Monday, August 23, 2010
Nikah Khitbah Satu Alternatif
Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan
1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.
2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .
3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .
4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala
Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
- Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
- Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
- Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
- Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
- Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
- Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
- Merendahkan hantaran perkahwinan
- Suami
- Isteri
- Wali
- Saksi
- Aqad [ Ijab Qabul ]
- Masih menuntut di kolej atau uniersiti
- Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
- Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .
8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .
9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .
10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]
11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .
12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .
b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .
15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti
seronoknya dpt menikah... :)
tertanya2, dr segi hujah n teori da mantap n xdinafikan. tp penerimaan dlm masyarakat mcmna?
sokong 100% tak payah buat sekolah org kena rogol,zina,pelacur...etc...utk elak gejala buang bayi...inilah alternatif yg terbaik...nikah gantung jawapannya...:)
saya setuju....daripada membuat sekolah harapan yg hanya memberi peluang yg lebih luas utk mereka buat maksiat...ISLAM AGAMA YG INDAH...
tersangat-sangat lah stuju..esok nk kawin!!!
penerangan yang akademik,ilmiah dan praktis ...memang wajar diamalkan sebagai altenatif kepada umat Islam ...dan menunjukkan betapa indahnya dan luas dan relevannya Islam sebagai agama yang mudah ...dan dapat mengatasi beberapa persoalan dan permasalahan ummah yang semakin kritikal ini...
betapa indahnya ISLAM...
solusi yang munasabah... Islam itu indah.... AllahuAllah...!!
Tuhan uji manusia dgn keimanan,supaya kita dapat mencari cinta hakiki.Cinta dan kasih kpd Allah dan rasulNya
mohon copy artikel...
masalahnye msyrkt kite ni majlis nikah nak buat besar2 je
org x de duet cne?
bile zina brleluasa slhkn budak2 tu
salam ustaz, boleh saya tahu asal perkataan nikah khitbah ini dari kitab mana? terima kasih kerana saya buat kajian dalam bab ini tapi belum jumpa asal perkataan nikah khitbah ini dari kitab mana?harap bantu
Busana Husna: saya pun seperti saudari sedang mengkajia bab ini...kalau hukumnya wajib/sunat/harus insaAllah, saya mohon pada NYA supaya permudahkan urusan saya untuk berkhitbah.
anonymous: atas sebab kewanganlah saya berusaha mengkaji nikah khitbah ini. setelah berjaya mengumpul seberapa banyak info berkenaan bab ini, baru saya berani untuk berbincang dengan ibu bapa & pasangan (termasuk keluarganya) tentang rancangan ini. Mudah-mudahan Allah permudahkan niat saya ini.
benda inilah yang sepatutnya berlaku......Tak salah saya menyatakan bahawa Akibat susahnya nak kahwin sekarang inilah ia menjadi salah satu punca maksiat......saya tak salahkan orang Islam tapi saya salahkan orang Melayu itu sendiri yang menyebabkan perkara ini berlaku......Ibadah patut senang dilaksanakan tapi sekarang ini ianya menjadi RACUN yang cukup bisa sekali pada golongan BUJANG!!!!!!!!!1
siarkan di akhbar dan iklankan di media..agar ibubapa zaman sekarang dapat memahami apa yg dmksudkan dgn nikah khitbah yg tidak wajid utk mmberi nafkah..bahkan hanya utk mengelak dari perbuatn yg mndkatkan diri dari zina..dan pbuatn ini adlah ssuatu pkara utk menghindari maksiat dan jenayah..wallahua`lam..wassalam
mahu juga nikah sebegini..tapi apakah ianya akan dipersetujui oleh ibu bapa..sedangkan restu ibu bapa adalah penting untuk anak-anak..
alhamdulillah..info ini baik utk remaja...mudah2an kerajaan buka mata guna kaedah ni..
xpyh mmbazir duit rakyt bina tmpt buang bayi lg,mcm2 lg la..
balik smula pada hukum islam nh...
sesungguhnya kita hanya merancang..tp allah maha perancang..
Pendekatan dan cara Islam adalah yang terbaik.Tetapi orang Melayulah yang terlalu ego. Memudahkah perkara yang sudah sediakala mudah sehingga menyusahkan semua pihak. Mementingkan dan mendahulukan perkara yang remeh. Persandingan yang serba mewah dan menunjuk-menunjuk menjadi wajib. Hantaran dan mas kawin memcecah ribuan dan jutaan ringgit ala-artis yang serba kepura-puraan menjadi ikutan. Apabila kes buang bayi dan zina sukar dibendung, pihak berwajib hanya berdiam diri, menuding jari, mempolitikkan isu dan akhirnya menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
ustaz..
saya ada terbaca pasal nikah khitbah..
tapi saya masih kurang paham tentang nikah ini..
1) dari konsep islam apa itu nikah khitbah ni ustaz?
2) bagaimana prosedure yang perlu kita buat?..
3) apa yang perlu ada untuk melakukan proses nikah ini?..
saya harap ustaz dapat memberi sedikit penjelasan pasal nikah ini..
Jawapan : nikah aje la..prosudure mcm biasa la...cuma tak tinggal sekali aje
Nikah khitbah ni maknanya...anda menikah secara sah mengikut sayarak cumanya anda x tinggal sekali buat sementara waktu kerana apa-apa alasan pun... contoh.. Duit x de nak beli rumah... , masih balajar...atau lain2 sehingga akhirnya anda mampu sewa @ beli rumah sendiri...then duduklah sekali..Wallahu'alam... NIKAH JE LAH!!!
mohon share ya =)
kini yang menjadi penghalang ibu bapa. tu yang susah.. tidak mahu anak anak khawin awal.. sedangkan sudah tidak difikirkan lagi mana dosa mana pahala, yg difikirkan apa yang orang fikir.. hampa
SOKONG ANONYMOUS DI ATAS-->
Anonymous says:
May 21, 2011 6:15 PM
Pendekatan dan cara Islam adalah yang terbaik.Tetapi orang Melayulah yang terlalu ego. Memudahkah perkara yang sudah sediakala mudah sehingga menyusahkan semua pihak. Mementingkan dan mendahulukan perkara yang remeh. Persandingan yang serba mewah dan menunjuk-menunjuk menjadi wajib. Hantaran dan mas kawin memcecah ribuan dan jutaan ringgit ala-artis yang serba kepura-puraan menjadi ikutan. Apabila kes buang bayi dan zina sukar dibendung, pihak berwajib hanya berdiam diri, menuding jari, mempolitikkan isu dan akhirnya menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
"ISLAM ITU INDAH & MEMUDAHKAN PENGANUTNYA~ "
SUBHAN'ALLAH~
mohon copy artikel
Islam Itu Indah..ibu bapa sgt tidak menyetujui utk buat cara nikah khitbah ini..kate mereka,basilah apa lah..huhu.....persoalan saya..kenapa sesetengah ibu bapa melayu/Islam masih tidak mahu menerima kemudahan sebegini?....adakah pengaruh drp budaya kita yg sedikit sebyk tiru sistem barat?huhuhu..
Ibu Bapa mungkin xrasa apa yg kita rasa...
sokong semua. memang,sepatutnya ibu bapa melihat pada zaman anak2x mereka sekarang. bukan pada zaman mereka dahulu. dulu,internet,media tak berleluasa.tak jadi lah isu2x seperti sekarang. zaman sekarang MasyaAllah.... betul2x mengugat keimanan. Hanya kepada Allah kami memohon pertolongan
Nak nikah tapi apa pandangan ibu bapa..mesti tak setuju,,..urmm..
Boleh saya tnya sumber rujukan? dah lama dengar benda ni dsebut2, tapi bila ditanya rujukan kitab, xda sapa pulak yang tau... mnta pnjelasan.. t.kasih
Katb al-Kitab(nikah khitbah=nikah gantung) adalah satu istilah yang timbul terkemudian. Hakikatnya ia adalah sama dengan akad perkahwinan, atau dikenali di kalangan orang Arab dengan istilah Aqad al-Qiran. Dinamakan akad perkahwinan dengan istilah Katb al-Kitab yang bermaksud (penulisan dokumen) kerana pada zaman sekarang akad nikah dilakukan dengan disertai pengesahan pihak-pihak berkuasa seperti Pejabat Agama. Ia bukanlah perantaraan antara pertunangan dan pernikahan. Kerana Katb al-Kitab itu sendiri adalah akad pernikahan. Cuma kebiasaan adat org Arab (malahan adat Melayu), selepas sahnya akad nikah (katb al-Kitab atau Akad al-Qiran), pengantin tidak terus duduk bersama. Mereka akan membuat satu perjanjian bilakah tarikh 'Lailah al-Zifaf' atau 'Lailah al-Dakhlah' (Malam Pertama). Dalam tempoh selepas Katb al-Kitab, mereka adalah suami isteri yang sah. Wallahu A'lam
1- Sila rujuk pernikahan antara Muhammad Ar-Rasul dengan `A'isyah binti Abi Bakr.
2- Nabi tidak terus tinggal dengan `A'isyah.
3- `A'isyah masih tinggal dengan bapanya, dan disara oleh bapanya.
WaLlahu a`lam
tau xpe..kdg2 faktor fmily yg mdorong mreke bt bnde x snonoh 2,mmg la kne ikut adt,tp xpkr ke mruah yg akn terclr nty??emm sme2 la renungkn ye..
görüntülü show
ücretlishow
10VV
https://titandijital.com.tr/
çanakkale parça eşya taşıma
kırıkkale parça eşya taşıma
erzurum parça eşya taşıma
burdur parça eşya taşıma
HAMUN7