[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, July 19, 2011

Unit Amal : Rahsia Semut Merah yang anda ingin tahu!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, July 19, 2011 | Category: |



Assalamualaikum W.B.T sahabat-sahabat U-jam , Bulan Julai tahun 2011 adalah bulan yang banyak mendatangkan peristiwa dalam kehidupan pejuang-pejuang gerakan Islam , bermula dari Perhimpunan BERSIH 2.0 sehinggalah keberangkatan Pulang Srikandi Mujahidah Allahyarhamah Dr' Lo' Lo' Ghazali...

Satu yang mengesankan ialah ketika BERSIH 2.0 Anggota Unit Amal dilihat berada di saf paling hadapan..walaupun tanpa uniform rasmi dan sekadar melilit band merah di lengan kanan sebagai tanda pengenalan , mereka mudah dikenali dengan displin yang tinggi ketika bertugas..Mereka orang pertama yang akan ditangkap oleh pihak Polis , Orang pertama yang akan di sembur dan ditembak gas pemedih mata , walaupun kerja mereka baik , namun mereka tidak terlepas dari fitnah apabila seorang anggota dari Pahang yang ditugaskan mengutip kelonsong peluru pemedih mata dan mengutip gas pemedih mata yang sedang berasap ke arah tanah lapang..gambar beliau diambil oleh Mingguan Utusan untuk menggambarkan bahawa inilah pengganas yang membawa pisau..sedangkan beliau memegang Bendera Malaysia!


Ketika saya berpeluang mengiringi Jenazah Dr' Lo' Lo' kelihatan Anngota Unit Amal sudahpun bersedia menguruskan jenazah bermula dari liang lahad sehingga selesai urusan pengkebumian , Jalan yang sesak dapat dikurangkan dengan beberapa Anngota unit Amal yang menjaga trafik...selalunya polis trafik akan memerhatikan sahaja mereka bertugas.


Ramai yang tidak tahu bahawa Anggota Unit Amal adalah Pasukan paling awal tiba di Semenanjung Gaza ketika masa itu bergerak di bawah Yayasan Amal...malah Pemimpin HAMAS sudah beberapa kali mengunjungi Malaysia dan beramah mesra dengan Pemimpin Unit Amal di sini.



Unit Amal ditugaskan di bahagian mencari sumber air bersih dengan menggunakan peralatan meggerudi Air ketika bencana gempa bumi di Padang , Indonesia..


Saya Masih ingat ketika berlaku Tanah Runtuh di Hulu Kelang..hanya Anggota Unit Amal dibenarkan masuk oleh penduduk untuk mengangkut barangan berharga mereka kerana mereka bimbang akan berlaku kecurian.



Saya pernah melihat Anggota Unit Amal tidur dan berkawal di sebalik perdu pokok pisang , semata-mata ingin menjaga sebuah khemah yang akan digunakan sebagai tempat semakan mengundi keesokannya ketika pilihanraya Merlimau, namun khemah itu diangkut juga oleh pihak Polis..saya tidak nampak anggota unit amal melawan!



Unit Amal nama yang disebut ketika jamaah perlukan bantuan..mereka tidak mengharapkan bayaran, pengiktirafan dan pujian..malah kebanyakan pemimpin Dewan Pemuda PAS bermula dari Cawangan , Kawasan , Negeri dan Pusat adalah bekas anggota Unit Amal!


Saya lihat bagaimana perjalanan seorang pemimpin gerakan Islam , bermula pada awalnya adalah sebagai anggota unit amal..menjaga trafik..jika ditanya apa pekerjaan mereka...ada diantara mereka adalah Dr , Ustaz , Usahawan , Peniaga Kecil , Pelajar , Pekerja Kilang , Konsultan Media , malah ada juga dari penjawat awam..., mereka melupakan jawatan mereka.... hanya kerana untuk menjaga lalulintas..


Kemudian segalanya berlaku secara kebetulan , apabila mereka mendekati markas dan membuat kerja-kerja rencam umpamanya membantu mengutip derma , mengemaskan khemah , mengutip sampah , membancuh air untuk jemaah yang hadir usrah dan ceramah , menjadi petugas pendaftaran pemilih , menjaga kaunter penerangan dan pelbagai lagi.


Dari situ , mereka akan dilihat dimana-mana dalam program-program parti dan NGO ..dari cara mereka berkomunikasi dan berhadapan dengan masyarakat...mereka akan dinilai oleh pimpinan ..dimana talent mereka untuk diinfakkan untuk Parti...berapa kerap mereka hadir ke masjid/surau untuk solat berjamaah dan sebagainya...


Mereka akan ditapis..mereka mesti istiqamah, mereka mesti tahan lasak , mereka mesti faham fikrah, mereka mesti sentiasa solat berjamaah...dan akhirnya meraka akan diserap ke dalam organisasi Parti...



Jika anda berjumpa dengan pimpinan Pemuda PAS dan bertanya bagaimana mula-mula tuan menyertai PAS? saya yakin banyak jawapan yang dihamburkan akan bermula dengan perkataan UNIT AMAL!


Kerana itu anda melihat Pemimpin PAS berani berada di mana-mana sahaja , mereka apabila ditangkap tidak pernah melatah , mereka boleh bersila di padang rumput dan menjamah makanan nasi bungkus , mereka boleh berjalan kaki sejauh 10 kilometer semasa demonstrasi..mereka boleh berceramah dengan baik ,mereka adalah perakam kesusahan yang dialami masyarakat...kerana bagi mereka susah itu adalah perkara biasa dan kesenangan itu adalah perkara yang pelik!


Saya katakan bahawa Unit Amal akan menapis mereka..mereka mula yang meninggalkan perkara yang lalai , mula solat jamaah , mula belajar Quran dan hadith , mula menghadiri Usrah , mula menadah kitab-kitab...biarkan mereka bermula!,kerana bagi setiap permulaan itu banyak dugaan dan jika kental menghadapi dugaan ,mempunyai ilmu islami yang mantap , mempunyai akhlak dan dislpin yang jitu.. mereka layak bergelar jundullah!


Dari Jundullah..mereka akan diuji lagi..sehingga mereka layak menjadi Daie...dari Daie..mereka akan diuji lagi sehingga layak menjadi Murabbitun.

Kini Umur Unit Amal Sudahpun mencapai 2 Dekad... 20 Tahun adalah umur yang agak matang bagi seorang Pemuda..umur yang boleh dikira sudah masak dengan mainan perjuangan...umur yang sudah mengharungi mehnah dan tribulasi perjuangan...


Unit Amal akan meraikan Majlis Sambutan 2 Dekad di Stadium Bangi...anda boleh melihat sendiri apa yang mereka mampu lakukan...namun adakah anda bertanya pada diri sendiri...tidakkah ada satu pun perasaan ingin meraikan Unit Amal? - Walaupun tidak diminta tetapi fikirkanlah..dimana anda ketika anda perlukan bantuan...dan adakah anda akan menyebut UNIT AMAL?

AYUH KITA RAIKAN SAMBUTAN UNIT AMAL 2 DEKAD!

" Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri, lalu mereka berkata, ’Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran." Surah Al-Kahfi 13-14

Jabatan Amal Malaysia merupakan salah satu badan beruniform yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat dengan hasrat menjadikan unit tersebut sebagai sayap yang mampu memasyarakatkan PAS melalui aktiviti kepemudaan dan kebajikan.Jabatan Amal Malaysia akan meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-20 tahun pada tahun 2011 ini. Sambutan ulang tahun ini akan dilakukan secara ala Karnival dengan kerjasama DPPP dan DUN Bangi.




Objektif Program 


  • Meraikan sambutan 20 tahun penubuhan Unit Amal
  • Jana pendapatan kepada Unit Amal Negeri dengan jualan
  • Memasyarakatkan Unit Amal bersama masyarakat 

 
Maklumat Program

  • Program Sambutan 20 Tahun Jabatan Amal akan dianjurkan secara karnival selama 2 hari 1 malam dengan kerjasama DPPP dan DUN Bangi.
  • Program sambutan 20 tahun Jabatan Amal Malaysia akan bermula pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 dengan Program Makan Malam Amal.


AJK Pelaksana



Jawatan
Nama
Penaung
Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua DPPP
Penasihat
Johari Osman
Pengarah
Mohd Sufian Ibrahim
Timbalan Pengarah 1
Mohd Jahid Jaini
Timbalan Pengarah 2
Hj. Aszmi Anuar
Timbalan Pengarah 3
Mohd Zad Abdullah
Setiausaha
Mohd Azuan Ismail
Penolong Setiausaha
Izamudin Luden
Bendahari
Kassim Sabu
Jawatankuasa:
ALP dan Pengarah Negeri
Pendaftaran
Abdullah Manan
Promosi & Publisiti
Arif Sa’arani
Logistik
Mohd Nazree Mohd Aris
Lalu Lintas & Parkir

Makan / Minum
Zolamri Ludin
Persembahan
Akhwan Afendi Zulkifli
PA System
Abdul Jalil Mustafa
Buku Cenderamata
Izamri Med
Program Derma Darah

Pertandingan:

·      PertunjukanPemanduan Motor Berhemah&Pertandingan Motor Lambat
 DACS PUSAT
·      Perlawanan Persabahatan Bolasepak (Amal vs DPPP @ Amal vs Artis / Otai Sukan)

·      Pertandingan Busana Kanak2 Muslim & Mewarna Pelajar Pra-Sekolah / PASTI

·      Larian Rentas Desa
RoslanTalib/ Norazman
·      Kuiz
Saripudin Mohd Yatim
·      Kawad
Sahrudin
·      Futsal
RoslanTalib / Norazman
·      Badminton
Mohd Jahid Jaini
·      Tarik Tali
Kamarulzaman


Berikut adalah peta lokasi ke tapak program 

  • Makan Malam Bersama Pimpinan
  • Pusat Karnival Sukan, Pameran dan Persembahan Hiburan.

 klik untuk besarkan...



Laman Web Amal 2 Dekad : Klik & Share
Event Amal 2 Dekad : Klik & Share
Penulis : Ibnu Raman
Artikel Asal : http://u-jam.blogspot.com/


Dibenarkan untuk Copy & Paste ke blog,wordpress,facebook..dan dimana yang anda suka!

Currently have 0 comments:


Leave a Reply