[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Tuesday, October 19, 2010

Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Tuesday, October 19, 2010 | Category: , |





Akhir-akhir ini banyak KES melibatkan jenayah rogol berlaku , dan perkara ini mendarah daging dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Diantara Tips dan tindakan apabila mendapat tahu berlakunya kes rogol , tindakan seterusnya ialah ;

1) Mebuat Laporan kepada Pihak polis samaada Kes itu masih baru ataupun sudah terlalu lama - Pihak Polis berhak melakukan siasatan terperinci dan ikut arahan pihak polis seterunya

2) Melantik Peguam atau jika tidak mampu , boleh mendapatkan perkhidmatan peguam sukarela percuma melalui khidmat jabatan Agama Islam . persatuan peguam dan Fakulti-fakulti yang menawarkan kursus guaman di mana-mana universiti

3) Melindungi mangsa Rogol dengan mendapatkan jaminan perlindungan dari pihak Polis

4) Tidak berkomunikasi dengan suspek ataupun keluarga suspek bagi mengelakkan kes ugutan menggugurkan kes ataupun perkara-perkara yang boleh dilakukan suspek untuk melepaskan diri

5) Mengadakan bacaan Yassin beramai-ramai di masjid , surau , rumah . Solat Hajat di pertengahan malam , berzikir dan memohon pertolongan daripada Allah S.W.T

Perkara yang dilarang untuk dilakukan

1) Keluarga Mangsa dilarang berusaha mencari suspek sendirian tanpa diiringi pihak polis

2) Walaupun dalam keadaan marah , keluarga suspek diingatkan tidak mengambil tindakan sendiri dengan cara ingin mencari suspek untuk dicederakan atau dibunuh. kerana tindakan ini hanya menimbulkan masalah yang lebih besar dan kemungkinan suspek boleh terlepas.

3) Jangan memarahi dan mencederakan mangsa akibat dari perasaan marah , kerana perkara telah berlaku dan elakkan dari mangsa mengambil tindakan membunuh diri , melarikan diri dari rumah yang boleh menambahkan lagi masalah menjadi lebih rumit

4)MAGSA TIDAK PERLU MERASA MALU , TERTEKAN DAN MENYIMPAN RAHSIA DIROGOL KERANA TANPA LAPORAN MANGSA , SEOLAH-OLAH MANGSA MENGGALAKKAN LAGI SUSPEK UNTUK MENJALANKAN JENAYAH INI DALAM KEADAAN BERSENAnG-LENAANG (WALAU APA PUN TERJADI WAJIB MEMBUAT LAPORAN POLIS!)

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN MAGSA :

1) Banyak menceritakan masalah kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat
2) mendapatkan khidmat kaunseling
3)mendapatkan pengesahan kesihatan dari doktor
4)banyak melakukan solat hajat dan bacaan Al-Quran
5)perbanyakkan zikir

Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol Soalan: Bolehkan perempuan muslim membunuh dirinya jika dia yakin 100% yang dia akan dirogol oleh sekumpulan lelaki? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Pertamanya, perempuan Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki. Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk mempertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya kerana sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan: (1)Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual dan (2) ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang. Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan. Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri. Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan: “Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban) Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “Manusia daripada Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.” Allah (SWT) berfirman, “…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)” Terjemahan daripada: Suicide to Escape Rape http://www.islamonline.net/servlet/Sate ... TheScholar

Currently have 2 comments:

  1. salam. sy adalah seorg web designer. sy ada teguran utk perkara yg sy tau. artikel2 di sini sgt menarik, malangnya ada beberapa perkara yang tidak sesuai di laman web ini.

    sebenarnya sy cuba utk menyampaikan mesej ni menggunakan email atau borang contact tetapi tiada cara atau link utk berbuat begitu.

    sy ingin cadangkan agar lagu di laman web ini tidak diletakkan. tujuan utama pengunjung melawat adalah utk membaca artikel, bkn utk mendengar lagu. lihat di laman2 web profesional yg lain seperti harakah, cnn dan sbgnya. lagu2 ini juga akan menyebabkan pengguna yang mempunyai talian internet yg lambat sukar utk memasuki page2 yang lain kerana bandwidthnya yg tgi.

    sy buka blog ini menggunakan firefox dan terdapat byk design defect yg sy boleh kenal pasti seperti shoutbox menghalang perkataan save gaza. flag counter sebenarnya x perlu dan menyebabkan page mempunyai horizontal scroller. anda boleh guna google analytics utk mengetahui statistic pengguna.

    harap maklum.

    Muhammad Azam Baderi
    swooshfx [at] gmail [dot] com

  2. insyaAllah...teguran yang baik dan membina...kami akan uruskan sekarang juge..Thanks sahabat!


Leave a Reply