Sunday, July 25, 2010
Kain Kecil Di Wajahmu (KKDW)/purdah/Niqob

“Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.
“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung  sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah  sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung  kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung  hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.
“ Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang  kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat  yang dirinduinya.
“ Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej.  Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je.  Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan  berterus-terang.
“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…”  Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng  ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti  sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab  dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya  mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.
“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.
Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya.  Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik  dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.
“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut  bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti  tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian  siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap  tasik.
Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan  fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya  menjadi kemarahan sahabatnya.
“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.
“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.
“ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu  mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya.  “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa  yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”
“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je  diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai  tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.
Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah  purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar  cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan  kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja.  tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah,  kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita  tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya  begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan  cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.
“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja”  Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam  meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua  Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat  mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah  bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati,  Puan Zaitun.
“ Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa  yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus  meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya.  Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di  muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah  bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda  ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya  kembali kepada Rozita.
Rozita terdiam, tunduk.
“ Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan  memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru  memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”
Rozita menggeleng.
“ Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka  tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah?  Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam  Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah  sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?
Rozita terdiam. Mukanya merona merah.
“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai  purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang?  Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni?  Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada  Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah  yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi  muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah  mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,”  Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan  sahabatnya.
“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah  sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi.  Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi  yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.
“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni.  Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan  tenang.
“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai  syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya  haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu.  “ Tak ada, yang ada  hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz  Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di  zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz  kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku.  Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”
Rozita terdiam.
Nantikan sambungan cerita ini....







Currently have 0 comments: