Wednesday, August 11, 2010
Uitm Fobia Dengan Perkataan "Student Power"- Hanya kerana ianya bahasa inggeris?
Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Wednesday, August 11, 2010 | Category:
Aktiviti Anak Muda
|
Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharamkan ceramah umum seorang pembikin filem muda berhubung kegiatan pergerakan mahasiswa sekitar tahun 1960an yang dijadualkan di kampus itu semalam.
Menurut seorang penganjur yang juga seorang pelajar UiTM, seorang pensyarahnya memaklumkan pagi semalam, bahawa ceramah itu tidak dapat diteruskan kerana ia tidak mendapat kebenaran universiti.
"Pensyarah saya dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar mendapat tahu berhubung majlis itu dan mereka mengarahkan kami supaya tidak mengadakannya,” kata pelajar itu yang tidak mahu dikenali kerana khuatir akan dikenakan tindakan.
Kat
Bagaimanapun, tambahnya, dia tidak berbuat demikian kerana beranggapan bahawa ceramah itu satu majlis kecil yang diadakan di kalangan kawan-kawannya dari fakulti yang berlainan.
"Mungkin judul ceramah itu 'Student Power' (kuasa pelajar) menakutkan mereka,” katanya kepada Malaysiakini.
Tindakan Uitm itu tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan majlis mereka.
Majlis itu yang dijadualkan pada 5 petang itu kemudiannya ditunda kepada 6.30 petang bagi memberi tempoh mencukupi bagi peserta dimaklumkan berhubung pertukaran tempat .
Menurut pembikin filem itu, Fahmi, ceramahnya itu berjaya menarik penyertaan 30 peserta yang “memberanikan pelbagai rintangan dan halangan oleh universiti” ke majlis berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 comments: