgits on properties across ADELAIDE.
A healthy turn up in Victoria Square and of course, a glimpse of the Hilton Adelaide which is owned by the Chief Minister of Sarawak, Taib Mahmud. Way to continue oppressing the people of Sarawak by spending the millions of tax payer Ringgits on properties across ADELAIDE.
Taken at Sogo, Causeway Bay,Hong Kong
Bersambung.... 3) Perhimpunan ini Aman..yang Haram adalah pemerintah yang zalim , 4) Nyawa dibayar dengan sepinggan nasi 5) Bersih 3.0 di putrajaya?
syabas!!!
subhanaALLAH.. takbir!!!!
like! mohon share..