Monday, July 11, 2011
Bersih 2.0 Analisis : Ambiga Peralatkan Bersih Atau Bersih Peralatkan Ambiga?
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, July 11, 2011 | Category:
|
Assalamualaikum W.B.T , Natijahnya malam ini , ingin daku menghabiskan artikel (post sebelum ini ) , ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan ketika tangan ini menjamah laptop yang chomel ini , Al-Kisahnya ada satu persoalan yang dilemparkan kepada U-jam untuk menjawab Isu yang agak Sensitif dan boleh dikategorikan sebagai pencetus ketegangan kepada Pendokong Bersih dan sebagai mata Percuma kepada Kumpulan Anti-Bersih yang mengggunakan isu ini semaksima semahu-mahunya!
Isunya ialah Pengerusi Bersih ialah Datuk Ambiga Sreenevasan , Disini DAS sijadikan sasaran kepada sebab utama pendokong Anti-Bersih menyatakan bahawa tidak patut lansung BERSIH 2.0 disertai oleh Orang Islam.
Namun satu perkara yang mengejutkan dan yang tidak makan isu ialah penyertaan lebih 100,000 mempunyai pelbagai alasan dam motif tersendiri untuk dijayakan , Terdapat 4 Katagori Peserta yang meyertai Bersih 2.0 kali ini dan tiada satu pun Katagori ini yang menyertai bersih hanya kerana bersih Dipengerusikan oleh DAS , kerana bagi mereka ..letaklah walau tiang lampu sekalipun..BERSIH 2.0 akan tetap dijayakan!
Kategori Pertama : Ummat Islam tanpa mengira bangsa dan Parti menyertai Bersih 2.0 Kerana menuntut Keadilan diatas tindakan kotor SPR dan jentera Kerajaan yang menggunakan kuasa mereka dan bersekongkol dengan Barisan Nasional dalam Agenda pilihanraya untuk memenangkan BN - Mereka menuntut 8 Perkara yang ditetapkan BERSIH 2.0
Kategori Kedua : Warga Non-Muslim tanpa mengira Parti yang sudah bosan dengan tindakan diskriminasi kepada warga Non-Muslim oleh BN yang menidakkan hak mereka dalam urusan pentadbiran kerajaan terutamanya dalam sistem pilihanraya dan seterusnya ialah kerakusan BN menggunakan Jentera Kerajaan dalam usaha memanipulasikan undi - Mereka menuntut 8 Perkara yang ditetapkan BERSIH 2.0
Kategori Ketiga : Wakil -wakil parti pembangkang yang kecewa dengan sistem pilihanraya terutamanya urus tadbir oleh SPR yang dilihat lebih memihak kepada BN , bukan disebabkan undi kepada mereka kurang tetapi modus operandi yang amat mencurigakan , terutama sekatan-sekatan yang diterima oleh mereka seperti ceramah-ceramah penerangan yang disekat , ugutan oleh pihak polis , permainan politik kotor , tiada ruang penerangan kepada rakyat apabila hak media dinafikan , walaupun mereka memenangi 5 Negeri semasa PRU-12 , tetapi mereka sepatutnya sudah memerintah Malaysia jika berpencak dalam suasana yang BERSIH- Mereka menuntut 8 Perkara yang ditetapkan BERSIH 2.0
Kategori Keempat : Aktivis-aktivis hak asasi manusia , para pemikir , cendiakawan , pendokong aktivis seni , rakyat marhaen yang sentiasa memerhatikan gelagat Pemerintah BN di mana sejak akhir-akhir ini sudah berdekad lamanya bertindak rakus dan sombong kepada Rakyat dalam pelbagai hal , apatah lagi urusan pemilihan melalui Pilihanraya adalah urusan paling serius kerana melibatkan pemilihan pimpinan yang akan menerajui Malaysia dengan membawa hasrat Rakyat Malaysia yang dijamin dalam perlembagaan , mereka juga terdiri dari golongan simpati yang tinggal di luar Malaysia seperti dibuktikan melalui "BERSIH2.0 Around The World Over 30 Countries" agak membanggakan sahabat-sahabat u-jam antara wakil diantara negara-negara tersebut! - Mereka menuntut 8 Perkara yang ditetapkan BERSIH 2.0
Persamaan mereka ialah - Mereka menuntut 8 Perkara yang ditetapkan BERSIH 2.0 , mereka tidak mengambil kira siapa juga yang menjadi pengerusi BERSIH2.0!
Sebenarnya suara-suara pendokong Anti-Bersih juga perlu diambil kira..jika kita adalah pendengar yang baik maka kita akan berhujah dengan baik. tolak jauh-jauh sentimen-sentimen emosi yang tidak perlu diketengahkan dan dipandang serius kerana emosi yang melampau dan sentimen yang melampau seperti yang dilemparkan oleh golongan Anti-Bersih hanya perlu dihujahkan dengan Pendirian yang jelas dan bukan dihujahkan dengan emosi.
Apapun yang terjadi selepas BERSIH2.0 ialah kemenangan Rakyat Malaysia , bukannya kemenangan Individu ataupun mana-mana Parti kerana hasil dari tuntutan BERSIH2.0 jika diperkenankan maka yang mendapat laba ialah seluruh rakyat Malaysia..sama seperti ketika kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh PR , Semua rakyat Selangor mendapat Laba (untung) mereka dari PR , BN , Bebas dan tidak mengundi kerana benci politik mendapat air percuma 20 meter padu pertama , anak-anak selangor yang lahir mendapat duit tabungan percuma , anak-anak negeri yang berjaya ke IPTA/IPTS mendapat Rm1,000 begitu juga Laba (untung) yang diperolehi oleh masyarakat cina apabila BN melalui Zambry Kadir meluluskan pelan asal PR memberikan Geran tanah kepada masyarakat cina( yang sebelum ini ditentang dengan kuat oleh UMNO sendiri)
Ada yang menujahkan soalan " Jika dah tahu BN takkan layan tuntutan BERSIH2.0 dan hanya pandai berjanji memujuk BERSIH supaya gagal mengadakan perhmpunan , mengapa menuntut juga 8 perkara itu kepada BN? - Jawapannya kita menuntut 8 Perkara dengan SPR dan Kerajaan Malaysia , BN bukan Kerajaan Malaysia..BN itu hanyalah Parti Politik!"
Kerajaan Malaysia berhak menggunakan kerajaan untuk kepentingan Rakyat dan bukan Kepentingan PR dan BN!
Jika Kerajaan Malaysia membenarkan temuramah secara terbuka melalui TV dan Radio kepada PR , maka Kerajaan Malaysia perlu bertindak memberikan HAK yang sama rata kepada BN , al-kisahnya..saluran media Kerajaan digunakan sepenuhnya oleh BN!
Kajian Terhadap Anak Muda Islam
Kajian Kajian bersama Merdeka Centre dengan sokongan Goethe Institut itu dijalankan ke atas lebih 1,000 orang warga Malaysia berusia antara 15 hingga 25 tahun.benar-benar membuka mata penganalisis politik Malaysia.Dimana salah satu keputusannya ialah Hampir 87 peratus juga percaya, negara perlu dipimpin oleh seorang tokoh yang kuat dan lebih 71 peratus percaya demokrasi yang kuat memerlukan parti pembangkang.
Walaupun lebih 66 peratus daripada responden berpendapat, kegiatan dalam politik merupakan aktiviti tidak popular.Jumlah yang sama juga belum mendaftar sebagai pengundi, manakala lebih 50 peratus mengaku bosan dengan politik.
Saya tidak mengambil kira sangat jumlah 66% kerana kajian dilakukan kepada mereka yang berumur 15-25 tahun dimana pengundi dikira berdasarkan umur 21 tahun.
Zaman yang cerdik semakin cerdik dan dungu demakin dungu!
Mengapakah di dalam Perhimpunan Agung UMNO dalam perbahasan wakil puteri umno sendiri mengakui bahawa Pembangkang banyak memenangi kerusi dalam bandar ..hampir kesemuanya! samaada Parlimen atau DUN , ini terbukti jika Wilayah Persekutuan bukan milik Persekutuan tetapi adalah sebuah negeri , nescaya ianya akan diperintah oleh PR dengan Majoriti lebih 2/3 apabila memenangi 10 dari 11 kerusi!
Bukti bahawa persepsi memberikan kesan yang mendalam kepada pengundi , persepsi yang dihebahkan melalui Media Perdana banyak memihak kepada BN , mereka menggunakan SEMUA SALURAN sebagai dakyah utama untuk memburukkan PR , itu adalah KANYATAAN yang tidak boleh dinafikan,,,bagi pengundi bandar mereka lebih dekat dengan realiti sebenar apa yang berlaku..habis tidak ada maklumat mereka akan bertannya Dr.Google atau Dr.Yahoo..semua dokumen boleh diakses dengan mudah dan berkesan
Sebagai contoh kes yang menggemparkan ummat islam apabila dikatakan Exco Selangor Ronnie Liu menarik balik rampasan Beer yang dirampas oleh MBSA di Shah Alam , Media alat BN menggunakan isu ini secukupnya dengan mengatakan abahwa PAS terpaksa tunduk kepada DAP sehingga penyokong UMNO sanggup menukar kalimah "Takbir" kepada "Takebeer" hanya untuk mengutuk penyokong PAS akan Isu ini.
Bagi orang yang cerdik , mereka akan menyiasat sedalam-dalamnya akhirnya FAKTA yang tidak dihebahkan oleh Alat Media BN ialah rampasan itu ditarik balik kerana Rampasan Beer terpaksa dipulangkan balik bukan kerana DAP tetapi kerana undang-undang Akta Kastam Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja alcohol proved atau pun alkohol mutlak. Bir dan todi atau mana-mana arak native semuanya mengandungi melebihi 2%. Jadi ia adalah cecair yang memabukkan.
Walau pun peruncit memerlukan lesen untuk menjual minuman keras, lesen tidak diperlukan untuk menjual bir di dalam botol atau di dalam tin. Ini kerana dalam Akta Eksais 176, Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen
SIAPA MAJORITI AHLI PARLIMEN YANG BERSETUJU MELULUSKAN AKTA INI PADA TAHUN 1967 KALAU BUKAN BN - BN TU SIAPA OH BN TU DAP?
Mengapa berita FAKTA tidak dikeluarkan oleh Media Kerajaan , bukanlah kita rakyat Malaysia membayar cukai kepada Kerajaan supaya Kerajaan boleh menerangkan kepada Rakyat akan hal sebenar..namun jika Media dikuasai oleh Parti Politik BN maka inilah hasilnya... Rakyat yang Dungu akan menjadi semakin Dungu!
Penerangan kepada mereka yang mengasingkan diri dari politik
Malaysia adalah negara demokrasi , anda diberi pilihan untuk mendaftar mengundi ataupun tidak , anda boleh mengundi siapa sahaja yang anda suka , anda tidak perlu masuk mana-mana parti politik untuk menjadi pengundi , walaupun anda tidak mengundi anda boleh makan nasi juga akhirnya...bezanya ialah hari ini nasi ayam RM4.00 , tahun depan boleh menjadi RM5.00 , walaupun anda tidak mengundi anda dapat juga air percuma jika anda berada di negeri selangor..
Jika anda tidak minat politik , jangan ikut isu-isu parti-parti politik tetapi ikutlah isu-isu hak anda sebagai rakyat..anda tidak berhak untuk mengulas soal parti-parti politik kerana anda tak minat politik pun! , jika anda ulas bimbang kejahilan anda semakin teserlah disebabkan anda buta politik.
Realitinya anda akan berhadapan dengan politik setiap hari dalam kehidupan anda, mengapa? kerana apabila kerajaan mengumumkan harga barang dan harga minyak naik...anda yang tidak mengundi , yang tidak minat politik pun terlibat sama...cubalah isi minyak dan mintak dikurangkan harga minyak dan katakan harga ini sepatutnya dibayar oleh mereka yang minat politik...saya tak minat politik bolehkah saya dapat harga separuh? - sendiri mau fikir!
Islam itu tidak zalim sehingga memaksa ummatnya hanya berfikir tentang satu dua asperk kehidupan dan tidak berfikir aspek kehidupan secara menyeluruh , masuklah Islam secara Kaffah!
Fakta untuk anda menjadi sedikit cerdik , dan kurang dungu.
Mustahil Perdana Menteri Malaysia adalah mereka dari kaum cina dan india - Fakta
Dengan kerusi Melayu sebanyak 112 dari 222 kerusi semuanya, tidak ada sebab untuk kuasa Melayu di negara ini hilang kecuali Umno sebagai pihak yang berkuasa sekarang terus mengecilkan kerusi orang Melayu sebagaimana yang dibuatnya pada tahun 2003. Jika orang melayu tidak menundi calon melayu UMNO mereka akan bersama calon Melayu PR.Yang memerintah tetap Melayu , yang kalah ialah UMNO dan yang menang ialah Melayu..janganlah menjadi terlalu dungu dengan mengatakan PAS itu bukan orang melayu , sehinggakan hak Royalti dinafikan di Kelantan kerana di Kelantan majotirinya ialah orang PAS dan bukan orang Melayu!
2) Kita hidup berinteraksi dengan cina , melayu , india dan semua kaum.
Agak melucukan apabila Dakyah Dungu dihebahkan dan diracunkan kepada Rakyat bahawa Cina itu akan menguasai Malaysia dan akan menjadikan negara Malaysia sebagai Negara Komunis atau Negara Republik.Walaupun kerajaan BN berusaha menjadi sebagai komunis saya rasa tetap mustahil untuk dilakukan kerana Komunis tiada cukai untuk rakyat.Orang Islam mempunyai Majoriti dalam Parlimen , insyaAllah..semua ini tak akan berlaku sama sakali!
Melucukan juga , setelah melihat iklan-iklan anak kecil main api , statistik kes buang anak adalah orang Melayu adalah majoriti , Orang melayu masih meneguk arak , Orang melayu akan ke kedai tokey Cina tak kira lah DAP atau MCA untuk beli Nombor Ekor , Orang Melayu masih lagi melutut dengan Ah Long untuk meminjam Duit.
Orang Islam yang beriman tanpa mengira bangsa tidak akan melakukan maksiat kerana mereka beriman dengan Islam.
Persoalan Ambiga dan Tunjuk Perasaan bersama Orang Islam
Saya juga mencari-cari buah fikiran untuk menjawab persoalan ini secara ilmiah , santai , mudah difahami dan berilmu...Alhamduillah akhirnya seorang sahabat hadir memecah kebuntuan ini!
Penerangan kepada mereka yang mengasingkan diri dari politik
Malaysia adalah negara demokrasi , anda diberi pilihan untuk mendaftar mengundi ataupun tidak , anda boleh mengundi siapa sahaja yang anda suka , anda tidak perlu masuk mana-mana parti politik untuk menjadi pengundi , walaupun anda tidak mengundi anda boleh makan nasi juga akhirnya...bezanya ialah hari ini nasi ayam RM4.00 , tahun depan boleh menjadi RM5.00 , walaupun anda tidak mengundi anda dapat juga air percuma jika anda berada di negeri selangor..
Jika anda tidak minat politik , jangan ikut isu-isu parti-parti politik tetapi ikutlah isu-isu hak anda sebagai rakyat..anda tidak berhak untuk mengulas soal parti-parti politik kerana anda tak minat politik pun! , jika anda ulas bimbang kejahilan anda semakin teserlah disebabkan anda buta politik.
Realitinya anda akan berhadapan dengan politik setiap hari dalam kehidupan anda, mengapa? kerana apabila kerajaan mengumumkan harga barang dan harga minyak naik...anda yang tidak mengundi , yang tidak minat politik pun terlibat sama...cubalah isi minyak dan mintak dikurangkan harga minyak dan katakan harga ini sepatutnya dibayar oleh mereka yang minat politik...saya tak minat politik bolehkah saya dapat harga separuh? - sendiri mau fikir!
Islam itu tidak zalim sehingga memaksa ummatnya hanya berfikir tentang satu dua asperk kehidupan dan tidak berfikir aspek kehidupan secara menyeluruh , masuklah Islam secara Kaffah!
Fakta untuk anda menjadi sedikit cerdik , dan kurang dungu.
Mustahil Perdana Menteri Malaysia adalah mereka dari kaum cina dan india - Fakta
Dengan kerusi Melayu sebanyak 112 dari 222 kerusi semuanya, tidak ada sebab untuk kuasa Melayu di negara ini hilang kecuali Umno sebagai pihak yang berkuasa sekarang terus mengecilkan kerusi orang Melayu sebagaimana yang dibuatnya pada tahun 2003. Jika orang melayu tidak menundi calon melayu UMNO mereka akan bersama calon Melayu PR.Yang memerintah tetap Melayu , yang kalah ialah UMNO dan yang menang ialah Melayu..janganlah menjadi terlalu dungu dengan mengatakan PAS itu bukan orang melayu , sehinggakan hak Royalti dinafikan di Kelantan kerana di Kelantan majotirinya ialah orang PAS dan bukan orang Melayu!
2) Kita hidup berinteraksi dengan cina , melayu , india dan semua kaum.
Agak melucukan apabila Dakyah Dungu dihebahkan dan diracunkan kepada Rakyat bahawa Cina itu akan menguasai Malaysia dan akan menjadikan negara Malaysia sebagai Negara Komunis atau Negara Republik.Walaupun kerajaan BN berusaha menjadi sebagai komunis saya rasa tetap mustahil untuk dilakukan kerana Komunis tiada cukai untuk rakyat.Orang Islam mempunyai Majoriti dalam Parlimen , insyaAllah..semua ini tak akan berlaku sama sakali!
Melucukan juga , setelah melihat iklan-iklan anak kecil main api , statistik kes buang anak adalah orang Melayu adalah majoriti , Orang melayu masih meneguk arak , Orang melayu akan ke kedai tokey Cina tak kira lah DAP atau MCA untuk beli Nombor Ekor , Orang Melayu masih lagi melutut dengan Ah Long untuk meminjam Duit.
Orang Islam yang beriman tanpa mengira bangsa tidak akan melakukan maksiat kerana mereka beriman dengan Islam.
Persoalan Ambiga dan Tunjuk Perasaan bersama Orang Islam
Saya juga mencari-cari buah fikiran untuk menjawab persoalan ini secara ilmiah , santai , mudah difahami dan berilmu...Alhamduillah akhirnya seorang sahabat hadir memecah kebuntuan ini!
Syabas Dan Tahniah kepada Akhi fathifawwaz |
Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama”. Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia. Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya. Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai. Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul? Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan: شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi. Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya. Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain. Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan. Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat. Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik. Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung. Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional. Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk. Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya??? Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia? Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas. Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes? Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni? MASALAH SERATUS PERATUS Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”. Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”. Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang. Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah. Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik. Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri? Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan. Contoh 1: Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan? Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan. Contoh 2: Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda. Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut. Contoh 3: Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun. Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir. Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda. Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata: “Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”. Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla… “Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”. Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini. AKHIRNYA… Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin. Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam: قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا". Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah. Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”. Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer. Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka……. Do or Die, You’ll never make me, Because the world will never take my heart, Go and try, You’ll never break me, We want it All, We want to play this part, I won’t explain, or say I’m sorry, I’m unashamed, I’m gonna show my scars Give a cheer for all the broken, Listen here, because it’s who we are. I’m just a man, I’m not a hero, Just a boy, whose meant to sing this song. I DON’T CARE!!!! |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allahualam...Saya adalah pihak berkecuali. Mana2 parti yg memerintah Negara asalkan mereka mengutamakn Agama dan Rakyat dulu haruslah disokong..Selama saya hidup di Malaysia yg diperintah BN, saya cuma maukan keamanan dan rezeki utk meneruskan hidup, soal yg kaya terus kaya yg miskin terus miskin sudah lapuk dan tak akan berakhir selagi adanya "Nafsu & Malas"..Saya melihat disini keadaan politik bagus(walaupun keadaan Malaysia dimana media pro-BN melawan media pembangkang) dan fitnah berleluasa.. Itulah Risiko Demokrasi setiap orang mampu membuat 'versi cerita' masing2 atas nama 'kebebasan'..Soal rasuah itu sudah terlalu terlalu lama dan sampai kiamat baru tamat..Seandainya ditakdirkan Allah, PR akan menjadi Kerajaan Malaysia pada PRU 13,saya harapkan mereka masih mengutamakn Agama dan Rakyat(saya takut mereka terpesong saja) dan pada waktu itu BN akan jadi pembangkang dan ya seperti yg anda tau. keadaan akan berulang kembali dimana BN akan menuduh PR bermain rasuah dan BN akan membuat 'versi BERSIH' mereka sendiri dan berperanglah kita sesama Rakyat Malaysia saling tuduh-menuduh(kita kan Demokrasi) atas nama 'kebebasan dan hak asasi'.
Allahualam semoga Allah SWT terus memberkati dan melindungi Malaysia dari sebarang kecelekaan.
"Agak melucukan apabila Dakyah Dungu dihebahkan dan diracunkan kepada Rakyat bahawa Cina itu akan menguasai Malaysia dan akan menjadikan negara Malaysia sebagai Negara Komunis atau Negara Republik....Orang Islam mempunyai Majoriti dalam Parlimen , insyaAllah..semua ini tak akan berlaku sama sakali!"
sejauh mana keyakinan anda terhadap kenyataan ini? harap kita lebih boleh berhati-hati. jangan sampai setelah menang, kita ditikam dari belakang.
"dye orang" boleh buat macam2 cara utk jatuhkan umat Islam. kita je yg tak nampak. sebab caranya halus.
kadang2 org melayu ni terlalu paranoid..terlalu risau kaum lain atau agama lain akan menjatuhkan Islam..der, kalau agama kita kuat, insyaAllah xde sape boleh jatuhkan kite laa..ni x..muslim majority skrg hanya pada nama..pakaian mengalahkan non-muslim, akhlak dh lebih kurang, solat xbuat..jadi apa bezanya diorang ni dengan non-muslim der? kalo dorg pegang tampuk pemerintahan pon, dorg sendiri yang akan bawak fitnah pada Islam...
heh..lawak betul bila berkobar-kobar nak tegakkan Islam tp aurat isteri sendiri xterjaga...maaf, saya bukan yakin sepenuhnya dengan pembangkang, tp saya dah x yakin dengan BN/UMNO..saya pilih yang lebih baik..tiada parti yang sempurna kerana semua ahlinya cuma manusia biasa...iman berbeza, amalan juga berbeza, fahaman dan tahap ilmu mereka juga berbeza..wallahualam...
hebat. suatu pencerahan kepada saya. syukron.
hak sebgai rakyat, kita ade hak utk memilih. jd pilihlah pemimpin dr kalangan yg beriman & beramal soleh.
Dari mata kasar aku nmpk, Nik Aziz selalu menjadi imam semasa mengerjakan solat, begitu juga Anwar. Pernahkah Najib menjadi imam?
As,salam
Kalau orang kristian jadi imam mengimamkan solat nak ikut jugak ke.?? macam tak ada orang lain nak di jadi ketua perhimpunan bersih tu. hak istimewa orang melayu ditarik balik boleh tapi syarikat2 bumiputra mesti sema bilanganya dengan bukan bumiputra mengikut misbah bilangan kaum, barulah adil. krajan Bn pernah ke bagi sekatan orang bkan bumi putra mencari kekayaan kat bumi malaysia ni, kenapa pulak mereka nak persoalkan hak istimewa orang melayu, sape kata golongan minoriti tak boleh menindas mejoriti, dah lupa ape yang jadi kat bosnia, minoriti serbia menyembelih mejoriti orang islam. penjualan arak tak kira la ade brapa persen pun.ia tetap arak.masa BN memerintah sibuk duk suruh tutup kilang arak, skarang apa dah jadi.? pasal air percuma kat selangor, sape kata percuma, kerajaan negeri berhutang dengan syabas dah berbulan2, hutang itu bukan maksudnya percuma. sape boleh jamin kalau pakatan rakyat memerintah malaysia mereka boleh berlaku ADIL dengan semua kaum terutama dengan bangsa melayu.? PAS boleh jamin ke? bagi aku hak istimewa orang melayu kat malaysia nie boleh dihapuskan bila cina2 dan india2 kafir tu agamanya Islam. baru adil.
Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?
Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:
شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ
Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.
Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.
Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.
Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.
Kekuatan sanad kisah perjanjian Al-Fudul juga pernah dipertikaikan. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 1/40 berkata:
"Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Hasan, berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Utsman bin Abi Syaibah berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid bin Shalih berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Aban dari Ishaq bin Abdullah dari Aban bin Shalih dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Umar bin al Khattab."
(*sanad: bermaksud salasilah atau pertalian antara beberapa orang rawi yg meriwayatkan sesuatu hadis. Atau jalan yang bersambung sampai kepada matan, perawi yang meriwayatkan matan hadits dan menyampaikannya. Sanad dimulai dari rawi yang awal (sebelum pencatat hadits) dan berakhir pada orang sebelum Rasulullah saw yakni Sahabat. Misalnya al-Bukhari meriwayatkan satu hadits, maka al-Bukhari dikatakan mukharrij atau mudawwin (yang mengeluarkan hadits atau yang mencatat hadits), perawi yang sebelum al-Bukhari dikatakan awal sanad sedangkan Sahabat yang meriwayatkan hadits itu dikatakan akhir sanad.)
Taraf riwayat ini sangat lemah dan ia bertentangan dengan hadith-hadith shahih yang lain. Kelemahannya adalah dari segi sanad dan matan.
Adapun dari segi sanad adalah kerana di dalam riwayat tersebut terdapat seorang yang bernama Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah.
Imam an Nasa’i berkata: “Dia seorang yang matruk (orang yang ditinggalkan haditsnya)”.
Imam al Bukhari berkata: “Para ulama’ meninggalkannya”.
Imam Baihaqi berkata: “Dia matruk“.
Imam Yahya bin Ma’in berkata: “Dia pendusta”.
Imam Ibnu Hibban berkata: “Dia membolak-balikkan sanad, memarfu’kan hadith mursal, dan Imam Ahmad melarang meriwayatkan hadithnya”.
Dari segi matan pula, riwayat tersebut menyebut Umar bin al Khattab, kerana kasahihan Umar ke dalam agama Islam ketika itu boleh dipertikaikan. Maka riwayat ini bertentangan dengan beberapa riwayat shahih yang lain.
Mengenai Islamnya Umar bin al Khattab seperti diriwayatkan dari Abdullah bin Umar disebut sepertimana yang dinyatakan diantaranya hadis yang terdapat di dalam Shahih al Bukhari serta hadis Bidayah Wan Nihayah 3/81 oleh Imam Ibnu Katsir.