[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Friday, October 8, 2010

Konsert Maher ZainYang Salah , Atau Muslimah yang Overacting?- Jawapan Seorang Muslimah!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Friday, October 8, 2010 | Category: , |




* Yang paling tidak suka bila orang komen attitude pelajar UIA pada malam itu dan generalize para penonton. Hati-hati. Saya juga seorang dari penonton and i’m not like them. Jangan generalize macam tu.

26th Convo Festival di UIAM amat bermakna tahun ni. Mana taknya, diserikan dengan kehadiran Maher Zain, penyanyi Muslim yang kian meningkat naik. Bangga juga menjadi salah seorang graduan pada tahun ini. Semasa majlis konvokesyen juga diselangi dengan persembahan lagu beliau. Wah! Benar-benar Maher Zain mempengaruhi Majlis Konvokesyen kali ini!

Dan, kehadirannya pada hari Rabu bersamaan 6hb Oktober 2010, amat mengujakan banyak pihak. Tidak diragukan, aku juga teruja. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan tiket.

Sore. Bersama seorang rakan ke CAC, untuk mengambil tiket dari seorang urusetia. Ketika itu, sebenarnya sesi bertemu peminat. Azan Maghrib berkumandang, dan mereka masih di situ. Masih menanti Maher Zain keluar dari bilik, walhal, jika Maher Zain jama’ [memandangkan beliau musafir], bagaimana dengan yang menanti itu? Solatkah? Apa terjadi selepas itu wallahu a’lam. Ke surau Engine.

Usai solat Isya’, aku dan beberapa teman ke tingkat atas CAC, bertemu dengan Atirah dan Siti, UIAM Kuantan, sahabat-sahabat di Leryar dulu. Alhamdulillah.

Malam itu, rata-rata penonton ceria. Cuma, ada yang ceria sederhana dan ada yang berlebihan. Seperkara yang menjengkelkan aku ialah seorang perepuan warga asing yang menjerit-jerit dan menari-nari tatkala melihat Maher Zain menyanyi di pentas [Lagu InsyaAllah dan Baarakallahu lakuma]. Macam nak bakar beliau atas zink saja. Apa kau ingat ini konsert Lady Gaga nak gedik-gedik semacam itu? Yang paling tak puas hati, tak tahukah apa yang dinyanyikan itu adalah hadis?

Waktu ini saya rasakan nasyeed Maher Zain dalam lagu Awakening seakan tidak terkesan dalam hati mereka:

Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Saat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihiwasallam dihina, Muslim sepatutnya mempertahankan dengan memperbaiki diri juga. Bukan sekadar tunjuk perasaan sana sini, protes sana sini. Tapi diri sendiri tak cinta Nabi Sallallahu ‘Alaihi wasallam. Bila dilaungkan hadis itu, siap menari-nari perempuan tadi. Esh! [Teringat satu gambar seorang lelaki memegang kain rentang boikot Barangan Israel, tetapi sebelah lagi tangannya memegang air Milo. Apekah!]

Pendek cerita:

–> Puas hati: sebab Maher Zain bagus. Disuruhnya diulang-ulang bersama Hadis Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam dalam lagu Baarakallah. Dapatlah semua menghafal satu hadis. Ditambah pula kehadiran Adik Muhammad AQ4, Muadz dengan lagu-lagu hadisnya dan yang paling bermakna, Dr Noorazman dari Haluan.

–> Tak Puas Hati: Sound system dan akhlak penonton [Yang aku rasa bukan sebilangan besar. Ramai yang hadir dengan keluarga. Sedikit dengan pasangan haram masing-masing dan lain-lain dengan teman]

Tahniah Maher Zain!

http://lydecker86.wordpress.com/2010/10/07/perihal-maher-zain-di-uiam/

Currently have 1 comments:

  1. ana juga seorg penonton pada malam itu..ternyata akhlak muslimah sangat memalukan dan ana sendiri terasa tempias..huuhu..
    tetapi pada ana, mereka juga manusia..ana juga manusia..sring terlupa..dan tak tahan gadaan..wallahu'alam..semoga Allah sering mengingatkan kita agar tidak lalai dengan dunia.. ameen
    anyway..syabas maher zain..


Leave a Reply