Friday, July 30, 2010
Pengajaran Surah Al-Hujurat v2.0
Tafsir Al-Hujurat :2
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ {2}
Hai orang2 yang beriman,janganlah kamu mengangkat suara kamu lebih tinggi daripada suara nabi,dan jangan kamu bersuara keras kepadanya dengan perkataan seperti kerasnya suara sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain,supaya tidak hapus yakni pahala amalan kamu sedangkan kamu tidak sedar..(2)
Dalam ayat kedua surah ini,Allah menjelaskan pula mengenai adab orang mukmin dengan Rasullullah s.a.w. Allah mengajar orang mukmin supaya memuliakan Rasulullah dan menghormatinya bersesuaian dengan ketinggian kedudukan dan kemuliaan baginda.Hukum menghormati Rasulullah adalah wajib berdasarkan tafsiran ayat ini yang menyebut "La" iaitu jangan dan diikuti dengan fiil amar(suruhan) yang membawa maksud tegahan.
Mereka diseru apabila bercakap dengan Rasulullah s.a.w. hendaklah merendahkan suara,jangan meninggikan atau mengangkat suara melebihi suara nabidan jangan mengeraskan perkataan kepadanya hingga melampau batas seperti ketika bercakap dengan orang kebanyakan.Jangan pula memanggil namanya sahaja sebagaimana yang dibuat sebahagian orang kepada sebahagian yang lain.Umpamanya dengan panggilan Ya Muhammad atau Hai Ahmad tetapi panggillah dengan perkataan yang sopan dan berbudi bahasa yang sesuai dengan pangkat atau jawatannya sebagai pesuruh Allah.
Sebab ayat diturunkan :
Ayat ini ditujukan kepada sebahagian orang dusun di pedalaman yang memanggil Nabi dengan menyeru namanya sahaja.Mereka tidak tahu hendak menghormati nabi.Perbuatan ini dikhuatiri akan menghilangkan pahala amalan tanpa disedari.Perbuatan tidak sopan terhadap nabi seperti memperkecilkan martabatnya boleh membawa kepada kufur yang akan menghilangkan pahala amalan.
Pada pandangan penulis,walaupun ayat ini dianggap satu perkara kecil atau remeh namun di sebaliknya mempunyai pengertian yang begitu mendalam.Jika kita fikirkan,pada realitinya seorang kekasih sudah tentu akan marah apabila kekasihnya dikutuk atau diperkecilkan oleh sesiapa.Namun,jika dilihat dalam ayat ini,Allah s.w.t. menegur dengan begitu halus orang-orang mukmin apabila mereka berkelakuan tidak sopan terhadap kekasih Nya (Rasulullah s.a.w.)Sedangkan Allah amat menyayangi kekasihnya namun Allah juga bersifat Maha Penyayang dan Pengasih terhadap orang-orang mukmin.
Jika Sang Raja harus dihormati hanya kerana keturunannya,Perdana Menteri disegani hanya kerana ketokohan pimpinannya menerajui negara apatah lagi Rasulullah yang menjadi perutusan antara Allah dan makhluknya.Ingatlah sahabat-sahabat sekalian,tanpa perjuangan baginda dan para sahabat,tanpa kasih sayang baginda kita hari ni tidak akan mampu mengecap nikmat utama dan terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN..
Currently have 0 comments: