[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Friday, October 15, 2010

Berpakaian Tetapi Telanjang

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, October 15, 2010 | Category: , |





Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.

Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Maka kita semua akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!

Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedang mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?

Manusia di zaman ini ramai tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari usaha mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak syukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi Allah..!

-SEBARKAN-

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(hadis riwayat Imam Muslim)

Currently have 9 comments:

  1. Astagfirullah..mmg sgt benar kenyataan ini..
    itulah hakikat masyarakat wanita masa kini..
    lebih mengutamakan fesyen Neraka Yahudi laknatullah berbanding kemanisan Iman Syurga Islam. Pelbagai usaha perlu ditingkatkan bersama2 dgn lebih teratur dan bijak dgn mengikut Sunnah Nabi SAW sama spt ketika Nabi SAW menyebarkan dakwah Islam kpd org Arab jahiliyyah. BANGKIT LAH WAHAI PEMUDA2 ISLAM! LELAKI DAN WANITA!

  2. Assalamualaikum WBT..bleh tak kaburkan wajah2 hamba Allah dlm gambar2 atas 2..sy melihat keaiban mreka dibuka..maaf.:)

  3. sokong Anonymous.... maaf jugakk... :D

  4. slm..

    yg pertama , sokong yg di atas.."kaburkan wajah insan2 itu.."

    yg kedua, pernah sy melihat peristiwa seorang wanita menutup aurat yg dicela selepas beliau menegur seorang wanita islam lain yg amatlah seksi..beliau dihambur kata2 kesat dan tohmahan hina kerana bertudung.. xcukup dengan itu, beliau dieksploitasikan lagi dalam sebuah laman sosial dengan komen2 yang mengaibkan.."ini dosa aku,biar aku tanggung sendiri..kau belum tentu baik, banyak juga yang tutup aurat tp buat maksiat!..ramai skrg yang konon baik dan jadi tuhan menghukum orang!!!.."

    p/s: Nauzubillah himin'zaliqqq!

  5. skrg ni banyak yg bertudung tapi dari segi pakaian sangatlah menjolok mata kerana dek nak mengikuti trend fesyen pakaian dan fesyen tudung terkini ketat ke,jarang ke mereka tak kisah.Janji diorang pakai tudung.Itu yang silap tu...

  6. Better blurrkn gmba tu bkn pe , matlamat Dan niat x mnghalalkn cre. Brrdakwah tu mmg wajib tpi bkn ngn mgaibkan sesme sndiri. Jgn disebabkn pakaian kite yg baik dpt mnghalalkn perkataan2 yg haram. Wallahualam. Allah maha adil Dan maha pengampun. :) happy ibadah.

  7. Kembalilah kpd Quran, jangan memandai-mandai hendak menjadi taliban. Timur Tengah hampir hancur sekarang dek org berjubag dah berserban...


Leave a Reply