[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, August 8, 2010

Perutusan Khas Ramadhan Dari Sahabat U-jam's

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, August 8, 2010 | Category: , |



Assalamualaikun W.B.T ...ana memikirkan untuk mengambil satu ucapan perutusan khas Ramadhan untuk ahli-ahli u-jam namun diri ini berasa amat kerdil untuk melakar perutusan Ramadhan kepada sahabat-sahabat u-jam kerana ana bukanlah orang yang paling layak untuk mengutuskan sesuatu untuk meraikan Ramadhan

Dan setelah berfikir sejenak...inilah masanya sahabat-sahabat sendiri menukilkan perutusan Ramadhan dengan kalam ilham sendiri untuk dikongsi bersama , mana ada ilmu yang tidak terdapat pada diri ana sebenarnya tercicir di dalam diri sahabat-sahabat

InsyaAllah....dipersilakan dengan penuh hormatnya.. ^__^

Currently have 2 comments:

  1. Assalamualaikum..Ramadhan kali ini dijangkakan paling manrik seumur hidup saya dimana , insyaAllah saya akan bermusafir dan berkelana di tiga negara iaitu Thailand , Myammar & Cambodia bermula 5 Atau 10 Ramadhan dan pulang ke tanahair 15 @ 20 syawal di jangkakan meyambut aidilfitri di Cambodia.Diantara tempat persinggahan (iktikaf) ialah di Masjid , surau , Madrasah dan sekolah Pondok ...Walaupun mendapat jemputan untuk menginap di rumah orang2 kampung...kami seboleh-bolehnya ingin iktikaf di tempat2 yang dinyatakan sahaja...

    Kemanisan bermusafir tidak dapat ditolak lagi dan kesempatan yang ada ingin dimanfaatkan...insyaAllah doa-doa sahabat mengiringi perjalanan kami ...insyaAllah...doakan kami..

  2. Hafizi Al-Qodahiy says:

    Salam Ramadhan Al-Mubarak...

    Buat saudara/ri seperjuangan yg amat kukasihi, terima kasih buat moderator usrah yg telah berusaha membentuk perkalaman maya buat semua para pejuang bertaut demi menegakkan seruan tauhid.

    Realiti negara kita yg dicintai sekarang menghadapi kedhaifan ilmu di kalangan segenap lapisan lebih2 lagi golongan remaja dan muda-mudi Islam khasnya. Dengan tekad dan semangat kita yang mengakui "ansorulaah", maka tidak dapat tidak kita perlu bangun merekatkan hati dan minda utk membasmi kejahilan agama di sanubari2 ini. Islam pada dasar mereka tdk lebih dari sekadar "perlambangan" yg wujud sebagai nama dan zahiriyah sahaja, tidak wujud sebagai sebatian hati. Malah lebih menyedihkan ada yg menganggap Islam sekadar mitos di hati. Pengajarannya telah ditinggalkan. Kuliah ilmu lengang dari golongan muda remaja Islam berbanding generasi berkurun dahulu. Maka tidak hairanlah muda mudi ini terdedah dengan ideologi toghut daam seluruh kehidupan mereka. Dari situ hilangnya kalimah "'aqidah". Nah, itulah antara kefahaman yang perlu kita basmi kerana pengaruh "isme"2 toghut telah berjaya menjajah di nuansa politik pemikiran umat Islam. Baik dari segi pembacaan, sumber2 rasmi mahupun hiburan telah memadamkan minda muslim yg sebenar kepada minda kegelapan dek "pemujaan" dunia yang fana ini. Kerana inilah kita hilang keyakinan terhadap segala yang diturunkan oleh Allah kepada manusia tuntas segenap perjuangan menerima pakai doktrin yahudi dan kristian/barat semata2...

    Ayuh bersama semaakkan bulan Ramadhan sebagai bulan dakwah. Sejarah telah membuktikan kemenangan2 di dalamnya. Kenalkan golongan muda mudi sahabt kita tentang tauhid samada di duni nyata mahupun maya ini. Akhir kalam, semoga Ramadhan kali ini memberi nafas baru kepada kita utk semarak berjuang, bukanlah bulan kerehatan panjang buat pejuang2 muslimin...

    Allahuakbar!


Leave a Reply