[close]

Jamaah Anak Muda Se-Malaya

Utama

free counters

Ukhwah Jamaah

"BangkitLah Jemaah Anak Muda!"
U-jamV3.0. Powered by Blogger.

Sunday, August 15, 2010

HAID -- WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, August 15, 2010 | Category: |





WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.



Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat

( AMIRUL AMIN )

Currently have 27 comments:

  1. salam..hmm ana nak tnye sket leh..
    ana de sket kemusykilan.. spt statement di atas :

    (jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.)

    soalannye :adakah solat yg mahu diqada'kan 2 msti djamakkan ?? atau juz wat qada' solat zuhur 4 rakaat n zohor 4 rakaat..terima kasih.. :)

  2. macammana dengan haid yg dah kering, lepas tu ada balik saki baki nya? menyebabkan was-was nak mandi wajib?

  3. ustaz ana prnh ckp solat qada TIDAK BOLEH jamak

  4. salam

    bg soklan ano...yg ana tau,,jk dlm tempoh haid iaitu plg lame 15 hari, so dikira haid ag..

    cth:
    ana suci hari ke 7,,,pada hari ke 8 dtg saki bakinya...so..masih dikira dlm tempoh haid...
    harap saudari leh dptkan penjelasan lagi tentang masalah haid ni dr ustaz/ah yg lbh arif yaa...

    wallahua'lam

  5. Mntak izin copy utk sebarkan.....

  6. salam... minta izin yer nak copy dan nak sebarkan pada umum...

  7. salam..mintak izin untk sebarkan..syukran.

  8. time ksh .... lelaki pon wajib tau jgk...

  9. Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang ketika itu seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sungguh, janji Allah pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah. (31:33)

  10. drpada soalan anonymous yg pertama, masih tidak dijawab lagi. sy juga pernah membaca dlm sebuah buku mengatakan wanita yg dtg haid tdk perlu mengqada'kan solatnya; jd, ternyata slh rupanya...??

  11. sebenarnya hal ini juga WAJIB diketahui oleh LELAKI yang mempunyai tanggungjawab perempuan seperti SUAMI, ABANG, AYAH. bukan perempuan sahaja.

  12. Assalamu'alaikum w.b.t.. saya teringin nak tanya.. tentang komen ni..

    salam

    bg soklan ano...yg ana tau,,jk dlm tempoh haid iaitu plg lame 15 hari, so dikira haid ag..

    cth:
    ana suci hari ke 7,,,pada hari ke 8 dtg saki bakinya...so..masih dikira dlm tempoh haid...
    harap saudari leh dptkan penjelasan lagi tentang masalah haid ni dr ustaz/ah yg lbh arif yaa...

    wallahua'lam

    soalan :
    Sekiranya dlm hari ketujuh itu, saya menyedari telah kering haid di waktu zohor... kemudian, mendapati keesokan harinya dlm waktu subuh, sy mendpti masih ada saki baki... dalam tempoh zohor hari ketujuh tadi, sehingga subuhnya, wajibkan saya solat zohor, asar, masghrib, dan isyak??? Tetapi kerana adat (kebiasaannya) saya telah selalu mendapati perkara yg sama berlaku, mksd saya, hari ke6 telah kering, tapi akan dtg saki baki juga pd hari ketujuh, maka saya tdk mandi wajib pada hari ke6 itu, adakah anggapan saya salah??? dan sekiranya telah saya lakukan yg demikian, perlukah saya menghod'a solat2 tersebut.....??

  13. em.. ayat quran yang Ahmad tajari postkan tu ada kaitan ngan post ni ka?

  14. seolah Islam memberatkan dan merumitkan wanita..bagaimana mahu qada' sebb darah haid bila waktu mahu kering atau berhenti selalu saja kita rasa sudah berhenti tapi lepas sehari semalam ada lagi sedikit? jadi perlu qada' solat sehari semalam itu?@ bagaimana?

  15. xperlu diperbesarkan...yg soalan jika suci sekadar smpat satu rakaat d ddlm wktu asar adkh kene kodo zohor??jawabnya khilaf ulama pdnya..blh buka kitab besar2 majmuk imam nawawi.ddlm nihayah syeikh ramli juga ada sebut...perlu qodo asar shja..zohor dah x perlu..ia khilaf ulama pdnya...cuma kbnykn ulama ddlm mzhb syafie mgtkn qodha zohor dgn asar...tp berlaku khilaf dgn hanafi..ada segelintir syafiiyyah mgtkn hnya perlu dikodor aialah asar shja..

  16. blh buka ddlm kitab ahsanul kalam li imam ibnu hajar...erm..so,d sisiku,perempuan wjb qodo asar shja...yg mgtkn wajib qodor zohor dan asar krn berdalil atas jalan kias dgn jamak zohor dgn asar harus digabungkan...i-allah...so,ikut la mane2..jnji qodo yg asar..i-allah

  17. xperlu diperbesarkan...yg soalan jika suci sekadar smpat satu rakaat d ddlm wktu asar adkh kene kodo zohor??jawabnya khilaf ulama pdnya..blh buka kitab besar2 majmuk imam nawawi.ddlm nihayah syeikh ramli juga ada sebut...perlu qodo asar shja..zohor dah x perlu..ia khilaf ulama pdnya...cuma kbnykn ulama ddlm mzhb syafie mgtkn qodha zohor dgn asar...tp berlaku khilaf dgn hanafi..ada segelintir syafiiyyah mgtkn hnya perlu dikodor aialah asar shja..

  18. maafkan mohammad asharaf b suhaimi...ashraf bkn nk menentng kitab tu,just nk bgtau khilaf ulama jer...so,sesape yg nk kodo zohor dan asar silakan,dan sesape nk qodo asar shja silakan.....silakan wahai yg bergelar muslimah...benda khilaf jgn dibesarkan..i-allah..

  19. ..Salam, persoalan tersebut perlu kepada huraian dan kupasan yang panjang. Bimbang timbul lebih banyak kemusykilan dari para wanita khususnya yang kurang memahami. Nasihat saya kaji dan bincangkan dulu hukum dan permasalahn di atas dengan membuka kitab rujukan terbabit dan juga kitab2 muktabar yang lain sebelum d'share' pada umum. Waallahu'alam.
    ~murabbi picisan~

  20. ini maksudx gmna? Dalam solat subuh -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering....,klo darah haid kering sebelum subuh dan blum smpat mandi wajib dan mandi wajib setelah waktu subuh apa shalat isya jua kita kerjakan


Leave a Reply